Selepas selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 23 Oktober lalu, Elly Mazlein memaklumkan dia bersama bayi lelaki yang diberi nama Haider Mateen telah selamat pulang di kediamannya pada Ahad.
Pada masa sama, Elly atau mesra disapa Kak Lina memberitahu anak sulungnya, Putri Sara Sefhia turut sama sangat teruja dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga.
Lebih manis, kepulangan penyanyi yang popular menerusi lagu Merry Go Round itu seiring dengan ulang tahun kelahiran suami yang ke-31, Mohamad Azlan Che Noh.
“Happy birthday Somi (suami). Somi cakap dengan hadirnya Haider dan Sefhia, itu hadiah paling bermakna buatnya.
“Kakak Manja paling excited selama ini. Kakak Manja hanya kenal dua hero hero dalam hidupnya. Siapa lagi, Atuk dan Papa Awan Nano la..,” tulis Elly pada ruangan kapsyen.
Ads
Di samping itu, Elly juga bersyukur kerana semua urusan bersalin anak kedua telah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya.
“Alhamdulillah kali ni hadir seorang lagi hero dalam hidup, Haider. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur syukur Ya Allah.
Ads
“Semoga keluarga kecil kami kekal bahagia, dipermudahkan segala urusan & diRahmati Allah S.W.T Amin. Welcome home Haider Mateen Bin Mohamad Azlan,” tulisnya lagi.
Link posting
Untuk rekod, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.
Ads
Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini mencecah usia lima tahun.
Selepas itu, Elly mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Noh pada 18 Januari 2020.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe, Miss World dan Miss Intercontinental bukanlah sekadar sebuah pertandingan semata-mata. Pertandingan ini menjadi satu medan untuk gadis tempatan menonjolkan diri mereka di samping menjadi satu platform untuk menceburi dunia seni tanah air.
Buktinya, ramai selebriti tempatan yang dilahirkan dari pertandingan ratu cantik. Menempa nama sebagai pemenang dan mewakili negara di pentas antarabangsa menjadi satu tiket untuk dikenali dan juga menjadi perhatian media.
Ini adalah 10 senarai selebriti tanah air yang mula menempa nama menerusi pertandingan Ratu Cantik.
TAN SRI MICHELLE YEOH
Michelle Yeoh merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia pada tahun 1983. Bermula dari situ dia mula melbarkan sayapnya di dalam bidang lakonan dan berjaya menjadi seorang pelakon bertaraf antarabangsa. Antara filem terkenal lakonannya seperti James Bond, Memoir of a Geisha, Police Story, Crazy Rich Asian dan yang terbaharu Shang-Chi and the legend of the ten rings.
KAVITA SIDHU
Pelakon, model dan pengacara yang terkenal menerusi rangkaian filem Pontianak Harum Sundal Malam ini merupakan wakil Malaysia dalam pertandingan Miss Charm International pada tahun 1990. Paling mengujakan, dia berjaya memenangi pertandingan tersebut sekaligus menjadi antara wakil Malaysia pertama yang menjuarai pertandingan ratu cantik di pentas antarabangsa.
ERRA FAZIRA
Antara gadis Melayu popular yang mencipta nama menerusi pertandingan ratu cantik. Erra Fazira memenangi pertandingan Miss World Malaysia 1992 ketika berusia 18 tahun. Kemenangannya itu membuka ruang untuk dia dikenali sebagai seorang model dan pelakon.
Manakan tidak, debut lakonannya menerusi filem Sembilu pada tahun 1994 membuahkan hasil sehinggakan dia dikenali sebagai primadona filem melayu. Kemudiannya dia melebarkan sayap dalam bidang nyanyian dan ternyata dia juga berjaya sebagai penyanyi.
ROZITA CHE WAN
Rozita Che Wan atau nama glamornya Che Ta sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Popular sebagai model sebelum bergelar pelakon, ibu kepada tiga cahaya mata ini merupakan pemenang pertandingan Miss Intercontinental Malaysia pada tahun 1992 dan mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Walaupun memulakan langkah sedikit lewat dalam dunia lakonan, namun debutnya menjadi dan dia antara pelakon popular di Malaysia menerusi pelbagai drama dan juga filem.
LINA TEOH
Lina mencipta sejarah apabila dia memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Miss World 1998. Kejayaannya ini merupakan pencapaian terbaik wakil Malayisa setakat ini dalam pertandingan ratu cantik bertaraf tinggi itu. Sejurus itu, wanita cantik ini menceburi dunia seni menerusi siri komedi Kopitiam yang mendapat sambutan hangat ketika itu. Selain itu dia turut bergelar seorang pengacara dan juga penerbit.
ELAINE DALY
Elaine memulakan langkahnya sebagai seorang model dan kemudiannya dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia pada tahun 2003. Sejurus memenangi pertandingan tersebut dia seterusnya aktif sebagai model dan mula menceburi dunia lakonan. Kefasihannya berbahasa melayu menjadi satu kelebihan dan dia telah membintangi banyak drama dan filem di Malaysia. Antara filem yang lakonannya seperti The Reb Kebaya dan Cuci. Pada tahun 2010 dia telah mememangi anugerah pelakon wanita terbaik drama Anugerah Seri Angkasa menerusi lakonannya di dalam drama Apa Dosaku?. Selain bergelar seorang pelakon dia juga merupakan seorang pengacara yang popular.
DEBORAH HENRY
Wanita cantik tinggi lampai ini antara ratu cantik Malaysia yang paling diingati dalam sejarah ratu cantik Malaysia. Kegagalannya tembus sebagai top 16 pada pertandingan Miss Universe 2011 menjadi tanda tanya seluruh dunia kerana dia dilihat sebagai pesaing utama dalam pertandingan itu.
Sebelum bergelar Miss Universe Malaysia 2011, Deborah terlebih dahulu memegang gelaran Miss World Malaysia 2007 dan dia berjaya berada dikalangan finalis top 16 pada pertandingan peringkat antarabangsa yang berlangsung di China. Deborah merupakan seorang pengacara yang kerap menjadi pilihan pelbagai jenama dan dia juga menjadi pilihan stesen TV untuk mengacara seperti rancangan Bella di ntv7. Selain itu dia juga pernah berlakon di dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa.
DR SOO WINCCI
Dr Soo Wincci merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia bagi edisi tahun 2008. Kemenangannya ini membuka peluang untuk dirinya bergelar anak seni dalam industri seni tempatan. Dia membintangi drama seperti Mr Siao’s Mandarin Class, Injustice, Justice in the City dan banyak lagi.
Drama yang mengangkat namanya dikalangan peminat Melayu adalah Kau Yang Satu yang mana dia memegang watak antagonis disamping pelakon hebat lain seperti Dato’ Aaron Aziz dan Izara Aishah. Selain bergelar pelakon Dr Soo Wincci juga merupakan seorang penyanyi dan pernah merakamkan lagu dalam bahasa melayu yang bertajuk, Terus Teranglah. Dia juga pernah bergelar finalis Masterchef Malaysia dan berjaya menjadi top 5.
THANUJA ANANTHAN
Wanita tinggi lampai berdarah India ini merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia 2009. Dengan ketinggian melebih 180cm dia merupakan antara model popular di Malaysia. Thanuja kini merupakan seorang pelakon, model dan hos. Dia membintangi drama seperti Temuan Takdir, Anak Merdeka, Nafas dan DM Hati Awak. Dia juga merupakan seorang juri bagi pertandingan realiti All Together Now Malaysia.
AMY NUR TINIE
Amy Nur Tinie merupakan pemenang pertandingan Miss Eco International 2019. Dia merupakan seorang peragawati dan juga mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan dan lakonan. Dia merupakan seorang pengacara rancangan kewanitaan berjudul Tumit Tinggi di RTM. Selain itu dia juga sudah mula melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan apabila membintangi filem seperti 10 Tips Tipu Bini yang disiarkan menerusi saluran Astro First dan juga drama Mak, Abang Nak Kahwin.
Cantik-cantik semuanya kan? Tidak kiralah Melayu, Cina atau India mereka semua bangga membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan hos, Norman Hakim yang kerap isi masa bersama keluarga mendedahkan anak terunanya, Danish Hakim mulai bertanya mengenai umur yang sesuai untuk mencari pasangan.
Menurut Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 45, mereka kerap bercakap mengenai apa sahaja.
Perkara itu dikongsikan bintang Gerak Khas ini menerusi satu perkongsian di Instagram.
“Kitaorang kalau duduk sembang 18 jam pun tak cukup. Selalu sembang macam-macam bab yang unlimited. Kalau dah penat sembang topic berat, kadang2 sembang pasal semut pun boleh on.
“Kali ni abang @danishhakimofficial petik pasal pasangan hidup. Dia tanya dah perlu ke usia dia ada pasangan hidup?JENGSSS!!! Itu la topik utama sembang kita kali ni,” tulisnya.
Norman bagaimanapun menyarankan agar Danish mencapai cita-cita terlebih dahulu dan menyerahkan selebihnya kepada Allah SWT.
“Long story short, end of our conversation saya cakap “focus on your goal & consistently building your life.
“The right person will eventually find their way to u. But still the choice & decision is yours. Mohon bantuan & petunjuk dari Allah”. Thats the end of our conversation.
“Wallahualam. Kita doakan je yang baik-baik. Alhamdulillah syukur untuk rezeki hari ni,” tulisnya lagi.
Bapa kepada enam cahaya mata itu memaklumkan jadual harian anak sulungnya itu turut padat dengan komitmen dalam mengajar mengaji setiap Selasa hingga Ahad bermula jam 11 pagi hingga jam 11 malam.
Sementara itu meninjau ke ruangan komen, rata-rata memberikan reaksi masing-masing termasuk memuji cara didikan Norman buat anak lelakinya.
Malah, tidak kurang yang membayangkan mereka terlihat seperti abang dan adik menerusi foto yang dikongsikan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim berharap agar semua pihak dapat menghormati dan memberi ruang buat isterinya, Maryam You Narae untuk menjalani proses berpantang dengan caranya sendiri.
Menurut Ryzal, meskipun isterinya itu sudah pun memeluk agama Islam, namun warisan dan buaya Korea tetap menjadi sebahagian daripada hidupnya.
“Assalamualaikum warahmatullah, Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu wanita warga Korea. Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti.
“Isteri saya peluk Islam atau erti kata lain tukar agama bukan tukar budaya. Jadi, janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya.
“Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pantauan saya dan Confinement Lady yang datang rumah kami. Itu sudah memadai bagi saya dia sanggup ikut walau bukan budaya dia,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pemilik akaun Youtube DurianKimci TV itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Lantaran itu, Ryzal memohon agar masyarakat di luar sana berhenti memaksa isterinya untuk menerima budaya yang bukan miliknya.
“Kalau budaya pantang Melayu itu wajib untuk semua kaum, adakah orang Islam di Korea, Jepun, Eropah akan kena ikut juga?
“Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum. Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baru.
“Saya minta Hajjah, Makcik, Akak serta semua disini supaya berikan ruang kepada Maryam dan hormat budaya miliknya. Terima kasih dan Selamat Malam,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang disuarakan oleh Ryzal selain turut mendoakan agar Maryam sentiasa berada dalam keadaan yang baik sepanjang tempoh berpantang.
“True, cara orang tak sama. Tak perlu paksa orang ikut cara kita. Raikan perbezaan.
“Support sangat. May god bless you and Maryam unnie and baby Rina.
“Lain orang lain cara. Keselesaan masing-masing. Tak perlu sibuk cara urusan orang. Respect sama privacy orang lain,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Maryam baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya yang diberi nama, Rina pada 21 Oktober lalu.
Ryzal dan Maryam telah mendirikan rumah tangga mereka pada Ogos 2019.
Sumber: Instagram Ryzal Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.