Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom telah mendedahkan nama anak keduanya, Idris.
Difahamkan ini, cahaya mata lelaki ini adalah hasil pekahwinan keduanya bersama Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.
“Salam Jumaat Humans!! Say hello to Idris Bin Shamsul Annuar #alhamdulillah #doakanyangbaikbaik,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah kepada abang kepada aktres jelita Siti Saleha itu.
Sebelum ini, Sam pernah berkahwin dengan penerbit rancangan, Aida Azira Hussin pada 25 April 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Maleeq, 4 tahun.
Ads
Namun, pasangan ini bercerai sekitar Januari 2019.
Penyanyi, Lufya Omar meluahkan rasa syukur kerana dia kini telah dapat kembali menunaikan solat di masjid setelah sekian lama aktiviti tersebut dihentikan seketika ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19.
Menurut Lufya, sebagai ibu tunggal, dia mahu memanfaatkan setiap waktu yang terluang bersama anaknya dan memperbanyakkan melakukan amal ibadah.
“Alhamdulillah buat pertama kali setelah lama #dudukrumah kami dapat ke masjid terasa tenang dan bahagia. Inilah hikmah jadi ibu tunggal. Banyak masa untuk anak dan banyak masa nak ‘Me Time With Him’,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Lufya turut berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa syarat untuk memberikan kebenaran kepada pihak masjid bagi menjalankan program dan aktiviti-aktiviti keagamaan.
Katanya lagi, dikala waktu pandemik ini, kebanyakkan daripada kita amat memerlukan pengisian daripada aspek rohani bagi mengharungi detik yang serba mencabar ini.
“Diharapkan kerajaan boleh benarkan program dan aktiviti keagamaan lebih banyak di masjid. Ramai orang kita yang mengalami kemurungan menghadapi cabaran dan ujian ketika Endemik ini.
“Ubat yang mujarab adalah kita kembali dekat denganNya. Bukan nak mempamerkan yang kita ni orang alim atau baik bila ke masjid, tapi tanggungjawab sebagai seorang muslim dan fitrah jiwa dan tubuh manusia perlukan bimbingan kerohanian. Jom ke masjid,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan pandangan yang sama selain turut berharap agar keadaan negara dapat kembali pulih seperti sedia kala.
“Alhamdulillah ya Rab. Nikmat dapat ke rumah Allah. MasyaAllah, happynya princess.
“Syukur, Alhamdulillah.
“Cantiknya wajah dia, MasyaAllah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Lufya telah mendirikan rumah bersama, Dr Che Muhammad Hafiz pada tanggal 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Lana Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk bercerai pada Jun tahun lalu.
Sumber: Instagram Lufya Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe, Miss World dan Miss Intercontinental bukanlah sekadar sebuah pertandingan semata-mata. Pertandingan ini menjadi satu medan untuk gadis tempatan menonjolkan diri mereka di samping menjadi satu platform untuk menceburi dunia seni tanah air.
Buktinya, ramai selebriti tempatan yang dilahirkan dari pertandingan ratu cantik. Menempa nama sebagai pemenang dan mewakili negara di pentas antarabangsa menjadi satu tiket untuk dikenali dan juga menjadi perhatian media.
Ini adalah 10 senarai selebriti tanah air yang mula menempa nama menerusi pertandingan Ratu Cantik.
TAN SRI MICHELLE YEOH
Michelle Yeoh merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia pada tahun 1983. Bermula dari situ dia mula melbarkan sayapnya di dalam bidang lakonan dan berjaya menjadi seorang pelakon bertaraf antarabangsa. Antara filem terkenal lakonannya seperti James Bond, Memoir of a Geisha, Police Story, Crazy Rich Asian dan yang terbaharu Shang-Chi and the legend of the ten rings.
KAVITA SIDHU
Pelakon, model dan pengacara yang terkenal menerusi rangkaian filem Pontianak Harum Sundal Malam ini merupakan wakil Malaysia dalam pertandingan Miss Charm International pada tahun 1990. Paling mengujakan, dia berjaya memenangi pertandingan tersebut sekaligus menjadi antara wakil Malaysia pertama yang menjuarai pertandingan ratu cantik di pentas antarabangsa.
ERRA FAZIRA
Antara gadis Melayu popular yang mencipta nama menerusi pertandingan ratu cantik. Erra Fazira memenangi pertandingan Miss World Malaysia 1992 ketika berusia 18 tahun. Kemenangannya itu membuka ruang untuk dia dikenali sebagai seorang model dan pelakon.
Manakan tidak, debut lakonannya menerusi filem Sembilu pada tahun 1994 membuahkan hasil sehinggakan dia dikenali sebagai primadona filem melayu. Kemudiannya dia melebarkan sayap dalam bidang nyanyian dan ternyata dia juga berjaya sebagai penyanyi.
ROZITA CHE WAN
Rozita Che Wan atau nama glamornya Che Ta sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Popular sebagai model sebelum bergelar pelakon, ibu kepada tiga cahaya mata ini merupakan pemenang pertandingan Miss Intercontinental Malaysia pada tahun 1992 dan mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Walaupun memulakan langkah sedikit lewat dalam dunia lakonan, namun debutnya menjadi dan dia antara pelakon popular di Malaysia menerusi pelbagai drama dan juga filem.
LINA TEOH
Lina mencipta sejarah apabila dia memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Miss World 1998. Kejayaannya ini merupakan pencapaian terbaik wakil Malayisa setakat ini dalam pertandingan ratu cantik bertaraf tinggi itu. Sejurus itu, wanita cantik ini menceburi dunia seni menerusi siri komedi Kopitiam yang mendapat sambutan hangat ketika itu. Selain itu dia turut bergelar seorang pengacara dan juga penerbit.
