Pelakon Aeril Zafrel ada berkongsi rakaman video dia bersama anak, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa saat keduanya meluangkan momen istimewa bersama.
Bintang Cari Aku Di Syurga itu dilihat sedang menyisir rambut Hayla dan dikepilkan bersama rakaman tiga ‘mat salleh’ yang kelihatan begitu teruja dengan tindakannya.
Lalu, tidak semana-mana individu tersebut dilihat menjerit dan menangis keterujaan melihat momen indah tersebut.
Penyampai radio dan pengacara, Haziq Hussni memuat naik foto lapan tahun lalu bersama kekasihnya (kini bergelar isteri), Ayunda Putri.
Kongsinya, mereka mempunyai nama panggilan tersendiri ketika diawal peringkat perkenalan, pertunangan dan sehingga gelaran manja suami isteri.
“12/1/2012-12/1/2020-forever Mula kenal 12/1/2012 dulu panggil saya-awak jee. Tapi slang jakarta Putri kuat masa tu. Ada la jugak guna aku-kamu. Rasanya takpenah panggil kau kau.
“Tah cane tah lama-lama tu tukar panggil pakai nama Haziq-Putri.
“Lama gak kitorang panggil pkai nama sebab kitorang kawan lama kann. Bila dah start rasa cam suka & sayang. Auto rasa eh. Takdenya declare2 ‘kita couple jomm’. Sedar sendiri je.
“Start la kami pakai gelaran geli sikittt hby-bby. Masa tunang dah matang sikit panggil habi-ibi. Walaupun takde la matang mana. Pernah laa nak try pakai i-you tp cam takleh.
“Cam awkward. So, sampai skrg 12/1/2020 kami pakai gelaran yg sama habi-ibi,” tulisnya.
Dalam pada itu, Haziq,30, meluahkan rasa gembira kerana pertemuan dengan wanita Medan, Indonesia yang hanya sebagai seorang kawan kini menjadi ibu kepada anak-anaknnya.
“Sampai anak2 pun dok panggil aku habi habi. Penat aku ajar panggil daddy. Mama korang pandai panggil plak! Jadinya harini genap 8 tahun kitorang kenal. Bukan anniversary kahwin tauu. Ni kira friendversary laaa.
“Love you sayang @ayundaputrii. Korang yg couple, tunang, dah kahwin tu panggil pasangan korang apa? Cuba share aku nak tgk. Mana tau ada yg yg pelikkk,” tulis Haziq yang mendirikan rumah tangga pada Julai 2016.
Dalam perkembangan lain, Haziq bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) yang bakal berlangsung Februari depan.
Haziq turut begandingan bersama Sherry Alhadad dan Awal Ashaari.
Baru-baru ini, pelakon Betty Rahmad ada mengutarakan pendapat di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, ibu kepada seorang cahaya mata itu akui rasa tak senang dengan sikap peniaga kedai yang sambil lewa dan tidak bertanggungjawab.
“Indahnya hidup kalau semua restaurant sediakan macamni. Berjenis-jenis handwash ada customer mesti happy gila nak basuh tangan.
“Oklah fine, kalau tak boleh buat macamni letak 1 jenis pun dah cukup bahagia customer.
“Paling tak boleh terima yang letak sabun basuh pinggan untuk basuh tangan. Kalau nak jimat lagi tambah air!
“Adui customer nak basuh tangan bukan basuh pinggan. Korang setuju tak? Atau i sorang je yang rasa macamni?,” tulisnya.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.