Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila video memperlihatkan dia mengalirkan air mata saat berpeluang melihat helaian rambut milik Nabi Muhammad SAW menjadi tular di laman TikTok.

Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, memuat naik momen tersebut di laman TikTok miliknya ketika dia melawat Pameran Sejarah Nabi & Sahabat di Persada Johor International Convention Centre, baru-baru ini.

Neelofa menyatakan dia seolah-olah berasa dekat dengan Rasulullah SAW saat melihat helaian rambut yang dipamerkan.

“Saat melihat helaian rambut Rasulullah SAW, Allah bagi rasa seolah Nabi SAW ada dekat… wahai Allah, teruslah bantu kami untuk terus mendapat kemanisan mencintai Rasulullah SAW,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@neelofaSaat melihat helaian rambut Rasulullah saw, Allah bagi rasa seolah nabi saw ada dekat… wahai Allah , teruslah bantu kami untuk terus mendapat kemanisan mencintai Rasulullah saw.

♬ original sound – neelofa

IKLAN

Di ruangan komen, rata-rata wargamaya tersentuh hati dan sebak selepas melihat rakaman video itu.

“MasyaAllah, ikut sebak. Bertuah Neelofa dapat tengok barang-barang peninggalan Nabi Muhammad.

IKLAN

“Sebak… rindu Baginda Muhammad SAW walau tak pernah bertemu mata.

Menitis Air Mata Neelofa Dapat Tengok Helaian Rambut Milik Rasulullah; “Allah Bagi Rasa Seolah Nabi Ada Dekat…”

IKLAN

“Hebat kekasih Allah, walau tak pernah berjumpa, rindu pada Rasulullah SAW tetap boleh rasa sampai nangis sebak.

“Aahh kita pun menangis sekali,” tulis sebahagian netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI