Pelakon Anna Jobling dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur semalam selepas disahkan denggi.

Menurut Anna, 22, atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, dia pada awalnya mengalami demam beberapa hari ketika menjalani penggambaran drama Melur Untuk Firdaus.

Malah bahagian badannya turut naik ruam merah merah selain suhu badan tinggi.

“Saya kena selepas menjalani penggambaran di sekitar Melaka dan Port Dickson. Kerana rasa tak sedap badan, saya ke hospital bagi melakukan ujian darah.

IKLAN

“Bagaimanapun keputusannya negatif (denggi) dan saya diberikan cuti dua hari. Kemudian saya kembali ke lokasi penggambaran. Saya okay cuma rasa pening kepala ketika itu.

“Namun pada sebelah malamnya, rasa masih tak sihat. Demam teruk balik. Sekali lagi saya buat ujian darah dan kali ini didapati positif denggi,” katanya.

Namun, bekas peserta Dewi Remaja 2018/19 ini dilaporkan berada dalam kadaan baik dan dipantau doktor.

IKLAN

“Cuma Pada Malamnya Rasa Masih Tak Sihat, Demam Teruk Balik,” – Anna Jobling Masuk Hospital, Kena Denggi “Cuma Pada Malamnya Rasa Masih Tak Sihat, Demam Teruk Balik,” – Anna Jobling Masuk Hospital, Kena Denggi“Cuma Pada Malamnya Rasa Masih Tak Sihat, Demam Teruk Balik,” – Anna Jobling Masuk Hospital, Kena Denggi

“Saya masih dirawat dan sedang berehat. Hanya minum air banyak. Ambil makanan yang disarankan selain tahap kesihatan dipantau dari semasa ke semasa.

IKLAN

“InsyaAllah akan baik selepas ini. Doa kan semoga saya cepat sembuh, terima kasih,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/m68NrpTpSgA

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI