Membuka tirai 2021 dengan semangat baharu, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) bakal berlangsung 7 Februari depan.
Bersiaran langsung pada pukul 9 malam dari Auditorium MBSA, Shah Alam di TV3, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) serta barisan finalisnya yang mantap akan berlangsung tanpa penonton bagi menghormati tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
AJL35 menampilkan pengacara berpengalaman Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari sebagai pengacara utama, manakala Sissy Imann dan Shuk Sahar akan menggalas tugas sebagai pengacara di karpet merah yang kini dinamakan ‘Lounge AJL35’.
Program ini akan disiarkan secara langsung di TV9 pada pukul 8.30 malam, Ahad, 7 Februari 2021.
Seperti yang telah diumumkan di hari terakhir Muzik-Muzik 35 Separuh Akhir 15 Disember lalu, senarai 12 buah lagu yang akan bertanding di AJL35.
Ads
Sementara itu, AJL35 turut menyajikan persembahan pembuka tirai yang dibarisi oleh Ella, Naim Daniel dan Yonnyboii di samping sebuah lagu istimewa nyanyian Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju yang berjudul Baik Semula, diciptakan khas untuk AJL35 oleh Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Karim Karam dan Tuju.
Selain itu, persembahan interlude AJL35 pula akan dimeriahkan dengan persembahan bertemakan Projek Band di mana Hujan, Hazama & The Penglipur Lara dan Akim & The Majistret pula akan mempertaruhkan persembahan medley & ‘mash up’ lagu-lagu terbaik mereka sambil bergandingan dengan Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Dato’ Khairul Anwar Salleh, berkata, TV3 dan AJL35 secara khususnya mempunyai misi yang besar untuk memulakan tahun 2021 dengan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Ads
“Harapan kami, dengan adanya 12 finalis ini, dapat mencetus semangat untuk memulakan tahun baharu dengan lebih positif. Kami juga berasa amat bertuah apabila penaja utama AJL35, McDonald’s Malaysia sudi berkolaborasi dengan kami sejak SFMM35 tahun lalu, sehingga tamat AJL35 kelak.
“Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada penaja-penaja bersama AJL35 Celcom Xpax dan Sabella, serta Shell selaku rakan penaja yang sentiasa mendukung usaha kami sebagai rakan seperjuangan. Oleh itu, kami berharap agar penonton dan penyokong setia AJL35 terus menyokong kami sehingga ke garis penamat,” katanya.
Ads
Seperti tahun sebelumnya, AJL35 juga menyiarkan Debaran AJL35, sebuah program khas berdurasi satu jam bersama Sherry Alhadad dan Haziq Hussni yang menyingkap setiap sudut persiapan AJL35. Debaran AJL35 ini akan disiarkan secara langsung pada pukul 5.30 petang, setiap Sabtu, bermula 6 Februari.
Pembaharuan lain yang bakal AJL35 sajikan adalah Festival Muzik AJL yang akan bertemu penonton setiap Ahad bermula 10 Januari, 9.00 malam hingga 11.00 malam. Festival Muzik AJL ini akan bersiaran selama empat minggu sehingga malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 35.
Dihoskan oleh Awal Ashaari serta hos-hos jemputan seperti Charmaine Augustin, Rina Khan, Ally Iskandar dan Fara Fauzana. Festival Muzik AJL ini akan mengimbau persembahan-persembahan ikonik Anugerah Juara Lagu sejak kemunculannya.
AJL35 turut boleh ditonton secara live HD di tonton.com.my serta YouTube TV3 Malaysia.
Trio komposer dan penulis lagu, MFMF meluahkan rasa bangga selepas lagu ciptaan mereka bersama penyanyi, Hael Husaini berjudul Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-35.
Menurut MFMF, mereka menyifatkan keputusan untuk berhenti daripada perkerjaan korporat seterusnya mengejar impian dalam bidang muzik adalah sangat berbaloi.
“Tak sangka dalam dua tahun sahaja, dari kami berhenti kerja dalam dunia korporat untuk mengejar impian untuk membuat muzik (walaupun semua orang asyik mengutuk kami yang kami akan gagal), sampailah kami ke semi-finals #MM35 dgn lagu #PeluangKedua.
“Terima kasih kepada semua yang telah mempercayai kami dan hasil kerja MFMF. @haelhusaini @nabila.razali
“Kami bersyukur sangat dapat berada di antara superstars terhebat Malaysia. Terima kasih! Dan tahniah kepada semua kawan-kawan kami yang juga masuk semi-finals!,” tulis pengendali akaun tersebut.
Jelas MFMF lagi, meski ramai yang meragui kemampuan mereka ketika diawal kemunculan, tetapi mereka tetap tidak pernah patah semangat dan usaha mereka ternyata membuahkan hasil.
MFMF dianggotai oleh tiga orang anak muda berbakat iaitu Brenden Lim, Justin Seow dan Zen.
Selain daripada lagu Peluang Kedua, nama MFMF turut melonjak naik selepas kejayaan lagu Cute nyanyian asal Harith Zazman dan Loca B yang telah pun meraih lebih 13 juta tontonan di laman Youtube.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah diatas pencapaian membanggakan trio tersebut.
Terdahulu, senarai 30 buah lagu yang akan bersaing di peringkat separuh akhir Muzik Muzik ke-35 sudah pun diumumkan pada 2 November lalu.
Konsert separuh akhir Muzik Muzik ke-35 akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula pada Jumaat hingga Ahad 20, 21 dan 22 November 2020.
Konsert ini bakal dihoskan oleh Haziq Hussni bersama gandingannya Sherry Al-Hadad dan akan bersiaran pada pukul 9 hingga 11 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Sumber: Instagram MFMF
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Syarifah Sakinah mendedahkan bahawa rumah tangga yang dibina bersama juruterbang, Aliff Adha telah pun berakhir sejak Mei lalu.
Menurut laporan BH Online, Sakinah dan Aliff sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak bulan Mac yang lalu.
“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.
“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya seperti yang dipetik.
Ketika ditanya adakah punca penceraian ini disebabkan oleh orang ketiga, ini respon yang diberikan oleh adik kepada Sharifah Shahira itu;
“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.
“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing. Itu sebaik-baiknya,” katanya lagi.
Sebelum ini, hangat diperkatakan di sosial media kononnya Aliff secara terbuka menggunakan ‘dating apps’ untuk bersosial di internet.
Oleh kerana itu, ramai pihak yang mula membuat spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan tersebut.
Terdahulu, Sakinah dan Alif telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 28 Mac 2018 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa jam lalu, pengaja gol skuad Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat ada meluahkan rasa kesal dan memohon bantuan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipu.
Difahamkan, penipu tersebut telah dikatakan menggodam akaun Instagram isterinya, Luniey Natasha.
Bagi mengelakkan apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku, pemain bola berkenaan telah pun membuat laporan polis.
“Guys ni apek nak share instagram lame wife apek yg kena hack tu,si hackers ni bahaya gila seks tolong report sikit guys.
“Report polis aku dah buat no telepon die yg die dok whatsapp org pun aku dpt,tunggu dpt org hackers ni lepastu aku nk seret dekat jln tar nanti. ni no whatsapp penipu die yg dio dok msg bukan2 +60 11-2554 9619, +60 13-943 3094,” tulisnya.
Pada masa sama, Khairul Fahmi atau lebih sinonim dengan panggilan Apek turut meminta orang ramai supaya berhati-hati.
“Hati2 guys dgn org gila seks ni baik report sblm korang kena tipu dgn die ni. Ig lame @leunieynatasha @leunieynatasha dah tak wujud tau itu hackers dah take over.
“Hacker pulak gila seks gila babi gila semua la mmg sape dpt pass dekat apek sekejap nk tepuk kepala sblm bg Polis!,” kongsi Apek.
Pelakon Sophia Albarakbah bakal bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu hadapan susulan laporan polis yang dibuatnya berhubung kes buli siber dan gangguan seksual, baru-baru ini.