Pengarah dan penerbit, Michael Ang ada bertanyakan soalan berhubung jenama vaksin yang memiliki daya tahap perlindungan paling tinggi bersama para pengikut di laman media sosial Instagram.
Meski sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19, namun Michael memberitahu, dia merancang dan berhasrat untuk menerima suntikan vaksin tambahan.
Jelasnya, dia mahu melakukan tindakan sedemikian sekiranya ia sudah mula dipasarkan secara terbuka di seluruh negara pada masa akan datang.
Ads
“Salam semua. Siapa tahu info ni atau mana boleh dpt info ni? Luv u all n be safe. Ok guys I Tanya ni bukan sebab Tak tahu vaccine ni bukan penawar.
Ads
“I Tanya ni sebab nak tahu vaccine brand apa tahap perlindungan nya lebih tinggi. Mana tahu satu hari Nanti boleh beli vaccine yg lain Di open market tahu la vaccine apa lagi nak cucuk.
“Tu aje. Chill ya Jgn stress stress. By the way I dah vaccine ya. Bukan antivax. Sensitive naw rakyat Malaysia,” tulisnya menerusi entri tersebut.
Kim Kardashian dan Kanye West antara ‘power couple’ Hollywood. Bukan sahaja terkenal dalam dunia hiburan, mereka turut menakluk dunia fesyen dan juga perniagaan. Masing-masing memiliki empayar bisnes berjaya.
Namun begitu, setelah 7 tahun mendirikan rumah tangga dan memiliki empat orang anak bersama, pasangan ini akhirnya meletakkan titik noktah kepada hubungan mereka. Walaupun masih dalam proses perceraian, mereka masih lagi menyokong satu sama lain apabila Kim baru-baru ini dilihat menghadiri pertunjukan fesyen yang dianjurkan Kanye.
Dalam sesebuah perceraian, apatah lagi bila melibatkan selebriti berprofil tinggi seperti mereka, pastinya banyak perkara perlu diselesaikan termasuklah pembahagian harta. Umum mengetahui yang pasangan ini memiliki sebuah rumah di Hidden Hills, California yang menjadi mahligai mereka sepanjang bergelar suami isteri.
Dibeli pada tahun 2014, rumah tersebut cukup popular dek kemewahan dan juga nilai seni hiasan dalaman bertemakan warna serba putih dan neutral di samping pemilihan perabot yang moden dan minimalis. Berharga USD20 juta ketika dibeli termasuklah USD3 juta untuk hiasan dalaman, Kim Kardashian telah mengambil keputusan untuk menyimpan rumah tersebut untuk dirinya.
Menurut sumber, dalam satu ciapan ibu Kim, Kris Jenner pada tahun 2018. Nilai rumah itu sebenarnya sudah meningkat kepada USD60 juta.
Walaupun begitu, setelah perbincangan dilakukan bersama Kanye dia akan membayar bakal bekas suaminya itu USD23 juta atau kira-kira RM95 juta untuk rumah terbabit, iaitu pada harga asal rumah itu dibeli. Bintang realiti televisyen itu akan memiliki rumah tersebut dan juga barangan yang ada di dalamnya.
Sehingga kini, walaupun sudah berpisah dan tidak tinggal sebumbung, proses perceraian kedua-dua mereka masih lagi berjalan.
Penyanyi, Hafiz Suip berkongsi cerita dan mengimbau kenangan saat manis ketika bertemu Dayang Nurfaizah sebelum dirinya bergelar penyanyi.
Menurut Hafiz, dia bertemu dengan bintang itu ketika berada di satu majlis pelancaran yang di Taman Sukma, Kuching, Sarawak.
Dia pada masa sama turut berpeluang menyaksikan penyanyi yang terkenal dengan lagu berjudul Seandainya Masih Ada Cinta itu membuat persembahan di majlis pelancaran berkenaan.
Dalam pada itu, penyanyi kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini turut mendedahkan dia berpeluang untuk berjabat tangan dengan Dayang.
