Pelakon, Puteri Sarah Liyana hanya mengharapkan yang terbaik pada prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) kali kedua yang akan bakal berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada Khamis.

Menurut Puteri Sarah, dia sebolehnya mahu menamatkan terus kisah kemelut rumah tangganya itu dan membuka lembaran baharu.

“Tak Nak Buang Masa & Kuburkan Diri,”- Prosiding Tuntutan Cerai Bersambung Esok, Puteri Sarah Nak Tutup Buku Lama, Fokus Kerjaya Di Indonesia

“Saya harapkan yang terbaik. Doakanlah. Memang itu pun yang selalu saya harapkan selama ini. Sebenarnya, saya dah tak mahu memberikan sebarang komen mengenai hal ini lagi.

“Anda pun dah lihat menerusi video saya sebelum ini. Bagi saya, itulah yang terakhir. Saya dah cakap apa yang ingin saya perkatakan. Saya nak move on. Banyak lagi perkara yang ingin saya buat dalam hidup ini,” katanya kepasa MH.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama, Hijrah Jannah yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.

IKLAN

Katanya lagi, dia tidak mahu lagi membuang masa sebaliknya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjayanya yang kini sudah berkembang sehingga ke negara seberang.

“Tak Nak Buang Masa & Kuburkan Diri,”- Prosiding Tuntutan Cerai Bersambung Esok, Puteri Sarah Nak Tutup Buku Lama, Fokus Kerjaya Di Indonesia

“Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai melakonkan drama 60 episod. Untuk Hijrah Jannah ni pula, saya akan berlakon lagi 40 episod. Jadi, saya berlakon sebanyak 100 episod selama enam bulan. Rasanya tiada orang yang sanggup buat begitu.

“Saya mahu terbang tinggi. Untuk pengetahuan anda semua, selepas selesai sahaja urusan di mahkamah esok, saya akan terus berlepas ke Jakarta atas urusan kerja.

IKLAN

“Bagi saya, sibuk itu adalah bagus. Saya nak tutup kisah hidup saya yang sebelum ini. Saya tak nak buang masa dan kuburkan diri,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Puteri Sarah akui bersyukur kerana dikurniakan orang-orang di sekeliling yang sentiasa menyokongnya.

“Kalau Allah tarik sini, Dia juga akan bagi yang lain. Sejujurnya, penat menjadi seorang Puteri Sarah tapi saya ada sistem sokongan yang baik.

“Barisan pelakon pun sentiasa berikan kerjasama yang baik. Ketika ini, fokus saya hanya pada anak-anak. Walau sibuk macam mana sekali pun, saya akan luang masa dengan anak-anak,” akhirinya.

IKLAN

Sehingga kini, kemelut rumah tangga diantara Puteri Sarah dan Syamsul masih lagi tidak berkesudahan.

Kes perceraian mereka masih berjalan di Mahkamah Syariah dan gagal diselesaikan selepas pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu enggan menceraikan Puteri Sarah pada 18 April lalu.

Pergolakan rumah tangga mereka bermula selepas kehadiran pihak ketiga iaitu Ira Kazar juga anak kepada pelakon veteran Kazar sebelum Syamsul mengakui sudah bernikah dengan wanita itu pada awal Januari lalu di Thailand.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI