Jika orang lain menyakiti diri kita, mungkin boleh dilupakan setelah memutuskan ikatan. Namun apabila disakiti keluarga sendiri, ‘sakit’ yang dirasai berbeza kerana mereka merupakan darah daging sendiri. Agaknya inilah yang dirasai oleh penyanyi terkenal ini.

Baru-baru ini Britney Spears berkongsi di laman Instagramnya mengenai isu tersebut. Dia yang kini sudah terlepas dari cengkaman conservatorship ayahnya semakin lantang bersuara mengenai apa yang terjadi sepanjang kehidupannya dikawal gara-gara keputusan mahkamah meletakkan ayahnya sebagai ‘conservator’ yang mengawal kerjaya dan juga kehidupannya

“Keluarga Sendiri Menyakiti Saya Lebih Dalam Dari Yang Anda Tahu,”- Britney Spears Mahukan ‘Keadilan’

Dalam hantaran tersebut dia menyatakan yang keluarganya telah menyakiti dirinya lebih dalam dari apa yang orang lain tahu dan dia mahu meminta keadilan selepas kuasa conservatorship yang diberikan pada ayahnya tamat.

“Keluarga Sendiri Menyakiti Saya Lebih Dalam Dari Yang Anda Tahu,”- Britney Spears Mahukan ‘Keadilan’
Britney bersama tunangnya, Sam Asghari.

“Tidakkah anda merasa pelik apabila anda bersusah payah berusaha untuk mengatur perjalanan atau menetapkan tarikh makan tengah hari dengan orang yang anda sayangi hanya untuk mengetahui bahawa mereka tidak akan datang atau berlalu pergi selepas 10 minit?

“Ia memalukan dan setiap orang yang saya bersikap terbuka dengan mereka serta-merta berkata mereka akan pergi mengembara selama dua minggu. OK, saya faham,mereka hanya ada untuk saya apabila keadaan menguntungkan mereka,” tulisnya di samping gambar mesin taip yang dimuat naik bersama hantaran tersebut.

IKLAN
“Keluarga Sendiri Menyakiti Saya Lebih Dalam Dari Yang Anda Tahu,”- Britney Spears Mahukan ‘Keadilan’
Ketika aktif membuat persembahan. Sumber gambar: Billboard

“Saya tidak lagi tersedia untuk mereka sekarang! Saya tidak kisah bersendirian, dan sebenarnya saya bosan menjadi Mother Theresa yang sentiasa memahami. Jika anda kurang ajar dengan saya maka saya tidak mahu apa-apa lagi, tenang,” sambungnya sebelum menambah lagi, “Mesej ini untuk keluarga saya, kerana menyakiti saya lebih dalam daripada yang anda akan tahu.”

Luahan hati Britney Spears ini sepeti meluahkan apa yang terbuku dihatinya selama ini. Untuk pengetahuan pembaca, berhubung dengan penggantungan ayahnya sebagai conservator, diva pop ini berterima kasih kepada pergerakan #FreeBritney yang dilancarkan oleh peminatnya kerana membangkitkan kesedaran terhadap proses conservatorship yang dilaluinya selama ini.

Sumber: Instagram Britney Spears, The Hollywood Reporter

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Britney Spears (@britneyspears)

IKLAN

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI