Selepas anggota kumpulan Zero, Sharif mencabar individu yang menempelak selain bertindak kurang ajar dengan menyindir wajahnya serta anggota Zero yang didakwa menyerupai pendatang tanpa izin (Pati) untuk bertemu secara empat mata, pelawak berkenaan tampil membuat laporan polis baru-baru ini.

Pada masa sama, Sharif atau nama sebenarnya, Sharif Kadir Doli Sharif turut mendedahkan dua akaun yang dimaksudkan selain mengakui kritikan yang diberikan agak melampau kerana melibatkan maruah.

“Viral bila dikata Zero adalah seperti pendatang tanpa izin (Pati). Perkara tersebut telah di ‘screenshoot’ oleh salah seorang peminat kami dan katanya kami berhak untuk tahu. Awalnya saya tidak layan lagi.

“Kemudian saya jadi tidak puas hati apabila perkara tersebut ibarat senjaga diviralkan dan apa juga netizen yang berikan komen, back-up kami. Jadi saya rasa hal ini saya nak ketengahkan.

“Ia sangat sensitif dan kami tidak mahu dilabel sebegitu. Pihak yang berbuat demikian sangat tidak bertanggungjawab.

“Pemilik akaun berkenaan masih lagi dalam siasatan, ada dua akaun terlibat dalam saya sudah buat laporan polis di Balai Polis Setia Alam, Selangor,” katanya kepada MH.

IKLAN

Sharif turut mendedahkan dua anggota Zero yang lain, Mohd Syaiful Doli Sharif (Syaiful) dan Sharid Kunal Doli Sharif (Atu) tidak tahu menahu mengenai hal berkenaan.

“Apabila ia diviralkan ia beri impak sebabnya kami memang orang Malaysia. Tak sesuailah. Senang kata saya tak suka.

“Famili kami pun sudah tentu terasa tetapi alhamdulillah mereka pada masa sama turut berikan sokongan dan fokus dengan Maharaja Lawak Mega. Tapi saya tak boleh fokus sebabnya benda tersebut mengaibkan kita orang.

“Saya memang nak jumpa individu berkenaan dan kalau boleh buat permohonan maaf. Sebelum ini saya ada hubunginya di Facebook.

IKLAN

“Dia cakap kumpulan kau orang ni mencarut, muka kau orang ni ‘macam tu’, lepas tu saya tak gelak langsung dengan lawak kau orang.

“Jadi saya DM dia, kalau boleh saya nak jumpa awak, nak buat awak ketawa. Dia balas. Katanya cubalah buat saya ketawa dan dia terus ‘blocked’,” jelasnya lagi.

Ditanya mengapa dirinya mengambil berat akan hal berkenaan, Sharif ada alasan tersendiri.

IKLAN

“Saya ‘layan’ benda ni sebab ia melibatkan maruah. Saya tidak mahu nanti selepas ini ada menyifatkan orang boleh bahan Zero.

“Ada benda yang boleh dibuat lawak dan sebaliknya. Tapi bila saya tengok caranya komen apa semua, dia memang dilihat serius nak ‘kondem’ kita orang. Senang cakap…biadap,” akhirinya.

Ikuti temu bual penuhnya di sini;

#MHvideo “Sangat biadap, saya tak suka,” – Disindir seperti Pendatang Tanpa Izin (PATI), Sharif Zero buat laporan polis!

Posted by MEDIA HIBURAN on Saturday, 4 January 2020

Foto: Terima kasih Azrul Rafie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI