Penyanyi Datin Alyah yang juga dua pupu (sebelah bapa) kepada Allahyarham Ridzuan Hashim menyifatkan pelakon tersebut sebagai lelaki bertanggungjawab.

Menurut Alyah, Ridzuan antara individu terawal yang mempercayai bakat seninya.

“Dia antara insan terawal yang membantu saya dalam industri muzik. Saya masih ingat lagu saya yang pertama sebelum Tak Mungkin Kerna Sayang yang berjudul Kita Adalah Kita liriknya turut ditulis arwah.

“Sebuah lagu patriotik dan saya panggilnya abang Awin. Dia ialah insan yang terawal yang banyak membantu saya sebenarnya” katanya kepada MH.

IKLAN

Alyah yang jarang bertemu Allahyarham kebelakangan ini bagaimanapun ralat sejurus mengetahui aktor tersebut menyembunyikan sakit yang dialami.

“Kita seperti ‘lost contact’ selepas saya mendirikan rumah tangga. Namun kemudian kami ada bertemu di beberapa majlis malah sebelum pandemik Covid-19, saya ada bertanya mengenai kesihatannya juga.

“Dia kata okay sahaja. Namun bila diberitahu Didie dia sebenarnya sakit tetapi tidak berkongsikan kepada umum… jadi saya terkilan jugalah. Iyalah kami sudah lama tidak berjumpa.

IKLAN

“Malah ketika sambutan Syawal baru-baru ini pun tak bertemu, kali terakhir beberapa tahun lalu,” katanya lagi yang turut mengiringi jenzah sehingga ke pengebumian.

“Saya dapat tahu daripada Tok Ram. Dia hantarkan mesej memaklumkan mengenai perkara tersebut. Kemudian saya melihat perkara sama menerusi media sosial.

IKLAN

“Bila arwah abang saya pesan supaya dia jaga saya ketika awal-awal di Kuala Lumpur nak jadi penyanyi, dia memang betul-betul tengokkan saya. Dia buat kita seperti adik sendiri,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI