Selepas kakaknya sah bergelar isteri, anggota kumpulan K-Clique, MK pula menjadi tumpuan apabila ada peminat yang menantikan bilakah majlis hari bahagianya pula.

Lalu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di Instagram, MK memuat naik beberapa foto posingnya yang sedang ‘berlatih’ andai majlis raja seharinya tiba.

Segak berbaju Melayu polos putih lengkap bersongket, MK dirakam duduk di pelaminan sambil melakukan beberapa ‘posing’.

“Ada ni tengah practice jap. Bila awak nak duduk? Sementara tunggu awak nak duduk saya pegangkan bunga awak jap, okay?,” tulis MK pada ruangan kapsyen.

IKLAN

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama mengusik MK.

“Practice dulu nama saya, tengah bersiap-siap kejap,” tulis seorang peminat.

IKLAN

“Okay tunggu tau,” usik peminat lainnya.

“Tunggu aku habis STPM,” tulis peminat pada hantaran sama.

IKLAN

“Soon okay sayang, moga dipermudahkan urusan kita,” antara komen yang tertera.

Terdahulu pada Isnin, rakan baiknya yang juga anggota kumpulan K-Clique iaitu Fareed selamat bergelar suami kepada kakak MK sendiri, Siti Hawa Hamdan dengan sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan oleh MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI