Penyanyi Aina Abdul kini muncul dengan sebuah karya kerohanian berjudul Kembara Nabawi, ciptaan oleh Anep Otwo, Alan Otwo dan FJ Muzik dengan lirik sentuhan FJ Muzik juga.

Seperti judulnya, lagu serta penulisan karya ini mengangkat kisah perjuangan serta kehidupan tokoh junjungan besar umat Islam iaitu Nabi Muhammad Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam.

“Untuk lagu ini saya, Anep Monosterio dan Alan Monosterio merasakan sesuatu yang luar biasa dari segi penyampaian serta vokal Aina.

“Ini kerana Aina mempunyai kebolehan menyampaikan lagu ini dengan penuh ikhlas sambil mampu menceritakan kisah di sebalik lirik tersebut.

IKLAN

“Dia penyanyi yang sangat luar biasa dan semestinya kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan seorang penyanyi yang sememangnya sangat dikenali di Malaysia,” ujar Anep Otwo.

Malah, untuk menghasilkan karya ini, terdapat beberapa rujukan yang perlu dilakukan terlebih dahulu.

“Dia Penyanyi Yang Sangat Luar Biasa Dan….,” – Komposer Memuji, Aina Abdul Muncul Dengan Karya Kerohanian “Dia Penyanyi Yang Sangat Luar Biasa Dan….,” – Komposer Memuji, Aina Abdul Muncul Dengan Karya Kerohanian“Dia Penyanyi Yang Sangat Luar Biasa Dan….,” – Komposer Memuji, Aina Abdul Muncul Dengan Karya Kerohanian

IKLAN

“Dari segi penulisan lagu ini, ia ditulis oleh FJ Muzik dan semua ini datangnya dari hasil membaca kisah Rasulullah SAW.

“Tapi dalam masa sama, agak susah untuk kami singkatkan dan menjadikannya sebuah lirik yang lengkap selain mahu setiap patah kata dalam lirik ini menjadi padat agar pendengar dapat merasai kisah di dalam lirik ini.

IKLAN

“Moga lagu serta penulisan ini akan membuatkan kami serba sedikit tahu secara ringkas tentang perjalanan dan kehidupan Nabi Muhammad SAW,” tambah Anep lagi.

Muzik video lagu ini juga telah dilancarkan bersama pada 8 Mac lalu dan Kembara Nabawi boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI