Drama pendek berjudul Dodol Tak Bergula yang dilancarkan oleh stesen radio Suria FM di platform YouTube berjaya mendapat perhatian serta pujian ramai.

Menariknya, drama pendek yang dilancarkan bersempena sambutan lebaran tahun ini itu menyaksikan barisan penyampai stesen radio berkenaan tampil beraksi, di samping pelakon hebat Wan Maimunah.

“Bertukar Karakter 360 Darjah, Dari Lemah Lembut Hamek Kau ‘Devil’ Terus…,” – Viral Dodol Tak Bergula, DJ Lin Raih Pujian “Bertukar Karakter 360 Darjah, Dari Lemah Lembut Hamek Kau ‘Devil’ Terus…,” – Viral Dodol Tak Bergula, DJ Lin Raih Pujian“Bertukar Karakter 360 Darjah, Dari Lemah Lembut Hamek Kau ‘Devil’ Terus…,” – Viral Dodol Tak Bergula, DJ Lin Raih Pujian

Pada masa sama, ramai yang memuji kebolehan penyampai dalam melakonkan watak masing-masing, termasuk DJ Lin.

Watak antagonis yang dibawa pengendali segmen Suria Cinta itu menerima maklum balas positif penonton, atas keberkesanan watak yang dijayakan.

IKLAN

Melihat di ruangan, rata-rata netizen berpendapat DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid berkebolehan dan memiliki bakat dalam dunia lakonan.

“Meruntun jiwa betullllll paling suka lakonan Dj Lin yg antagonist, Abg Tyzo yg menjadi gagapnye, Kak Rara xyah cakap r…memang menjadi wataknya. Paling suka babak jerit BALIK yang Dj Lin ngn Anna terkejut . Terbaikkkkkkkkk,” puji seorang wargamaya.

“Terbaik semua.. DJ Lin bertukar character 360 darjah.. dari seorang yg lemah lembut, hamek kau.. devil terus.. ape pun, lakonan semua hidup,” tulis lagi seorang peminat di ruangan komen.

IKLAN

“Lakonan Kak Lin mmg terbaik. Tahniah Suria FM.Mantap & terbaik,” puji lagi netizen yang lain.

“Dj lin ni selain penyampai radio dia pelakon jugak ke?? Masuk ke jiwa betul lakonan dia,buat sakit hati kalau wan maimunah xpayah ckp dah mmg legend,” tulis wargamaya.

“Bertukar Karakter 360 Darjah, Dari Lemah Lembut Hamek Kau ‘Devil’ Terus…,” – Viral Dodol Tak Bergula, DJ Lin Raih Pujian“Bertukar Karakter 360 Darjah, Dari Lemah Lembut Hamek Kau ‘Devil’ Terus…,” – Viral Dodol Tak Bergula, DJ Lin Raih Pujian “Bertukar Karakter 360 Darjah, Dari Lemah Lembut Hamek Kau ‘Devil’ Terus…,” – Viral Dodol Tak Bergula, DJ Lin Raih Pujian

IKLAN

Video berdurasi 33 minit itu dilancarkan secara rasmi saluran rasmi Suria FM, pada 22 April lalu dan setakat ini telah berjaya lebih sejuta jumlah tontonan di YouTube.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram DJ Lin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI