Pelawak versatile, Achey Bocey ada menitipkan ucapan sempena hari lahir sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang genap 33 tahun usianya hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah dilihat seakan-akan meluahkan segala yang terbuku di dalam hatinya kepada sahabatnya itu.

 “Assalamualaikum. Selamat ulang tahun kelahiran bam. Moga kau terus aman kat sana. Kitorang kat sini ada Covid-19. Semua tengah langkah berjaga. Aku dengan Fad pun tak boleh nak jumpa sangat.

“Whatsapp je la. Kerja pun makin kurang skit. Kena usaha ke bahagian-bahagian lain jugak la,” tulisnya.

Jelasnya lagi, meskipun negara ketika ini sedang berdepan detik sukar, tidak pernah sekali pun dia dan Fad lupa menitipkan doa buat Abam.

“Tapi inshaaAllah doa untuk kau kami selitkan. Apa yang berlaku dekat dunia ni kau jangan risau sangat la sebab kecoh macam mana sekalipun, aku dengan Fad pasti sepastinya mereka SAYANG kat kau.

IKLAN

“Kalau wabak Covid-19 ni takda bam, aku rasa tiap-tiap hari peminat-peminat datang jenguk ‘rumah’ kau tapi aku rasa diorang sayang kau mesti diorang doakan punya tak kira la datang tak datang kan?

“‘Rumah’ kau makin cantik. Haritu aku dengan Fad dan Sya dapat la singgah jap sebelum pkp balik,” katanya lagi

Dalam pada itu, Achey turut mendedahkan setiap kali dia berjumpa dengan Fad, antara perkara yang pasti mereka sembangkan adalah memori ketika bersama Abam.

IKLAN

“Sekarang kalau dapat ruang jumpa Fad benda lain takda mesti borak pasal kau. Pastu gelak berdua memikirkan punchline-punchline yang kita buat tak jadi.

“Nak di kira berjuta dah kot punchline kita reka tak jadi. Untuk orang memang tak tau, tapi kalau jumpa Fad itu la seronok di borakkan.

“Dah laa nanti orang kata aku gila plak walaupun ini yang dirindukan, ingin dilakukan, ingin di sampaikan. Syukur puas walau hanya bayangan fikiran.

IKLAN

“@fadbocey ko mesti dapat bayang muka dia malu2 bila kita bawak kek. Japppp KORANG YANG BACA NI DOAKAN DIA TAU!! Assalamualaikum,” akhirinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis meluahkan saya selepas membaca perkongsian daripada Achey ini.

“Dah La, Nanti Orang Kata Aku Gila Pula,” – Genap 33 Tahun, Ucapan Achey Bocey Sempena Hari Lahir Arwah Abam Bikin Ramai Sebak “Dah La, Nanti Orang Kata Aku Gila Pula,” – Genap 33 Tahun, Ucapan Achey Bocey Sempena Hari Lahir Arwah Abam Bikin Ramai Sebak “Dah La, Nanti Orang Kata Aku Gila Pula,” – Genap 33 Tahun, Ucapan Achey Bocey Sempena Hari Lahir Arwah Abam Bikin Ramai Sebak

Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Sumber: Instagram Achey Bocey

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI