Sama seperti aktres Ruhainies, pelakon Aliff Aziz juga tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes dakwaan tangkapan khalwatnya yang berlaku pada Jumaat lalu.
Menerusi Instagram pada Khamis, bapa kepada dua cahaya mata itu memuat naik kenyataan berhubung apa sebenarnya yang berlaku.
Menurut Aliff, dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan fakta oleh mana mana pihak.
“Ketika isu itu masih hangat diperkatakan, saya seboleh-bolehnya mengelakkan untuk mengeluarkan kenyataan kerana tidak mahu terlalu mengikut emosi dan terburu-buru.
“Pada awal hari kejadian, kami baru selesai menjalani penggambaran. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami bertolak secara konvoi bersama PA Ruhainies.
“Ruhainis ada maklumkan, malam itu, adik beradiknya ada merancang untuk makan-makan di rumah.
“Jadi, memandangkan ada adik beradiknya yang lain, saya rasa, tak ada masalah kalau saya turut serta.
“Saya memang kenal dan berkawan dengan kakaknya Risteena dan sudah lama tidak berjumpa jadi saya rasa ianya suatu peluang untuk berjumpa dia dan adik beradiknya yang lain untuk makan malam,” terang Aliff.
Menceritakan kronologi yang berlaku, Aliff membantu Ruhainies membawa barangan penggambaran rakan artisnya itu sementara menunggu Risteena yang masih dalam perjalanan.
Ads
Bagaimanapun, Aliff memaklumkan dia tidak terfikir bahawa tindakannya yang naik ke atas rumah Ruhainies membawa kepada situasi yang tidak dijangka.
“Semasa sampai di kondominium, saya bantu untuk bawa barang shooting miliknya ke atas sementara menunggu kakaknya yang mash dalam perjalanan.
“Cara yang betul adalah, kita sepatutnya tunggu di lobi. Tapi, sebab tak terfikir ia akan bawa ke situasi yang tidak dijangka, saya naik ke rumahnya.
“Waktu itu, kami sedang menunggu Risteena untuk sampai dan sempat berborak. Tiba-tiba, pintu rumah diketuk.
“Ruhainies yang pada awalnya menyangka kakaknya sudah sampai, terdengar suara lelaki berbual di luar pintu.
Ads
“Kerana risau dan atas faktor keselamatan, dia kemudiannya menghubungi kakaknya dan bertanya sama ada dia dah sampai. Risteena beritahu, jangan buka pintu dulu dan tunggu sehingga dia sampai.
“Saya hanya berada di dalam rumah, di ruang tamu dan bila situasi itu berlaku, ia memang mengejutkan.
“Bila kakaknya sampai, dah ada penguat kuasa JAWI dan polis. Bahkan, ketika adik beradiknya sampai, dah ada ramai orang di luar.
“Kemudian, Ruhainies meminta kakaknya berbincang dengan pihak penguat kuasa, pintu akan dibuka sekiranya hanya ada penguat kuasa JAWI dan polis sahaja.
“Mereka sangat profesional dalam melakukan prosedur mereka. Seterusnya, kami hadir ke JAWI dan berikan kenyataan mengikut prosedur yang ditetapkan. Selepas memberi keterangan, kami pulang ke rumah,” jelasnya.
Ads
Menerusi hantaran sama, Aliff antara lain menyerahkan pada orang ramai sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya dan tiada apa-apa tang berlaku di antara mereka.
Aliff turut meminta maaf atas apa yang terlaku.
“Kenyataan ini adalah saya tulis untuk sesiapa yang ingin mendengar. Bagaimanapun, yang salah tetap salah.
“Saya bukan nak menegakkan benang yang basah, tetapi, saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya. Namun, ingin saya jelaskan bahawa tidak ada apa-apa benda yang berlaku antara kami.
“Saya anggap ini sebagai ujian yang akan saya jadikan pengajaran dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang.
“Dan disebabkan kekhilafan saya ini, akibatnya bukan sahaja merosakkan reputasi saya, tetapi juga keluarga,” jelasnya lagi.
Terdahulu, media melaporkan penahanan pasangan pelakon selepas didakwa berkhalwat di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Mawar Rashid akhirnya mendedahkan ibunya, Yang Mulia Datin Marineei Abdullah telah selamat diijab kabul dengan lelaki pilihan, Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.
Berita gembira itu dikongsikan Mawar menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.
“Mawar tak pernah sangka yang Mawar akan merasa kehadiran seorang ayah. Siapa sangka dari kenalan lama di Brunei bertemu jodoh hanya dari satu mesej ‘lama tak jumpa’ dari posting Prince Mateen kahwin dan babah in that video (video pernikahan Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah Januari lalu).
“Its hard to accept yang mumy akan tinggal di Brunei but you deserve a happy life for the rest of your life To my new family in Brunei, welcome to the family. Love you all endlessly,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Terdahulu, Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet sama ada dia sudah mendirikan rumah tangga dengan pemuda Brunei selepas memuat naik hantaran dengan jari berinai putih di Instagram.
Ketika dihubungi, bintang drama Tundukkan Playboy Itu memilih untuk tidak mengulas lanjut dan memaklumkan perkara tersebut terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum pada ketika itu.
Bagaimanapun, Mawar berjanji untuk berkongsi apabila sudah bersedia dalam waktu terdekat.
Imbas kembali, bapa kandung Mawar, Allahyarham Datuk Wan Abdul Rashid telah pergi menghadap Illahi pada 2007.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sikap penyanyi Datin Alyah yang disifatkan sebagai seorang yang mudah bergaul dan ramah dengan peminat menjadi salah satu punca rezeki buat isteri maestro muzik, Datuk Ramli MS itu.
Ini kerana, atas kerendahan hatinya itulah menyebabkan pengasas produk kosmetik Twomee, Datuk Suraya Semaru tidak ragu-ragu untuk memilih pelantun lagu Sesal Separuh Nyawa itu sebagai wajah wakilannya.
“Perkenalan kami bermula dengan undangan memanggil Alyah untuk menyanyi di sebuah acara. Tidak dinafikan, saya kagum melihat sikapnya yang tak menang tangan dalam melayan tetamu yang hadir. Dia buat peminat dan ramah seperti kawan sendiri.
“Sejak itu, saya senang dengan personaliti yang ditonjolkan Alyah dan mengapa tidak untuk menjadi dia sebagai duta kepada jenama kosmetik dan kecantikan yang saya usahakan ini.
“Bagi saya personaliti baik seseorang selebriti itu penting. Harapnya kerjasama ini akan berjalan dengan baik dan saya optimis Alyah mampu membawa jenama ini dengan lebih meluas,” kata Suraya.
Sementara itu, Alyah nyata terharu dan bersyukur dan tidak pernah menyangka sikapnya itu menarik minat usahawanita berkenaan memberi rezeki kepadanya.
“Saya bermula dari bawah, jadi saya sangat menghargai orang di sekeliling saya, terutamanya peminat. Apabila pengasas Twomee mendedahkan sifat terbabit menjadi salah satu sebab dia melantik saya menjadi duta, semestinya rasa bersyukur.
“Bagaimanapun, saya perlulah mencuba terlebih dahulu jenama ini dan alhamdulillah hasilnya baik. Apa yang saya gemar adalah produk ini melalui pelbagai proses penyelidikan sebelum ia dipasarkan.
“Selepas menggunakan ‘Makeup Based 3 Dalam 1’ misalnya, ia serasi dengan saya dan memang berkesan, jadi saya tidak teragak-agak untuk bersetuju dengan tawaran mereka. Ia cepat digunakan, berkualiti dan sangat sesuai untuk menjaga semua jenis kulit,” katanya lagi.
Suraya dan Alyah ditemui di majlis pelancaran jenama Twomee di Hotel Royal Chulan, Damamnsara pada Sabtu.
Selain Suraya dan Alyah, acara itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Mastura Mahmud selaku Ketua Pengarah Operasi Twomee selain rakan-rakan selebriti lain seperti Nadia Brian, Luqman Podolski, Adira Suhaimi, Ani Maiyuni, Yasmin Aziz, Sarah Suhairi dan ramai lagi.
Acara turut diserikan dengan persembahan penyanyi Haziq Rosebi.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Beto Kusyairy memberikan dedikasi dan rasa bangganya atas kejayaan penyanyi, Amir Jahari yang sukses merangkul gelaran Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 menerusi lagu Hasrat, pada Ahad.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram dan Facebook, Beto akui dia berbesar hati apabila dipelawa untuk membuat kemunculan ketika persembahan Amir di acara muzik tahunan itu.
Hasrat merupakan runut bunyi filem Imaginur lakonannya bersama aktres, Diana Danielle.
Beto pada masa sama turut kagumi semangat penyanyi berkenaan pelantun lagu yang tidak putus meskipun mengharungi pelbagai ujian dalam industri seni.
“Subhanallah… Aku tak tahu secara detail apa yang dia tempuh sebelum dan sepanjang bergelar seniman.
“Tapi aku tahu journey yang dia lalu tak semua mampu lalu dan pikul. Dan istimewanya dia, dia bertahan walau dalam kepayahan.
“Sesuatu yang tragis berlaku dalam hidup ada sebabnya dan itu adalah rahsia Allah, Dia Maha Adil.
“Syabas dan tahniah Mir. Kau dan famili adalah termasuk dalam orang-orang yang baik. Terima kasih kerana tak putus semangat.
“Aku percaya kau akan tetap seperti sekarang… tunduk dan merendah walau sedang dalam kemasyhuran. For the time being, enjoy dan embrace it! Syukur alhamdulillah. Hasrat juara di hati semua!,” tulisnya.
Perkongsian berkenaan turut menerima pelbagai reaksi positif daripada rakan artis dan para peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.