“Assalamualaikum wbt…seorang peminat dan yang di minat di dalam gambar…i still remember kak @dayangsayangkamu
“Dulu perform dekat taman sukma launching apa tah masa tu aku budak lagi.
“Dapat salam ngan kak dayang pastu jaja bagitahu orang tangan ni pernah salam dayang nurfaizah wei.
“Kenangan lama mengusik jiwa, ingat kah kitak dengan nemiak ya kak @dayangsayangkamu ? Hehehee,” tulisnya menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.
Baru seminggu rapper, Yonnyboii dan personaliti media sosial, Nik Nazira mengikat tali pertunangan, timbul pula desas-desus mendakwa bintang tersebut dikatakan telah merampas kekasih kepada penyampai radio, Imran Aqil.
Menerusi satu temu bual berama Melodi, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin tampil mempertahankan dirinya dan menjelaskan mengenai khabar angin tersebut.
Menurut Yonnyboii, dia menafikan segala dakwaan tersebut dan menyifatkan perhubungan mereka telah terjalin selepas Nazira dan Imran berpisah.
“Tiada istilah merampas pun sebenarnya. Kami mula-mula memang berkawan je tapi perhubungan itu telah terjadi. Jadi, kami pun tak tahu nak explain macam mana. Rampas atau tidak, perkara itu dah terjadi. Cuma kami go with the flow.
“Saya tahu mereka masih berkawan. Saya ada bersama dia sewaktu dia sedih. Saya kawan baik dia. Jadi segala cerita yang dia tak puas hati, dia ceritakan kepada saya.
“Dia rasa susah hati nak cerita dekat pihak di sana. Dia pun banyak dengar masalah-masalah saya yang sebelum ni.
“Kalau boleh, tengoklah balik silap sendiri. Ada sebab dia pergi janganlah menyalahkan Nik Nazira sahaja. Kesian dia,” katanya.
Menerusi temubual yang disiarkan pada Ahad, pihak Melodi juga telah berjaya mendapatkan reaksi daripada Nik Nazira berhubung dakwaan tersebut.
Jelas Nazira, hubungannya bersama Imran telah pun berakhir dan Yonnyboii merupakan antara individu yang sentiasa memberikan semangat kepadanya saat dia berasa sedih.
“Yonny tak rampas. Malah, dia lagi banyak nasihatkan saya untuk bersabar. Minta saya beri lagi peluang kepada pihak di sana kerana hubungan itu dah lama hancur meski sebelum kami putus. Dia tipu, dia curang.
“Kita yang perempuan ni pun dah tawar hati. Bila dah tersakiti sangat, kita pandang dia pun jadi sakit. Saya pergi ni pun sebab diri dia juga. Jangan salahkan orang lain,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Nazira juga turut menafikan sekeras-kerasnya suara-suara nakal yang mendakwa dia memilih Yonnyboii disebabkan populariti yang dimiliki bintang tersebut.
“Terkenal atau tidak itu bukan satu masalah. Sebab pada akhirnya nanti, bukan populariti itu yang jaga saya. Popular macam mana sekali pun, kalau dia tak boleh jaga saya, merana juga.
“Saya pilih dia sebab Yonny ada kritiria yang ‘dia’ takkan pernah ada. Orang tak boleh cakap, hanya kerana dia nampak baik di alam maya, tak bermakna dia baik di alam nyata. Saya kenal dua dua pihak. Saya tahu nak menilai mana baik dan buruk.
“Takkan la kita nak memperjudikan diri sendiri hanya kerana seseorang itu popular sahaja. Nanti pasangan sendiri tak terjaga kerana sibuk nak jaga populariti.
“Soal jodoh ni Allah dah tentukan. Kalau Dia dah merancang sebegitu, siapa saya nak menolak,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Yonnyboii dan Nazira telah pun selamat mengikat tali pertunangan mereka pada tanggal 9 Oktober lalu.