Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida atau lebih sinonim dengan panggilan DSV memuat naik video ‘prank’ yang dilakukan anaknya, Cik B bersama-sama rapper, MK K-Clique bagi mengenakannya.
Pada awal, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin meminta keberanan penyanyi lagi I Am Me itu untuk membeli PS5, namun DSV mencadangkan agar lebih baik andai Cik B membeli emas.
Bagaimanapun, tiba-tiba Cik B memberitahu dia takut kerana pengurusnya hilang entah ke mana dan meminta ibunya untuk bercakap dengan pegawai keselamatan.
“Cik B kat One Utama ni, Cik B nak beli PS5 boleh tak? Cik B dah nak bayar dah ni. Boleh tak?,” tanya Cik B.
IKLAN
“Emas? Tok sey emas? Baik beli emas Cik B,” jawab ibunya sebelum Cik B tiba-tiba ketakutan kerana ketiadaan pengurus.
Lalu, MK pula amik peranan sebelum masing-masing memberitahu itu sebenarnya hanyalah sebuah ‘prank’ menerusi panggilan video yang dilakukan.
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, DSV turut memberikan reaksinya.
IKLAN
“BILA PRINCESS OF RAP @cikb_havoc66 BERGABUNG DGN PRINCE OF RAP @hairiwhuut PRANK DSV.
Aduh, dah la saya baru bangun tido ja.
IKLAN
“Nasib baiklah ada Pak Guard bertauliah cam MK @hairiwhuut ,kalau tak Cik B hilang dah.
”Korang jangan lupa layan Trek Selebriti @cikb_havoc66 bersama hos @aliffarhan_jr. SETIAP RABU| 9.30 PM ASTRO RIA,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan ada yang tidak sabar untuk menonton penuh episod berkenaan apabila ia ditayangkan tidak lama lagi.
Dalam perkembangan lain, Cik B baru sahaja muncul dengan single debut berjudul Tolonglah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengetengahkan kehebatan seni persilatan Melayu dan seni mempertahankan diri Muay Thai, filem Siku 12: Langkah Derhaka terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd juga menyelitkan konflik cinta dan persahabatan sebagai elemen dramatik untuk menarik penonton.
Filem bergenre aksi arahan Azhari Zain itu menggandingkan dua aktor popular, Syafiq Kyle dan Zahiril Adzim selaku teraju utama.
Malah, naskhah ini dimantapkan dengan penampilan barisan pelakon seperti Moon, Lobak dan Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar.
Tidak ketinggalan dibantu oleh Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.
Penerbit Eksekutif, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, filem yang menelan kos sebanyak RM1.2 juta itu menjalani penggambaran pada 2019.
“Penggambaran filem bermula pada Oktober 2019 membabitkan tempoh selama 15 hari seperti dijadualkan.
“Namun, filem Siku 12 hanya siap sepenuhnya membabitkan proses suntingan dan sebagainya untuk tayangan di pawagam pada tahun ini. Ia membabitkan lokasi penggambaran di Pendang dan Alor Star, Kedah,” katanya.
Berkongsi cabaran merealisasikan filem Siku 12, kata Mohd Hafiz, dia hanya mengambil alih projek filem berkenaan pada saat akhir.
“Saya terima tawaran daripada rakan penerbit, Mohamad Pozi Mansor untuk mengambil alih projek filem ini bukan atas dasar persahabatan semata-mata.
“Sebaliknya, saya percaya filem Siku 12 ini mempunyai potensi untuk diketengahkan termasuk ke peringkat antarabangsa. Filem Siku 12 mengetengahkan ilmu persilatan seni silat tua Melayu iaitu permainan 12,” katanya.
Bagaimanapun kata Mohd Hafiz, banyak yang perlu diperbaiki untuk memastikan kualiti filem untuk tayangan di pawagam.
“Saya perlu menyiapkan dari segi proses suntingan, ‘audio mixing’ dan ‘color grading‘ untuk filem ini.
“Banyak proses dilalui filem ini terlebih dahulu, sebelum mendapat kelulusan tayangan di pawagam termasuk Kementerian Dalam Negeri, Skim Wajib Tayang dan wakil pawagam.
“Alhamdulillah, saya dan penerbit kembali bersemangat membawa filem untuk tayangan di pawagam selepas melihat maklum balas positif,” katanya.
Mengulas cabaran menerbitkan filem bergenre aksi, kata Mohd Hafiz, bukan mudah untuk merealisasikannya kerana ia memerlukan lokasi gelanggang yang besar.
“Kami juga menyediakan jurulatih profesional bagi memberi tunjuk ajar kepada pelakon ketika babak bertinju.
“Malah, pelakon utama, Syafiq Kyle perlu berlatih selama dua minggu sebelum memasuki lokasi penggambaran.
“Filem Siku 12 hanya menampilkan elemen kesan khas imej janaan komputer (CGI) sebanyak 10 peratus,” katanya.
Apa yang menarik, kata Mohd Hafiz, filem Siku 12 menampilkan seramai 20 penari menora dari Persatuan Manora Kedah dan Manora Kham Kampung Kalai.
“Kami turut menampilkan ratusan pelakon tambahan untuk menjadi penonton di luar gelanggang.
“Jumlah penonton yang ramai diperlukan untuk menonjolkan suasana sebenar ketika pertandingan diadakan membabitkan peninju,” katanya.
Ditanya harapan terhadap filem Siku 12, kata Mohd Hafiz, pihaknya sudah berusaha memberikan terbaik pada filem dan hanya menyerahkan pada penilaian penonton.
“Saya yakin dengan momentum yang ada selepas kejayaan luar biasa filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, filem genre aksi juga akan mendapat tempat di hati penonton,” katanya.
Filem Siku 12: Langkah Derhaka akan mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober depan. Ia juga ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.
Trailer rasmi filem boleh ditonton menerusi saluran YouTube/Power Team Entertainment sejak 6 September lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Puteri Aishah mengakui bahawa dia mencari teman yang sudi mendengar masalahnya bagi mengelak masalah kemurungan.
Kongsinya menerusi Insta Stories, dia juga turut membela haiwan peliharaan, kucing sebagai ‘temannya’ bagi menghilangkan rasa kebimbangannya itu.
Perkara itu dikongsikan bintang filem Pulang apabila individu bertanyakan soalan mengenai cara mengatasi kumurungan (anxiety).
“Anxiety mmg susah nak control. Apa yg puteri buat, I find someone who listen and understand me. Surprisingly, bila puteri bela kucing, puteri dapat reduce my anxiety and tak kerap sgt kena anxiety.
“Puteri tak tahu nak cakap macam mana, tapi puteri rasa okay bila ada something alive lagi-lagi tengah keseorangan.
“Puteri pun selalu insecure and overthink about everything. Lagilah dalam dunia ini banyak sangat orang yang hebat-hebat but i always tell my self that I’m also a great person.
“If you tak achieved apa yg org lain dah achieved, tell yourself that masa you akan sampai and you must work hard for it,” tulisnya.
Pelakon, Norreen Iman menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah memberikannya rezeki dan kesempatan untuk memiliki sebuah kereta baru jenis Toyota Vellfire.
Menurut Norreen, antara sebab dia membeli kereta tersebut adalah untuk memberi keselesaan buat keluarganya.
“Bila anak kau membesar cepat sangat and you need something bigger than before. ALHAMDULILLAH,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Rindu Awak Separuh Nyawa itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Malah, Norreen juga turut mengimbas kembali antara detik-detik sukar sepanjang kehidupannya sebelum ini.
“From naik motor berempat, pakai kereta sewa for two years, then managed to have X70, makin sempit pulak then lets have this one
“Suka tak kete kita Ba @razzirazak ? Lebiu,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Norreen akan terus sukses lagi selepas ini.
“Suka tengok kejayaan Norreen. Saya follow dia dari orang biasa sampailah jadi selebriti. Seorang yang sangat berusaha. Congrats.
“Tahniah Norreen dan suami. Semoga terus dirahmati dan murah rezekinya.
“Congratulations Norreen. Semoga semakin berjaya.
“Wah, congrats Kak. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Suka tengok akak dari zaman tiada apa-apa sampai dah berjaya sekarang ni,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Selain sibuk di dalam dunia lakonan, Norreen juga aktif menghasilkan pelbagai konten-komen menarik di laman Youtube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Norreen Iman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Azira Syafinaz berharap agar semua pihak tidak menyalah tafsir mesej yang ingin disampaikan menerusi lagu raya viral daripada kumpulan De Fam yang berjudul Alamak Raya.