Pelakon Elizad Sharifuddin ada memuat naik sekeping gambar di laman media sosial Instagram miliknya memaklumkan suaminya, Shamsul Baharin Rahman diserang penyakit demam denggi, minggu lalu.
Di samping itu, bintang drama bersiri Puteri Yang Ditukar itu meluahkan rasa syukur kerana suaminya kini sudah kembali sihat seperti sedia kala.
“Salam & Hi korang . Aaaa , Seminggu lepas x keluar , husband denggi , Alhamdullillah dah keluar hospital & dah baik . Hari ni baru ada masa nak keluar , jalan2 cari makan .
Ads
“Cuaca masih lagi x hokayhhh , pls stay inside the building , jgn expose sgt kat luar ya ! Jaga kesihatan , love,” tulisnya.
Wany Hasrita mengakui dirinya percaya rezeki dan positif meski tuah tidak menyebelahinya untuk sekali lagi menggenggam trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH32) baru-baru ini.
Tahun lalu, bintang yang baru sahaja muncul menerusi single duet bersama Datuk Jamal Abdillah berjudul Belenggu Rindu itu dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, mengetepikan calon kegemaran lainnya.
“Menang atau tidak itu adatlah di dalam sesebuah pertandingan. Tahun lalu rezeki saya dan tahun ini rezeki orang lain.
“Mungkin tahun depan rezeki saya balik, kalau tahun ini tidak berjaya ada yang lagi baik untuk saya, insyaAllah.
“Jadi saya percaya Dia ambil sesuatu dari kita untuk berikan yang lebih baik. Saya positif,” katanya yang mengakui dirinya tidak pernah meletakkan harapan tinggi andai dicalonkan menerusi mana-mana anugerah.
Mengulas mengenai kemenangan Mira Filzah yang meraih lebih enam juta undian peminat lalu dijulang sebagai bintang paling popular, Wany menyifatkan selayak bintang berusia 26 tahun itu diberikan pengiktirafan.
“Bagi saya Mira layak atas kemenangannya itu. Akhir-akhir ini pun peminat dapat lihat dia punya banyak naskhah lakonan dan pengacaraan.
“Bagi saya setiap individu tu, Tuhan sudah tetapkan rezeki masing-masing,” jelasnya lagi kepada MH.
Tahun lalu, Wany meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan lebih dua juta undian, mengejutkan ramai apabila menafikan kemaraan pencabar terdekatnya ketika itu, Khai Bahar.
Meski memberi ucapan buat pelakon pelakon Nadzmi Adhwa, namun perkongsian foto pelakon jelita, Fasha Sandha menerusi Instagram mendapat perhatian peminat apabila seakan jelas, Fasha kini seakan-akan sedang hamil anak ketiga.
Maski si empunya badan masih belum mengesahkan apa-apa, namun menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah buat pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh itu, termasuk rakan selebriti.
“Hari yang indah, Buat team @alwadelhijab
Tahniah, mulut kakak masin.
“Daripada friendzone akhirnya tetap berjodohan. Maaf kakak kerja, tak dapat hadirkan diri.
“Terima kasih diatas jemputan Kakak doakan berkekalan, hingga ke akhir hayat,” terdahulu tulis Fasha di ruangan kapsyen.
Malah, ada juga yang menasihati Fasha agar menjaga kesihatan.
Fasha sebelum ini ada mengumumkan dieinya hamil dua bulan selepas perkahwinannya bersama Aidil Aziz, Mac lalu namun kandungan itu tidak panjang umur.
Menerusi perkahwinan terdahulu pula, Fasha bersama Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyampai radio, Feeya Iskandar cukup happening dan pandai berceloteh tika ke udara.
Terbaru, rakan penyampai radio Issey Fazlisham ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menghiburkan, rakaman video tersebut memaparkan gelagat Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan yang secara tak sengaja pakai seluar secara terbalik gara-gara lambat ke tugasan awal pagi.
“Pertama kali dalam dunia, aku jumpa orang pakai seluar terbalik. Lambat punya pasal@feeyaiskandar #gengissey,” tulis Issey di ruangan kapsyen video tersebut.
Penyanyi Misha Omar mengakui dirinya turut terkesan dengan berita duka pemergian Almarhumah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali yang telah menghembuskan nafas terakhirnya, kelmarin.