Pelbagai cabang seni seperti nyanyian, lakonan, pengacaraan, penyampaian radio dan dunia komedi telah diterokai Shiha Zikir.
Lalu, perkara itu secara tidak langsung menyebabkan timbul suara-suara nakal yang mendakwa Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 35, bersikap yang tamak dalam ‘membolot’ semua kerja seni.
Tidak mudah melatah, Shiha berkata dia sekadar ingin mencuba sesuatu bidang yang baharu agar dapat mengembangkan lagi ‘resume’ dalam perjalanan seninya.
“Saya bukanlah tamak atau kaut apa sahaja tawaran yang datang. Tetapi lebih kepada ingin mencuba pelbagai bidang.
“Bagi saya, baik menyanyi, berlakon, mengacara atau jadi penyampai radio sekali pun, semua itu dalam cabang seni.
“Bagaimanapun, kalau saya rasa tidak yakin untuk menjayakan sesuatu tawaran itu, saya akan tolak,” katanya.
Tambah penyanyi lagu AEWO itu lagi, dia hanya berpegang kepada prinsip untuk melakukan apa sahaja kerja dengan sepenuh jiwa.
“Bagi saya apa yang penting, kalau kita nak buat sesuatu, lakukanlah dengan betul-betul. Itu prinsip yang saya pegang dari dulu sampai sekarang.
“Apa orang nak kata di belakang saya, itu terpulanglah. Kalau saya nak terasa atau nak ikut apa orang kata, akhirnya saya tidak akan ke mana-mana.
“Saya terbuka menerima apa sahaja komen untuk setiap hasil kerja saya, supaya saya dapat memperbaiki diri pada masa akan datang,” katanya lagi.
Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, drama terkininya, Ada Apa Dengan Saka kini sedang ditayangkan di TV9, jam 8.30 malam setiap Khamis.
Selain Shiha, naskhah berkenaan turut dibintangi Syazwan Zulkifli, Wanns Ahmad, Dynaz Mokhtar, Watie Elite dan Azri Iskandar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/IhpdIBhupEQ
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memuji inisiatif yang dilakukan oleh pekerja warga asing yang berusaha untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Menurut Uyaina, ketika dia ke sebuah pusat membeli belah baru-baru ini, dia telah terjumpa sebuah mesin pembayaran ticket yang ketika itu sedang mengalami kerosakkan.
Pada mesin tersebut, tertera makluman ‘Rosha. Onely ticket’ (rosak, only ticket) yang dipercayai telah ditulis oleh pekerja bukan daripada kalangan warganegara Malaysia.
Katanya lagi, usaha mereka untuk memudahkan urusan orang lain selayaknya diberikan pujian.
“Ini dekat Publika. Saya sendiri yang ambil gambar ini minggu lepas. Daripada tulisan ini, kita tahu yang dia orang luar. Mungkin orang Bangladesh atau Nepal.
“Tak mengapalah. Ini bukan tanah air mereka dan bukan bahasa kebangsaan mereka. Namun, mereka cuba juga untuk bercakap bahasa kita.
“Sejujurnya, saya puji usaha mereka,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh pengacara program Wanita Hari Ini itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Katanya lagi, sikap tersebut seharusnya dijadikan contoh buat segelintir rakyat Malaysia yang berat hati untuk mempelajari bahasa ibunda sendiri.
Malah, Uyaina turut terkilan apabila ada segelintir rakyat Malaysia yang bangga apabila tidak tahu bertutur dalam bahasa Malayu meskipun tinggal di tanah air sejak lahir.
“Jadi, apa alasan segelintir kita yang tak nak belajar Bahasa Melayu ini. Bahasa Melayu saya juga tak sempurna.
“Dah memang kita guna bahasa pasar setiap hari. Bukan bahasa buku. Saya cuma menegur mereka yang sudah duduk 20 tahun di sini tapi masih tak boleh cakap Bahasa Melayu dan bangga,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, isu bahasa kebangsaan merupakan antara topik hangat yang diperkatakan di media sosial susulan ada segelintir rakyat Malaysia yang mendedahkan mereka tidak tahu bertutur di dalam Bahasa Melayu.
Antara alasan yang berikan adalah kerana mereka mendapat pendidikan di sekolah antarabangsa yang menerapkan silibus Cambridge sejak kecil.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaima Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Faezah Elai menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran anak tirinya yang dikenali sebagai Adam yang ke-12.
Perkongsian tersebut dikongsikan pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.
Sambil menyifatkan betapa pantas masa berlalu, Faezah atau nama lengkapnya, Noor Faezah Md Elai turut akui mengakui perangai Adam saling tak tumpah seperti bapanya yang kuat mengusik.
“So yesterday was Adam’s 12th birthday. He lived in with me when he was just 2 and now he’s 12? Haihhh…how time flies.
“Why is he so tall? Or am i getting shorter!? Dont care lah! But i still feel young and to me he is still 2. Im still 20’s.
“We fight most of the time sebab dia memang kuat mengusik. Perangai mcm Pak dia jugak. Orang Penang kata ‘juah’ wooo!,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut mendoakan agar remaja berkenaan membesar sebagai anak soleh.
“Moga jadi anak yang soleh buat kedua orang tuamu. I’m not sure if doa ibu tiri ni sekuat doa ibu kandung but one thing for sure my prayers for Adam will never cease as long as i live,” tulisnya lagi.
Perkongsian tersebut sehingga kini sudah pun menerima hampir 5,000 tanda suka daripada para pengikutnya.
Faezah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Heykal Hanafiah pada September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Manakala Heykal turut memiliki tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Faezah Elai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada personaliti media sosial, Alieff Irfan, Nurul Nabilah Aliah Hazman telah selamat melahirkan bayi kembar sepasang pada tanggal 31 Ogos lalu bersamaan dengan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-65.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Nabilah menerusi entri terkini di laman Instagram.
Menurut Nabilah, kedua-dua bayinya itu dilahirkan secara pembedahan selepas usia kandungannya mencecah hampir 36 minggu.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah lahirlah putera dan puteri kami @twins_aylaayden pada 31/8/2022 .
“Welcome to the world Ayden Maleeq (2.06kg) 10.46 pagi dan Ayla Malaiqa (2.16kg) 10.44 pagi, (emergency C-section) 35 weeks 3 days,” tulisnya.
Menerusi entri yang sama, Nabila turut memaklumkan dia dan suami telah bersepakat untuk menamakan bayi kembar mereka itu Ayden Maleeq dan Ayla Malaiqa.
Katanya lagi, dia sendiri tidak menyangka kedua bayinya itu akan lahir pada tarikh yang sangat cantik.
“An unexpected date untuk jumpe diorang, date yang cantik but Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan selebriti tempatan turut berkongsi rasa gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Alieff dan Nabilah.
Sekadar informasi, Alieff dan Nabilah telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 14 Februari 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Alieff Irfan & Nabilah Aliah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perbadanan Kemajuan FIlem Malaysia (FINAS) telah mengumumkan pemilihan filem Abang Adik sebagai wakil Malaysia untuk dipertandingkan di Anugerah Akademi (Oscar) kali ke-97.Menerusi kenyataan yang...