
Sudah menjadi impian kepada isteri untuk memiliki mahligai cinta yang bahagia bersama suami tercinta dan itulah yang mungkin dirasai penyanyi, Siti Sarah ketika ini.
Sarah atau nama lengkapnya, Siti Sarah Raissuddin meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan suaminya, yang juga merupakan seorang penyampai radio dan pelawak, Shuib.
Menerusi entri di Instagram, penyanyi lagu Semakin ini berkongsi cerita tentang sikap serta keperibadian Shuib yang disifatkan sentiasa merendah diri.
“Sememangnya dia tidak pernah lupa asal usul dari awal perkenalan, awal perkahwinan sehingga sekarang.
“Itulah @shuibsepahtu yang saya kenal, anak kampung, orang susah, anak sawah yang tak pernah lupa diri.
“Mungkin ada perubahan dari segi kejayaan sebab dia orang yang nak ubah nasib diri jadi lebih baik, sangat komited, berani dan inginkan perubahan termasuk janji pada ibunya dia akan beri kesenangan.
“Jadi sebab itu dia tak pernah kenal erti penat, apapun dia hadap termasuk fitnah-fitnah yang berat. Terima kasih Allah sebab temukan kami,” tulisnya.
Lantas perkongsian yang dititipkan itu turut mendapat reaksi daripada para peminatnya.
Sarah dan Shuib telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata setakat ini.
Foto: Instagram Siti Sarah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Tahu Apa-Apa,” – Mata Ditutup, Disangka Sekadar Kejutan Hari Jadi. Rupanya Risteena Dilamar Isa Khan Di Depan Laut Bali!

Terkejut dilamar kekasih pada 23 November lalu, pelakon Nur Risteena Munim terharu dan sebak apabila pelakon Isa Khan mahu mengikat tali pertunangan bersama.
Memilih lokasi Bali, Indonesia, Isa telah menyuarakan isi hatinya kepada Risteena di hadapan lautan Bali dengan menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan.
Pasangan ini ditemui di Bora Ombak, Putrajaya baru-baru ini sempena majlis sambutan hari jadi Risteena.
“Sejujurnya, perkara (lamaran) tu dilakukan pada saat-saat terakir. Saya rasa ia sesuatu yang ‘gila’ kerana saya merasakan ia terlalu pantas, tetapi dalam masa sama, ia merupakan satu memori indah yang pernah saya lakukan seumur hidup saya.
“Sebelum itu, saya ada berjumpa dengan keluarga Ris dan minta restu sebelum berangkat ke Bali. Alhamdulillah, mereka setuju dan izinkan,” kongsi Isa.
View this post on InstagramA post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on
Sementara itu, Risteena,30, merasakan ia bagaikan mimpi kerana dilamar sedemikian.
Malah, kejutan itu turut dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
“Saya tak tahu saya akan dilamar oleh Isa di Bali, ketika kejutan itu dilakukan, mata saya ditutup dan saya sangkakan ia hanya sekadar kejutan untuk hari jadi saya kerana Isa beritahu saya hanya sambut hari jadi di sana dan mahu hilangkan stress sebagai hadiah hari jadi.
“Saya memang tak tahu apa-apa langsung. Sepanjang berada di Bali, saya dan kakak Isa bersiar-siar di Bali dan saya tercari-cari juga dimana Isa?
“Rupanya-rupanya seharian dia membuat plan untuk memilih lokasi terbaik bagi melamar saya seperti di atas gunung,di pantai; dia sanggup buat apa sahaja semata-mata mahu gembirakan saya,” kata Risteena kepada MH.
Pasangan ini mula berkenalan berkenalan lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan Di Kota Langit yang bersiaran di RTM.
Pada majlis tersebut, Risteena turut meraikan hari jadinya yang dihadiri kira-kira 100 tetamu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Dia Tak Bantu, Habis Muka Parah ” – Diselamatkan Kuda, Nourul Sifatkan Haiwan Pengubat Duka Terbaik

Berkongsi pengalaman lalu, kata penyanyi Nourul, kuda adalah teman paling baik.
Malah dia sanggup menghabiskan masa lima hari seminggu di kandang kuda demi belajar menunggang dan menjaga haiwan itu.
“Teman kami adalah kuda dulu. Entah pasaipa memang tertarik dengan kuda. Luangkan masa 5 hari seminggu di kandang kuda. Belajar menunggang dan juga menjaga kuda. .
“Kami suka kuda dari usia 17 tahun. Tapi atas daya tarikan yang kuat, jumpa pulak rakan yang memang suka kuda masa kami mulakan hidup baru kami sekitar tahun 2007.
“Terima kasih @idanoreason dan @shahril_reza_ray yang mengenalkan saya pada #STC riding school.
“Sampai la ni dok pi. La ni #zacharydepp dan #raphaeldepp pulak dok pi.
“Mak dia rest sat.”
Menyifatkan ia adalah pengalaman terbaik dalam hidup, kata penyanyi Kerana Terluka ini, masa lalu menjadikan siapa kita sekarang.
“Pengalaman hidup yang lalu , benar menjadikan siapa kita di masa yang akan datang. Tapi lihat pada kebaikan. Bukannya tinggal di masa lalu di dalam masa yang tak dapat diulang.
“It was one of the best moment of my life. Ada kawan baru, tempat baru. Dan pengalaman baru. Haiwan memang pengubat yang terbaik apabila berduka . Kuda terutamanya.”
Ibu kepada tiga orang anak ini juga pernah diselamatkan oleh kuda sewaktu jatuh tergolek.
“Kami pernah jatuh tergolek dock… kuda selamatkan sekali tu sebab agaknya dok baik dengan dia. Kuda tu pun dah mati dah. Kalau dia tak bantu, habih muka kami parah.
“Dalam gamabqq ni adalah #jimmynamanya. Dia ni kuda paling handsome dan paling gagah. Kalau tunggang dia, dia macam auto pilot. Selamat sangat.
“Kuda dan kandang kuda adalah tempat paling tenang pada saya. Terutamanya di #STC. Banyak kenangan manis!”
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Teruja dengan perkongsian penyanyi ini, netizen turut terinspirasi untuk mendekati kuda dan belajar menunggang.
Foto – Instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Siapa Orang Itu Nak Letakkan Saya Ini Istidraj? Jangan Buat Kerja Tuhan,” – Ifa Raziah

Penyanyi Ifa Raziah tampil memberikan reaksi susulan dakwaan seorang ustazah yang mengaitkan ibadah umrah yang dikerjakannya sebanyak tiga kali meski tidak menutup aurat dengan sempurna sebagai tanda-tanda istidraj.
Menurut Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 47, walaupun kenyataan agamawan itu disifatkan secara umum namun dia merasa terpanggil untuk menjelaskan tentang perkara tersebut.
“Siapa orang itu nak letakkan saya ini istidraj. Dia tahu ke maksud istidraj? Jangan buat kerja tuhan.
“Setahu saya yang jahil dan seorang pendosa ini, istidraj itu adalah orang yang lupakan Allah SWT… nak sebut nama Allah pun ketat hati dia.
“Walaupun saya seorang pendosa tapi kehidupan saya lagi islam daripada mereka yang memakai tudung.
“Perlu ke saya nak tunjuk waktu malam saya bangun tahajud, perlu ke setiap kali solat saya buat live, perlu ke setiap kali saya belajar mengaji secara online saya buat live.
“Kalau saya ini tergolong dalam istidraj, saya tak buat perkara-perkara ini yang menjadi rutin hidup saya,” katanya ketika dihubungi MH.
Sebelum ini, menerusi sebuah video pendek memaparkan kenyataan Ifa tentang dijemput menunaikan umrah biarpun belum berhijab tular sehingga mencetuskan kemarahan ramai.
Selain itu, Ifa turut menjelaskan dengan kesenangan yang dimilikinya kini, dia boleh sahaja pergi ke mana-mana negara lain tetapi Allah telah menggerakkan hatinya untuk menjadi tetamu di Tanah Suci sebanyak tiga kali.
“Saya boleh pergi ke mana sahaja di dunia ini untuk bercuti.
“Tapi kenapa saya memilih untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW dan saya nak cuci dosa saya di Tanah Suci… sebab saya sangat suka ke Tanah Suci berbanding dengan negara lain.
“Di sana, saya boleh dekatkan diri dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Itu ke yang dinamakan istidraj.
“Saya pergi umrah dengan keinginan saya dan dijemput oleh Allah bukan kerana saya ada duit atau tidak… tapi atas jemputan Allah SWT.
“Kenapa manusia durjana ini semua nak pertikaikan kehendak Allah?
“Allah tahu saya belum bertudung tapi Allah jemput saya untuk belajar banyak perkara baru dalam hidup semasa membuat ibadah.
“Membuatkan saya lebih baik dari dulu dan banyak luangkan masa dekatkan diri dengan Allah,” katanya lagi.
Ifa mengakui dia sudah lali menerima pelbagai kecaman dan kritikan sejak bergelar anak seni bermula 26 tahun lalu.
“Memang saya tahu buka aurat tu berdosa besar dan benda (menutup aura) wajib. Dalam live pun saya sebut doakan saya baik-baik, InsyaAllah saya berubah ke arah itu.
“Tapi bila orang seperti saya yang jahil ini lagi seorang pendosa bagi komen, semua orang tak boleh terima apa pandangan saya.
“Terpulanglah hak masing-masing sebab hidup kita ini diberikan pilihan.
“Kalau orang suka pada saya, Alhamdulillah, kalau orang benci pada saya pun tiada masalah.
“Dipuji pun saya takkan terbang, dihina pun saya takkan tumbang,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ifa Raziah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI