Rata-rata warganet memuji persembahan Amira Othman ketika menyampaikan lagu terbarunya, Dalam Sujudku semasa majlis pelancaran runut bunyi (OST) bagi drama Dia Bukan Syurga baru-baru ini.

Sedutan video persembahan itu yang tular di media sosial menerima pujian apabila kebanyakannya menyifatkan nyanyian Amira sebagai penuh emosi dan sampai ke jiwa.

Sekaligus, persembahan tersebut turut memberi gambaran jelas terhadap kekuatan mesej yang dibawa oleh lagu ini. Antaranya;

“Sedap sangat suara Amira atau Kak Long.”

“Suara Kak Long mendayu-dayu… MashaAllah, Tabarakallah.

“Menusuk ke jiwa lagu ni.”

Ads

Turut membuat persembahan pada acara sama ialah Hazama yang menyampaikan lagu Aku Bukan Narsisis, juga lagu tema bagi drama sama.

Lagu Sarat Emosi

Dalam pada itu, selepas tampil dengan lagu bernuansa balada dan kerohanian, Amira kini hadir dengan Dalam Sujudku, sebuah balada syahdu yang menyelami keperitan jiwa seorang wanita dalam perjuangannya mencari kekuatan dan ketenangan hati.

Dicipta dan diterbitkan oleh Farouk Roman dengan lirik oleh Senna, lagu ini membawa pendengar menelusuri perjalanan emosi seorang insan yang terperangkap dalam hubungan toksik.

Ads

Namun masih menaruh harapan dan terus berdoa kepada Tuhan meskipun jiwanya semakin hilang.

Menariknya, lagu ini turut dipilih sebagai lagu tema utama drama Dia Bukan Syurga, karya Rissa Ahdiya, yang kini bersiaran menerusi Slot MegaDrama di Astro Ria sejak 19 Mei lalu.

Lagu ini mengiringi kisah Nuha, seorang isteri yang dikongkong dan didera secara emosi oleh suaminya, Tajul.

Ads

Drama Dia Bukan Syurga arahan Rashid Sibir dan terbitan Radius One Sdn. Bhd. menampilkan barisan pelakon hebat seperti Ezzanie Jasny, Niezam Zaidi dan Nazim Othman.

Ia mengisahkan perjalanan Nuha untuk bangkit semula setelah bertemu semula dengan cinta lamanya, Arham.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI