Wany Hasrita mengakui dirinya percaya rezeki dan positif meski tuah tidak menyebelahinya untuk sekali lagi menggenggam trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH32) baru-baru ini.
Tahun lalu, bintang yang baru sahaja muncul menerusi single duet bersama Datuk Jamal Abdillah berjudul Belenggu Rindu itu dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, mengetepikan calon kegemaran lainnya.
“Menang atau tidak itu adatlah di dalam sesebuah pertandingan. Tahun lalu rezeki saya dan tahun ini rezeki orang lain.
“Mungkin tahun depan rezeki saya balik, kalau tahun ini tidak berjaya ada yang lagi baik untuk saya, insyaAllah.
Ads
“Jadi saya percaya Dia ambil sesuatu dari kita untuk berikan yang lebih baik. Saya positif,” katanya yang mengakui dirinya tidak pernah meletakkan harapan tinggi andai dicalonkan menerusi mana-mana anugerah.
Mengulas mengenai kemenangan Mira Filzah yang meraih lebih enam juta undian peminat lalu dijulang sebagai bintang paling popular, Wany menyifatkan selayak bintang berusia 26 tahun itu diberikan pengiktirafan.
Ads
“Bagi saya Mira layak atas kemenangannya itu. Akhir-akhir ini pun peminat dapat lihat dia punya banyak naskhah lakonan dan pengacaraan.
“Bagi saya setiap individu tu, Tuhan sudah tetapkan rezeki masing-masing,” jelasnya lagi kepada MH.
Tahun lalu, Wany meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan lebih dua juta undian, mengejutkan ramai apabila menafikan kemaraan pencabar terdekatnya ketika itu, Khai Bahar.
Penerbit dan pengarah, Michael Ang ada berkongsi satu rakaman video menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut merakamkan pengarah terkenal itu memaklumkan bahawa dia kini sedang mencari heroin khusus buat drama barunya yang bakal memulakan pengambaran 20 September depan.
“Salam semua! Video stress hari ni! Mcm nak bunuh aje org! Boleh ke bagi aku salah date for the meeting!
“Lepas tu besok meeting back to back! Heroin tak ada Tapi nak shoot 20/9!!
“Hmmm Siapa eh nak cari? Sila rekomen! Luv u all have a great week,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bekas pelakon yang kini bergelar usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Baginya, ia adalah sebagai satu kepuasan diri sendiri dan mahu mengisi masa terluang dengan melalukan perkara berfaedah.
Malah, ketika ini Rebecca bakal memasuki semester kedua.
“Saya buat benda ini (sambung belajar) adalah untuk meluaskan pengetahuan dalam bidang perniagaan kerana saya juga seorang usahawan dan mempunyai produk sendiri.
“Dalam masa sama, ia juga untuk mendorong anak-anak saya untuk minat belajar dan sekurang-kurangnya mereka menceburi bidang perniagaan,” kata Rebecca ketika dihubungi MH.
Bijak membahagikan masa antara pelajaran, keluarga dan perniagaan, bintang berusia 33 tahun ini tidak berhenti berdoa agar segala urusannya dipermudahkan Allah.
“Kalau nak ikutkan masa, memang sentiasa tak cukup, tapi alhamdulillah, Allah banyak tolong permudahkan segalanya menjadi lebih lancar dan teratur.
“Saya juga berusaha sedaya upaya untuk menjadi seorang ‘super woman’ dari aspek seorang ibu, wanita bekerjaya dalam perniagaan dan seorang pelajar di UUM.
“Ini juga adalah atas sokongan dan dorongan semua pensyarah dan rakan-rakan universiti, keluarga, suami,anak-anak,” kongsi Rebecca yang bakal menduduki peperiksaan akhir (final exam) pada bulan depan.
Dalam pada itu, Rebecca bersyukur kerana dianugerahkan suami yang sentiasa memberikan kata-kata semangat buatnya.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab kurniakan seorang suami yang sentiasa memberi sokongan, kata-kata postif dan banyak mengajar saya.
“Dia juga adalah teman hidup saya di dunia ini dan semoga Allah temukan kami di syurga,” luah Rebecca.
Imbas kembali, Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nor Azam Sulaiman pada Januari 2011.
Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nor Adam Daniel,11 tahun, Nor Anggun Raverra, 7 tahun, Nor Anggerik Renesmee, 6 tahun, Nor Aliff Al-Raffael, 3 tahun dan Nor Ahmet Al-Reaggan, 1 tahun.
Di samping itu, Rebecca memiliki dua orang anak tiri iaitu Nor Arif Qayyum 23 tahun, Nor Khayrin Sofiya, 17 tahun dan anak Anugerah Nor Aurora Riana Norazam, 10 bulan.
Penyanyi senior, Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi ada berkongsi sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Penyanyi Meniti Hari itu telah mengimbau kembali kenangan ketika hari pertama dia membuat keputusan untuk berhijab sempena sambutan Maal Hijrah 1441, hari ni.
“Gambar hari pertama penghijrahan akak. Alhamdulillah!! Selamat menyambut Maal Hijrah semua.
“Semoga sentiasa melangkah ke arah kebaikkan. Aminnn. #amfcselamanya #maalhijrah,” tulisnya.
Lantas, perkongsian bintang berusia 48 tahun itu mendapat pujian daripada peminat dan rata-ratanya turut mendoakan agar sentiasa kekal istiqomah dalam melakukan kebaikan.
Bintang kelahiran Batu Gajah, Perak itu telah membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada Julai 2015.
Foto : Instagram Amy Mastura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.