Pelakon Mawar Rashid belum bersedia untuk memberi sebarang komen susulan khabar angin yang kononnya dia sudah kembali berumah tangga, pad Jumaat.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, berkata, dia akan berkongsi sebarang berita gembira sekiranya sudah bersedia.

“Minta maaf, saya belum boleh beri sebarang komen tentang hal berkenaan kerana ia terlalu peribadi.

“InsyaAllah saya akan berkongsi apabila sudah bersedia dalam masa terdekat,” katanya kepada MH.

Terdahulu, khabar angin ibu kepada tiga cahaya mata itu bernikah mula menjadi tanda tanya apabila dia berkongsi gambar memakai inai, di Instagram hari ini.

Mawar turut memuat naik foto borang pernikahan dari Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Negara Brunei Darussalam bertarikh 8 Mac 2024.

IKLAN

Bagaimanapun, hantaran berkenaan sudah pun dipadamkan.

Malah menerusi hantaran terbaru, Mawar memuat naik video sedang ditata rias.

Dalam pada itu, Mawar turut meminta ramai agar mendoakan yang terbaik buatnya.

IKLAN

“Buat masa sekarang, apa yang mohon agar doakan yang baik-baik sahaja untuk saya. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan.

“Terima kasih juga atas doa dan ambil berat kalian mengenai saya,” katanya lagi.

Untuk rekod, Mawar sebelum ini pernah berkahwin dengan Raf Yaakob pada tahun 2017.

IKLAN

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Namun pasangan ini mengumumkan mereka bercerai pada 23 November lalu menerusi perkongsian di laman  Instagram tanpa mendedahkan punca berpisah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI