Isteri kepada pelakon, Hafizh Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri tidak dapat menahan sebak saat mengenang kembali anak di dalam kandungannya yang tidak dapat diselamatkan.

Menurut Shuhada, dia sememangnya teruja untuk menanti kelahiran cahaya mata ketiganya itu namun, dia juga percaya Allah SWT mempunyai perancangan yang lebih baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

“Doktor cakap baby dah besar dan dah boleh bagi nama. Jadi, saya pun dah borak dengan anak-anak yang saya nak panggil dia Uwais,” katanya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Shuhada menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram.

“Orang Pergunakan, Dia Pula Cari Rezeki…,” – Hal Keguguran Shuhada Jadi Modal Merketing? Netizen Minta Founder Tak Ambil Peluang “Orang Pergunakan, Dia Pula Cari Rezeki…,” – Hal Keguguran Shuhada Jadi Modal Merketing? Netizen Minta Founder Tak Ambil Peluang

Pada masa sama, Shuhada turut memohon maaf kepada anak-anaknya kerana tidak dapat melahirkan adik mereka di muka bumi ini.

“Saya hanya berdoa agar Allah redakan hati saya dengan takdir hidup saya. Semoga Allah redakan juga hati anak-anak saya. Umairah ada kata ‘Uwais tunggu kita di syurga kan ibu?’.

“Ibu minta maaf sebab tak berjaya keluarkan Uwais ke dunia yang agak kejam ini,” ujarnya lagi.

IKLAN

Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih hampir 200,000 jumlah tontonan.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen dilihat kurang senang dengan video berkenaan kerana ia turut diselitkan dengan iklan tudung daripada sebuah jenama hijab terkenal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mereka merasakan kisah hidup Shuhada ini tidak sepatutnya dijadikan alat untuk apa sahaja jenis strategi pemasaran.

“Kesian tengok Shu ni. Terpaksa jual kisah rumah tangga untuk promosi tudung. Orang mempergunakan dia untuk marketing. Shu pula mencari rezeki.

“Jangan post macam ni lagi. Takut terbuka aib macam-macam. Tak perlu terangkan apa-apa lagi dengan netizen semua ini. Kalau nak berniaga, kami tetap akan sokong.

IKLAN

“Macam tak kena je marketing content macam ni.

“Nak jual tudung, jual je. Tak perlu marketing sedih macam ni.

“Kenapalah founder tudung sanggup guna kesedihan orang untuk promote tudung dia. Macam tak sesuai,” antara komen-komen netizen.

“Orang Pergunakan, Dia Pula Cari Rezeki…,” – Hal Keguguran Shuhada Jadi Modal Merketing? Netizen Minta Founder Tak Ambil Peluang

IKLAN

Sekadar informasi, pada 13 April lalu, Shuhada telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram bagi memaklumkan dirinya ketika itu sedang hamil anak ketiga.

Bagaimanapun, memetik laporan BH Online, Shuhada dilaporkan mengalami keguguran sewaktu kandungannya berusia 14 minggu.

Disebabkan kejadian tersebut, Hafidz telah membuat laporan polis kerana mendakwa isterinya itu telah sengaja menggugurkan kandungan.

Namun, siasatan pihak polis telah pun selesai dan Shuhada disahkan tidak bersalah diatas dakwaan tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nurul Shuhada & BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI