Penyanyi hebat, Nash yang menyanyikan lagu tema Gegar Vaganza (GV) mendedahkan dia hanya merakamkan lagu berkenaan kurang dua jam di studio.

Menurut Nash atau nama sebenarnya, Nashrudin Elias, lagu tersebut yang diberikan oleh Edry KRU itu disampaikan dengan ‘feel’ sendiri.

“Seingat saya, saya rakam lagu tersebut tak sampai dua jam. Lagu asalnya diberikan oleh Edry KRU kepada saya. Saya improvisasi melodi dengan cita rasa saya.

“Malah Edry pun bersetuju bila dengar dan mahukan versi tersebut. Jadi saya persembahkan yang itu, alhamdulillah syukur ia diterima. Seperti itulah yang kalian semua dengar.

“Setiap minggu bila tibanya musim GV, saya sudah ada ‘dalam tu’,” katanya kepada MH.

IKLAN

Nash yang popular menerusi lagu Pada Syurga Di Wajahmu ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Program Getaran Jiwa Terbitan Saluran TVS, di Rumah Tangsi Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nash yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-63 pada 4 Oktober lalu berterima kasih atas ucapan baik-baik yang diterima.

IKLAN

“Atas silatuarahim yang terjalin ini saya terima banyak ucapan di media sosial, MasyaAllah. Di kesempatan ini saya ingin berterima kasih. Kalau awak sayangkan saya, saya pun sayangkan awal semua.

“Untuk kekal ‘fit’ pada usia sekarang bagi saya kita  kena jaga pemakanan dan kena dapatkan rehat secukupnya. Tidur yang berkualiti sebab energi kita kena ‘charge’.

IKLAN

“Saya nak kongsikan satu tips, bila bangun pagi selepas solat Subuh, berjalan di atas rumput tanpa berkasut. Dalam 50 ke 100 langkah untuk mendapatkan ‘energi’. Itu yang saya amalkan setiap hari, sudah bertahun.”

“Alhamdulillah, saya sihat. Cuma iya lah kita dah tua begini, adalah dia punya sakit tu. Tapi yang pentingnya, macam kebanyakan lagu saya bernada tinggi jadi saya perlu fokus dan kena ada tenaga.

“Tapi saya bersyukurlah dengan ilmu yang saya dapat dari orang lama, demi kebaikan kita juga. Pada masa sama saya juga kurangkan minum ais. Kalau rasa teringin sangat, baru saya ambil. Itu pun tak minum banyak,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI