Tahniah diucapkan buat pelakon Balkisyh Semundur Khan yang telah selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Mohd Nazri Zakaria petang tadi.

Mereka bernikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan menggunakan wali hakim kira kira jam 2.30 petang tadi sambil disaksikan sekitar 20 orang tetamu.

Pasangan raja sehari ini kemudiannya diraikan di sebuah premis makanan popular di ibu kota bermula jam 5 petang tadi dengan dihadiri sekitar 50 orang tetamu.

“Alhamdulillah akhirnya segala kesukaran saya untuk mencari bapa kandung (Semundur Khan Gulam Khan) sendiri sebagai wali diselesaikan dengan bantuan JAWI.

“Pada mulanya saya berdepan kesukaran menjejak lokasi sebenar bapa kandung untuk jadi wali.

“Namun selepas masalah ini mendapat liputan media, segala galanya dipermudahkan. Saya akhirnya sah bergelar isteri sekali lagi,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, kisah pelakon berkenaan berdepan kesukaran mencari bapanya untuk menjadi wali mendapat perhatian ramai.

“Dia Duda Tak Ada Anak,” – Pelakon Balkisyh Semundur Selamat Bernikah, Kembali Bergelar Isteri “Dia Duda Tak Ada Anak,” – Pelakon Balkisyh Semundur Selamat Bernikah, Kembali Bergelar Isteri

“Saya berusaha mencari bapa termasuk membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen, tetapi gagal.

IKLAN

Saya buat carian di JPN membabitkan rekod kematian dan alamat terakhir. Selepas dua minggu saya diberitahu ayah masih hidup sebab tidak ada rekod kematian dan alamat terakhirnya di Tawau, Sabah.

“Malangnya, rumah itu sudah dijual sejak lima tahun lalu. Dalam semakan Jabatan Imigresen pun ayah tiada rekod keluar masuk negara sejak empat tahun lalu.

“Pihak JAWI akhirnya meminta saya menghantar permohonan untuk menggunakan wali hakim,” katanya yang pernah lapan kali turun naik pejabat agama namun permohonan tetap ditolak.

IKLAN

Pelakon yang terkenal menerusi drama Mak Cun di TV3 itu mengenali suaminya yang juga seorang pekerja barisan hadapan sekitar tiga tahun lalu.

“Dia duda tak ada anak. Dan dia menjadi lelaki yang boleh menerima  masalah dan pahit getir hidup ini. Malah lebih utama, dia dapat menerima dan serasi dengan dua anak saya.

“Dialah yang selama perkenalan begitu tabah dan melalui kesukaran dilalui bersama. Kebaikan dan peribadi dimilikinya juga mengatasi segala galanya,” katanya.

Terdahulu, Balkisyh sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Aizad Rosli pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI