Cristiano Ronaldo Umum Dia Dan Kekasih Sedang Menanti Kelahiran Anak Kembar

Pemain bola sepak terkenal ini mengumumkan yang dia dan kekasihnya, Georgina Rodriguez bakal menerima kehadiran cahaya mata kembar dalam satu hantaran di Instagram miliknya.

Dalam hantaran tersebut, dia menulis, “Sukacita dimaklumkan bahawa kami menjangkakan anak kembar. Hati kami penuh dengan cinta – kami tidak sabar untuk bertemu dengan kamu.”

Menariknya pemain yang berasal dari Portugal ini turut memuat naik gambar dia dan empat anaknya sedang mandi bersama di dalam sebuah tab mandi.

Crstiano Ronaldo yang berusia 36 tahun merupakan merupakan seorang lelaki yang mementingkan nilai kekeluargaan dan merupakan seorang ayah yang sangat menjaga kebajikan anak-anaknya.

IKLAN

Anak sulungnya, Cristiano Jr yang kini berusia 11 tahun dilahirkan oleh seorang wanita yang dirahsiakan identitinya, pemain boleh sepak itu memiliki perjanjian khusus yang menjadikan dia sebagai penjaga tetap secara eksklusif.

Memetik laporan E! News, Cristiano mengumumkan di sosial media ketika itu, “Menerusi perjanjian bersama ibu Cristiano Jr, yang mahu kekal tidak dikenali. Saya akan memiliki hak penjagaan eksklusif ke atas anak saya.”

Kemudiannya pada 8 Jun 2017, dia menerima sepasang cahaya mata kembar lain jantina, Eva dan Mateo yang dilahirkan menerusi proses ibu tumpang. Dan pada penghujung tahun yang sama, kekasihnya Georgina melahirkan seorang lagi anak perempuan yang diberi nama Alana Martina.

Untuk pengetahuan pembaca, Cristianto Ronaldo mula bertemu kekasihnya pada tahun 2016 ketika sedang membeli belah di butik Gucci. Georgina merupakan seorang jurujual di situ dan bermula detik itulah hubungan mereka berputik sehingga kini.

Walaupun masih berlum berkahwin secara rasmi, kehidupan mereka bahagia di samping empat anak tercinta dan dua lagi bakal menyusul nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)

IKLAN

Sumber: Instagram Cristiano Ronaldo & E! News, Sumber gambar: Instagram Cristiano Ronaldo