Pelakon, Nadhir Nassar mengakui perasaannya agak bercampur baur saat diberikan kepercayaan untuk menggalas tugas selaku pengacara bagi program, Hero Remaja 2021 bersama gandingannya, Shaza Bae.

Bagaimanapun, sebagai pendatang baru, Nadhir merasakan dia harus keluar daripada zon selesa dan berani untuk mencuba sesuatu yang baru.

“Untuk Berlakon Dan Mengacara, Saya Banyak Buat Rujukan Di Youtube..,” – Nadhir Nasar Belum Sedia Jadi Hos Sepenuhnya? “Untuk Berlakon Dan Mengacara, Saya Banyak Buat Rujukan Di Youtube..,” – Nadhir Nasar Belum Sedia Jadi Hos Sepenuhnya?

“Sejujurnya saya memang merasakan diri saya masih belum bersedia sepenuhnya untuk menjadi seorang hos. Bagi saya, hos ini merupakan seorang yang membawa ‘positive vibes’ untuk penonton masuk ke dalam rancangan tersebut.

“Saya mungkin belum sampai ke tahap untuk mempengaruhi penonton sebagai Nadhir Nasar. Sebagai pelakon, kita selalu memainkan pelbagai watak. Jadi, ia sangat berbeza untuk bergelar pelakon dan pengacara.

“Kadang kala kita sendiri tak tahu kemampuan sebenar diri kita. Kita mungkin tak nampak tapi orang lain tahu. Sebagai manusia, kita tidak akan pernah puas dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru,” katanya kepada MH.

IKLAN

“Untuk Berlakon Dan Mengacara, Saya Banyak Buat Rujukan Di Youtube..,” – Nadhir Nasar Belum Sedia Jadi Hos Sepenuhnya? “Untuk Berlakon Dan Mengacara, Saya Banyak Buat Rujukan Di Youtube..,” – Nadhir Nasar Belum Sedia Jadi Hos Sepenuhnya?

Pelakon drama, I-Tanggang ini berkata sedemikan ketika ditemui di majlis makan malam Hero Remaja 2021 X 007 yang berlangsung di The Chow Kit Ormon Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Juara Hero Remaja 2020 ini turut memaklumkan dia sebenarnya banyak membuat rujukan mengenai bidang pengacaraan melalui Youtube dan perkongsian pakar di podcast.

“Sejujurnya saya amat menghargai team Majalah Remaja yang telah membentuk saya sejak Hero Remaja 2020. Ada kalanya diri saya pun tak tahu yang saya sebenarnya mampu untuk membuat sesuatu tugasan itu.

IKLAN

“Feedback daripada director pun positif tapi saya sendiri merasakan saya kena belajar lagi terutamanya teknik penggunaan bahasa yang betul. Saya terima apa sahaja cabaran. Sebagai Hero Remaja, saya harus sentiasa bersedia.

“Untuk berlakon dan pengacara, saya banyak buat rujukan di Youtube. Saya tak pernah pergi kelas hosting dan berlakon. Saya juga banyak dengar podcast daripada hos dan pelakon. Dari situ saya dapat banyak input untuk diaplikasikan dalam kerjaya saya,” kongsinya lagi.

“Untuk Berlakon Dan Mengacara, Saya Banyak Buat Rujukan Di Youtube..,” – Nadhir Nasar Belum Sedia Jadi Hos Sepenuhnya?

IKLAN

Langsung ditanya adakah dia akan meneruskan kerjayanya dalam bidang pengacaraan meskipun selepas tamat Hero Remaja 2021, ini reaksi yang berikan oleh bintang tersebut;

“Kalau ada rezeki mengacara lagi, saya tidak akan menolak. Bagaimanapun, saya akan lihat dahulu sasaran penontonnya macam mana.

“Kalau ia merupakan program besar seperti Gegar Vaganza mungkin saya belum bersedia lagi,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Astro kini sedang menayangkan 25 koleksi filem James Bond disaluran 407 sehingga 7 November ini.

Malah ia juga boleh ditonton menerusi platform penstriman Astro Go & PVR Box.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI