Pelakon dan pengarah, Eizlan Yusof percaya rezeki apabila ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa dia telah ditawarkan projek lumayan sebagai duta produk sebuah syarikat gergasi.

Menurut Eizlan atau nama sebenarnya, Idris Md Yusof, 51, buat masa sekarang dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan berkenaan

Difahamkan, syarikat yang bukan calang-calang namanya itu bakal membuka 300 cawangan di seluruh Malaysia, tahun ini.

“Dari sumber mana anda mendengar cerita ini? Jujurnya, segala-galanya masih dapat perbincangan. Saya tak boleh mengulasnya dengan lebih lanjut.

“Jika ditakdirkan menjadi rezeki, saya pasti akan berkongsi. Jadi, kita tunggulah pengumumannya nanti,” katanya.

Pengarah filem Town Mall ini pada masa sama menjelaskan, dia sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan sejak zaman muda.

IKLAN

“Saya sangat bersyukur. Siapa sangka dalam usia 50-an, sentiasa ada ruang dan rezeki diberikan.

“Saya percaya jika konsisten dan ikhlas bekerja sebagai anak seni, pasti pelbagai cabang rezeki diperoleh. Ini juga rezeki buat keluarga saya,” katanya lagi.

Imbas kembali, Eizlan Yusof yang sebelum ini sinonim dengan ketampanan wajahnya sejak diperkenalkan menerusi filem Kad Cinta pernah menjadi rebutan pelbagai jenama untuk menjadi wajah wakilan.

IKLAN

Malah, wajah tampan aktor berkenaan pernah terpampang dalam iklan sekitar Singapura, Thailand, Indonesia, malah, boleh dikatakan seluruh Asia.

Jadi tidak hairanlah, wajah dan pesona bekas model iklan popular era 1980-an itu sering menjadi pilihan iklan tempatan dan antarabangsa sejak dahulu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN

Foto: Instagram Eizlan Yusof

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI