Gara-gara mencipta akaun Tik Tok, pendakwah bebas dan penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman dikritik segelintir pihak kerana dikatakan sengaja melibatkan diri dalam perkara yang melalaikan.
Tidak mahu tindakan disalah erti, PU Azman tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut.
Menurut PU Azman, aplikasi tersebut hanyalah merupakan salah sebuah medium perantaraan dan terserah kepada diri sendiri untuk menentukan ‘content’ yang ingin dicari.
“Post pertama di tik tok. Cuba-cuba je.
Sikit-sikit dulu. Ada orang cakap tik tok tempat tengok dedah aurat. Memang tak dinafikan. Dedah aurat ni tak payah tunggu tik tok. Dalam semua media sosial pun ada.
“Kau yang tentukan niat kau pergi sana. Dah kau mencari, memanglah dapat.
Kau asik terperangkap dengan persepsi, tapi kau sendiri tak ubah,” tulisnya.
Ads
Reaksi tersebut dikongsikan oleh juara program Pencetus Ummah musim ke-2 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan selain turut berharap agar lebih banyak ‘content’ menarik yang akan dikongsikan oleh PU Azman selepas ini.
Kakak kepada hos dan ahli perniagan, Neelofa, Noor Nabila mengakui serba salah selepas memuat naik video di Instagram Story yang merakamkan PU Riz sedang bersembang dengan adiknya disertai emoji hati, baru-baru ini.
Nabila berkata, dia tiada niat untuk mengundang spekulasi atau salah sangka orang ramai.
“Emoji cinta yang saya kongsikan di Instagram Story hanyalah sekadar berkongsi rasa teruja pada majlis perkahwinan adik saya.
“Jujur emoji itu tidak bermaksud apa-apa pun, tapi orang luar sudah salah tafsir perkara itu. Pada majlis terbabit, PU Riz hanya diundang untuk membaca doa,” katanya.
Menurut Nabila, dia menerima sesiapa saja lelaki yang menjadi pilihan adiknya termasuklah PU Riz.
“Tak kisahlah sama ada PU Riz, bekas teman lelaki atau sesiapa sahaja. Apa yang penting, saya nak lihat Neelofa gembira dulu.
“Selain bahagia yang diperlukan, lelaki itu perlu bersama susah senang dengannya,” katanya.
Tambah Nabila, dia mengakui PU Riz seorang individu dan pengajar yang baik dalam berkongsi ilmu agama.
“Keluarga kami mula rapat dengan PU Riz sejak dia menjadi imam terawih Ramadan lalu.
“Kami memang seronok belajar agama dengannya. Dia seorang ustaz (panggilan kepada PU Riz) yang kami boleh bergurau dan bertanya apa saja soalan.
“Kami senang dengan PU Riz dan secara tidak langsung saya yang kurang ilmu ini dapat belajar sesuatu daripadanya,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian sejak berusia 6 tahun lagi, penyanyi Ratu Balqis tidak pernah berhenti mencari tapak untuk berdiri dalam persada seni.
Setelah hampir 15 tahun mencari peluang mengetengahkan bakatnya, kini Ratu Balqis atau nama lengkapnya, Nor Balqis Ahmad Tajudin bakal muncul dengan single debutnya berjudul Buaya, yang turut menampilkan gandingannya dengan penyanyi rap wanita, Mimifly.
Mengulas tentang pemilihan Mimifly sebagai rakan kolaborasi, Balqis berkata ia sebagai tanda penghargaan kepada Mimi yang bukan sahaja merupakan idola saya tetapi juga guru tariannya.
“Saya juga nak ucapkan terima kasih buat Hazama, Genervie Kam dan Afif Tirmizie.
“Sebelum ini saya banyak menerima tunjuk ajar daripada Mimi Ketika program Mentor Milenia 2017 berlangsung.
“Sebagai guru aksi panggung, Mimi banyak mengajar saya tentang ‘stage present’ dan cara untuk memberikan persembahan lebih efektif di pentas,” katanya.
Bercakap tentang pengalaman masuk ke studio merakam karya sulungnya ini, Balqis menjelaskan demo Buaya sudah siap sejak Mac.
“Sebenarnya gubahan lagu telah bermula sejak awal tahun ini dan demo pun sudah disiapkan ketika bulan Mac lalu. Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, proses rakaman terpaksa ditangguhkan.
“Bulan Ogos baru dapat masuk studio untuk mulakan rakaman, dan rakaman siap sepenuhnya pada bulan September. Walaupun ada banyak aral melintang, saya bersyukur kerana lagu ini akhirnya siap dan akan dilancarkan tidak lama lagi.
“Akhirnya berpeluang masuk ke studio untuk merakam single pertama saya, sudah pasti ini merupakan pengalaman yang sangat manis buat saya di bawah pengurusan Adopt Entertainment,” akui Balqis.
Buaya merupakan ciptaan komposer Iqie Hugh dan Shaqiel Naufal. Manakala lirik merupakan hasil nukilan bersama Iqie Hugh, Shaqiel Naufal, Ratu Balqis dan Mimifly.
Lagu ini mengisahkan tentang kekuatan seorang wanita yang hidup dikelilingi lelaki yang hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kaum wanita.
Cuba mengetengahkan karakter wanita yang kuat, berdikari, berkerjaya dan berkarisma di dalam mengharungi perjalanan hidup selepas dicurangi dan ditinggalkan, tidak hairanlah apabila lagu ini menjadi istimewa apabila menggandingkan dua penyanyi cantik yang berstatus janda.
“Saya ingin hadiahkan single pertama ini untuk semua terutama keluarga, rakan-rakan dan peminat saya yang tidak putus-putus memberikan semangat untuk saya bangkit dan terus berjuang di dalam industri muzik Malaysia.
“Saya mengharapkan yang single Buaya ini mendapat sambutan dan dapat diterima ramai,” jelas Balqis lagi dalam menyatakan kesyukuran dan harapannya terhadap karya sulungnya ini.
“Lagu terbitan Adopt Entertainment dan edaran Universal Music Malaysia ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer bermula 9 Oktober lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kerana terlalu merindui arwah anaknya, penyanyi senior Azian Mazwan Sapuan memberitahu telah bermimpi bertemu dengan arwah anaknya, Mohd Aqil Zulkarnain.
Kongsi Azian, ini merupakan kali pertama dirinya mimpikan arwah Aqil selepas 305 hari meninggal dunia.
Pada masa yang sama, Azian turut menzahirkan rasa rindu dengan berkongsi foto Allahyarham di akaun Instagram.
“Salam Jumaat yg barakah..Nak share jgk..
Malam jumaat..buat pertama kalinya saya mimpikan Arwah anak selepas ‘dia’ dijemput yg maha Esa.
“Selepas 305 hari baru mama mimpi Aqil.. Mama rindu bau semalam Qil, x dpt cium tp bau je, wajah dr tepi je tp jelas & dekat.. mcm ni lah wajah yg sy rindu tu..dia diamm je, lawa, putih, senyum..
“Tasya pun ada,mcm biasa kkeppit dgn mama. Dr pagi airmata ni keluar tiba² je x kira waktu, airmata gembira,rindu.. Terima Kasih Allah
“Allahumaghfirlahu Warhamhu Wa a’fihi Wa’fu an’hu Allahyarham Mohd Aqil Zulkarnain,” tulisnya.
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).