Sekeping foto yang dimuat naik pelakon, Fizo Omar, 36, yang lengkap berbaju Melayu putih bersama anaknya, Wan Maryam, 4, di Instagram mencuri perhatian ramai.
Ini kerana, perkongsian tersebut seolah-olah mengesahkan khabar angin dia kembali selamat bergelar suami, malam tadi bersama kapsyen yang turut menjadi tanda tanya ramai.
“Ok abe joe left group ‘recond’ dulu k. Pape roger k,” tulisnya sambil memetik nama tiga rakan artis iaitu Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman dan Azlee Khairi.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat meninggalkan reaksi pelbagai dan ada di antara mereka mendakwa, wanita yang menjadi suri hatinya itu ialah bekas pramugari dari Sarawak.
Malah tidak kurang yang turut menitipkan titipan kata yang baik-baik dan ucapan tahniah.
Sehingga kini, hantaran tersebut telah pun menerima lebih 60,000 tanda suka.
Ads
Sementara itu menerusi Insta Stories, Fizo turut meletakkan perkataan ‘Alhamdulillah’ pada foto sama.
Sekadar informasi, Fizo yang juga finalis Hero Remaja sezaman Kamal Adli ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam. Bagaimanapun, keduanya berpisah Julai 2019.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berita mengenai pelakon Fizo Omar yang telah selamat menamatkan zaman dudanya pada Khamis menarik perhatian peminat.
Malah tak kurang yang mulai mencari identiti siapakah gerangan wanita cantik yang menjadi suri hati bintang kacak berkenaan.
Wanita berkenaan dikenali sebagai Fazeera Nazri Azrai dari Sarawak dan difahamkan juga, Fazeera yang menggunakan panggilan mesra Faz pernah bertugas sebagai pramugari sebelum ini.
Malah menerusi akaun Instagram @fazeeranazriaz, turut dikongsikan momen indah saat bergelar raja sehari buat tatapan umum.
Meski akaun berkenaan baru sahaja memuat naik beberapa keping foto mereka kurang 24 jam lalu, namun jumlah pengikutnya kian bertambah dan sehingga artikel ini ditulis, ia sudah pun mempunyai hampir 50,000 ‘followers’.
Foto indah di hari bahagia mempelai yang mengenakan persalinan sedondon putih turut menerima ribuan tanda suka bersama titipan ucapan tahniah dari wargamaya.
“Congratulations, alhamdulillah. Bagai pinang dibelah dua. Till jannah,” tulis seorang peminat.
“Alhamdulillah tahniah. Moga bahagia hingga ke jannah,” ucap peminat lainnya.
“Alhamdulillah tahniah sis dan Abe Joe,” komen yang tertera.
“Akak cantik macam Cinderella,” puji seorang peminat.
“Alahai comelnya. Semoga bahagia hingga syurga,” titipan indah seorang peminat lain pula.
Terdahulu, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 35, memuat naik foto memakai baju melayu putih bersama anaknya, Wan Maryam dengan kapsyen seolah-olah memberi bayangan sudah selamat bergelar suami orang.,
Malah kapsyen yang ditulis juga menarik perhatian ramai.
“Ok abe Joe left group ‘recond’ dulu k. Pape roger k @sharnaazahmad @nazimothman @azleekhairiofficial,” tulis Fizo.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan selamat pengantin baru untuk pasangan mempelai Fizo dan Fazeera.
Terbaru, Fizo yang turut sama memuat naik foto majlis turut memberikan peluang buat peminat untuk sama-sama tumpang gembira seterusnya menitipkan ucapan yang baik-baik.
Tahniah buat pasangan, sama cantik sama padan!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang versatil, Elly Mazlein yang telah pun selamat melahirkan anak kedua pada 23 Oktober 2021 di pusat perubatan Andorra Hospital, Selangor meluahkan rasa teruja kerana dikurniakan bayi lelaki, Haider Mateen.
Menurut Elly, 41, atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia pada masa sama bersyukur kerana semuanya dipermudahkan.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sewakti di labour room, sudah tentu saya mendapat sokongan daripada suami, para nurse dan doktor. Rasa gembira sangat sepanjang melahirkan Haider,” katanya.
Pelakon Kampung People itu berkongsi pengalaman tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram @andorrahospitalofficial baru-baru ini.
Sementara itu, suaminya Mohamad Azlan Che Nuh turut gembira kerana sudah bergelar bapa.
“Pertama kalikan… jadi memang nervouslah. Tapi bila tatap bayi sudah lahir rasa gembira sangat. Cukup lengkap, dapat sepasang alhamdulillah.
“Semoga jadi anak soleh, moga jadi penyejuk hati mama dan papa serta dapat jaga kakak dia (Putri Sara Sefhia),” katanya yang setia di samping isteri tersayang.
Berkongsi lanjut, Elly antara lain turut bercerita pengalaman positifnya sepanjang menjalani tempoh bersalin di pusat perubatan berkenaan.
“Sebenarnya saya memang highly recommended sangat, kepada anda mahu mencari di mana tempat bersalinkan Andorra is the best. Sebab apa, ia Islamik.
“Memang sebak waktu nak bersalin tu suami dan nurse bacakan surah Yasin, mendoakan saya moga dipermudahkan urusan bersalin.
“Lepas tu doktor pun ada berikan doa untuk mudahkan proses bersalin. Bila masuk saja bilik kita akan mendengar bacaan ayat suci al-Quran,” katanya yang turut memuji fasiliti lain yang turut ditawarkan.
Sehingga kini, video berdurasi lebih tiga minit itu sudah pun ditonton hampir 40,000 sejak ia dimuat naik.
Pihak kerajaan kini kembali memberi kebenaran kepada orang ramai yang telah lengkap dos suntikan vaksinasi untuk melakukan pergerakan rentas negeri, mulai 11 Oktober lalu.
Lantas, ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung selain bercuti bersama yang tersayang.
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin misalnya turut tidak melepaskan peluang untuk bercuti bersama keluarganya di Pulau Langkawi.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkongsi proses perjalanan serta langkah yang perlu dilakukan sekiranya mahu isi masa ke lokasi percutian lokal itu.
Menurut Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, pelancong harus mengikuti beberapa prosedur ketika daftar masuk dan mereka disarankan untuk tiba beberapa jam lebih awal sebelum penerbangan.
Gl
“Memang perlu datang 4 JAM Awal untuk urusan Check In Flight Tiket & Drop Baggage Pengalaman BARU Travel ke Langkawi.
“Sampai di Airport, Scan My Sejahtera dan didepan pintu masuk utama Polis bertugas dah semak status vaksin dan jika dah buat RTK.
“Jika dah jalankan RTK boleh terus ke Kaunter Check in / Drop Off Baggage. Jika belum buat RTK perlu buat Saliva Self Test di Airport.
“Saya dah self check-in dirumah dan print out bording pass, so dapatlah skip long Q di kaunter check in dan terus ke kaunter Drop Baggage.
“Sewaktu di Kaunter Drop Off, dokumentasi di semak sekali lagi. Mykad, RTK Document, MySejahtera (Perlu REFRESH Mysejahtera kepada TARIKH departure) dan Hotel Booking info.
“Sambil tunggu PIC bertugas uruskan baggage, saya tanya ‘jika orang yang buat Saliva Test, buat di bahagian mana?’
“Diterangkan kepada saya di bahagian tengah. Saliva test kit perlu dibeli dan sekiranya ada yang positive tidak dibenarkan terbang dan diarahkan pulang.
“Sejurus selesai urusan drop baggage, dibahagian Airport Security Scanner sekali lagi disemak MyKad, MySejahtera dan RTK Dokumen / Saliva Test Result.
“Sampai di depature gate, pegawai bertugas memberi arahan untuk scan TRACK APM dan isikan semua maklumat yang diperlukan sepanjang kunjungan ke Langkawi.
“Dalam flight tak ada apa apa dokumen lain disemak selain daripada dokumen biasa boarding pass dan mykad.
“So far dalam flight 100% capasity (tiada penjarakan tempat duduk) dan semua wajib guna mask kecuali waktu makan boleh buka mask. Flight sanitize before and after the trip seperti yang dinyatakan oleh Anak kapal,” tulisnya.
Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Persis Mutiara ini turut mendedahkan beberapa langkah yang perlu dilakukan sejurus sampai ke destinasi.
“Setiba di Langkawi as usual our new norm, scan My Sejahtera and collect baggage. Tiada lagi dokumen disemak.
“Kawalan ketat di Airport dalam menyemak my sejahtera dan dokumen adalah amat dipuji. Ini juga telah membuatkan saya mencatat beberapa SOP yang boleh digunapakai nanti di @bizmilla_wedding_centre bila dah boleh beroperasi pada Fasa 4 nanti Insya Allah..,” tulisnya panjang lebar.
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.