Di Tanya Fasal Zarina Anjoulie Buka Tudung, “Saya Mendoakan Yang Terbaik Buat Dia.” Ini Komen Fathia Latiff

Keputusan pelakon Zarina Anjoulie untuk membuka hijab turut mendapat perhatian peminat serta rakan pelakon, Fathia Latiff turut diminta media untuk memberikan pandangannya mengenai keputusan bintang sensasi itu.

Pernah rapat dan bersahabat baik dengan Zarina, pelakon yang kini mahu mencuba nasib sebagai penyanyi itu mengambil pendirian untuk tidak mengulas ulasan lanjut mengenai perkara terbabit.

Bagaimanapun, katanya kepada MH, dia tetap mengharapkan ramai agar mendoakan yang terbaik.

“Saya tak berani nak komen apa-apa sebab itu adalah kehidupan dia. Saya mendoakan yang terbaik untuk dia.

“Kita tak tahu apa yang dihadapinya sekarang ini tetapi saya berharap yang terbaik untuk dia,” katanya jujur.

IKLAN

Sementara itu, Fathia juga mengakui sudah lama tidak menghubungi Zarina meski ada percubaan untuk berbuat demikian.

“Saya sudah tidak menghubunginya agak lama juga. Sada cuba menghubungi dia tapi tak dapat. Sekarang pun saya sibuk dengan persiapan untuk melancarkan lagu terbaru, saya busy dengan kerjaya saya,” katanya lagi.

Ditanya apakah harapannya buat Zarina, Fathia mempunyai jawapan sendiri.

IKLAN

“Saya doakan supaya dia tenang dan happy. Saya harap dia tidak bersedihlah. Itu paling penting,” pohon Fathia optimis.

Fathia yang bakal melancarkan single sulung, Jika Aku Tahu tidak lama lagi itu ditemui pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH, di PICC Putrajaya, minggu lalu.