ELAINE DALY
Elaine memulakan langkahnya sebagai seorang model dan kemudiannya dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia pada tahun 2003. Sejurus memenangi pertandingan tersebut dia seterusnya aktif sebagai model dan mula menceburi dunia lakonan. Kefasihannya berbahasa melayu menjadi satu kelebihan dan dia telah membintangi banyak drama dan filem di Malaysia. Antara filem yang lakonannya seperti The Reb Kebaya dan Cuci. Pada tahun 2010 dia telah mememangi anugerah pelakon wanita terbaik drama Anugerah Seri Angkasa menerusi lakonannya di dalam drama Apa Dosaku?. Selain bergelar seorang pelakon dia juga merupakan seorang pengacara yang popular.
DEBORAH HENRY
Wanita cantik tinggi lampai ini antara ratu cantik Malaysia yang paling diingati dalam sejarah ratu cantik Malaysia. Kegagalannya tembus sebagai top 16 pada pertandingan Miss Universe 2011 menjadi tanda tanya seluruh dunia kerana dia dilihat sebagai pesaing utama dalam pertandingan itu.
Sebelum bergelar Miss Universe Malaysia 2011, Deborah terlebih dahulu memegang gelaran Miss World Malaysia 2007 dan dia berjaya berada dikalangan finalis top 16 pada pertandingan peringkat antarabangsa yang berlangsung di China. Deborah merupakan seorang pengacara yang kerap menjadi pilihan pelbagai jenama dan dia juga menjadi pilihan stesen TV untuk mengacara seperti rancangan Bella di ntv7. Selain itu dia juga pernah berlakon di dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa.
DR SOO WINCCI
Dr Soo Wincci merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia bagi edisi tahun 2008. Kemenangannya ini membuka peluang untuk dirinya bergelar anak seni dalam industri seni tempatan. Dia membintangi drama seperti Mr Siao’s Mandarin Class, Injustice, Justice in the City dan banyak lagi.
Drama yang mengangkat namanya dikalangan peminat Melayu adalah Kau Yang Satu yang mana dia memegang watak antagonis disamping pelakon hebat lain seperti Dato’ Aaron Aziz dan Izara Aishah. Selain bergelar pelakon Dr Soo Wincci juga merupakan seorang penyanyi dan pernah merakamkan lagu dalam bahasa melayu yang bertajuk, Terus Teranglah. Dia juga pernah bergelar finalis Masterchef Malaysia dan berjaya menjadi top 5.
THANUJA ANANTHAN
Wanita tinggi lampai berdarah India ini merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia 2009. Dengan ketinggian melebih 180cm dia merupakan antara model popular di Malaysia. Thanuja kini merupakan seorang pelakon, model dan hos. Dia membintangi drama seperti Temuan Takdir, Anak Merdeka, Nafas dan DM Hati Awak. Dia juga merupakan seorang juri bagi pertandingan realiti All Together Now Malaysia.
AMY NUR TINIE
Amy Nur Tinie merupakan pemenang pertandingan Miss Eco International 2019. Dia merupakan seorang peragawati dan juga mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan dan lakonan. Dia merupakan seorang pengacara rancangan kewanitaan berjudul Tumit Tinggi di RTM. Selain itu dia juga sudah mula melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan apabila membintangi filem seperti 10 Tips Tipu Bini yang disiarkan menerusi saluran Astro First dan juga drama Mak, Abang Nak Kahwin.
Cantik-cantik semuanya kan? Tidak kiralah Melayu, Cina atau India mereka semua bangga membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya Terima apa ujian yang saya tengah hadapi. Saya redha. Saya tak berdendam sama sekali.
“InsyAllah Tak lama lagi jika diizinkan Oleh Allah saya akan pergi mengerjakan Umrah.
“Rinduu sangat nak pergi sana. Nak beribadat. Nak doa banyak banyak. Rinduuu bau dekat sana,” tulisnya di dalam salah satu hantaran di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, para pengikutnya turut memberikan pelbagai reaksi.
“Sedih sy tgokk dato ni….. moga dato dpt ketenagan..dn di beri kekuatan jiwa… moga Allah hadir kan insan/pasangan yg baik dan sayang dato hingga hujung nyawa… klau benar iqbal jdoh dato maka…dekat kan lah…permudahkan lah ya Allah….contohi pasangan Nabi Muhammad dan siti khadijah walaupun Nabi masih muda jauh perbezaan umur dgn siti khadijah namun cinta Nabi terhadap isteri nya (siti khadijah) tiada bandingan ……….dato berhak utk bahagia….”
“Semoga dipermudahkan urusan datin sekeluarga semasa di Mekkah .Cuma nak beri tahu datin masa buat umrah baik lelaki mau pun wanita diharamkan guna minyak wangi Jangan sampai bau²an wangi ni merosakkan ibadah kita ya datin.”
“Semoga terus kuat ye dato ! Insyallah.Allah takkan duga kalau hmbanya ta mampu melainkan kesanggupannya.”
“Moga urusan dato di permudahkn. Allah syg dato sbb tu Allah uji. Moga dato tetap terus kuat dn tabah. Bab sihir ni tk mustahil pun berlaku. Abg sy yg tk kaya mana pun ade je yg hntr sihir dengki. Takdirnya masa org tu hntr abg tgh solat asar. Bebola api tu melantun kena ank sedara sy yg masa tu berumur 9thn. Berthn2 jugak diorg berubt.”
“Sy doakan DSV slamt pergi slamt kmbali.
“Dato telentang ke tebaring ke, spa yg ikhlas syg dato? Anak2 kan? Lelaki bleh cari dato, lelaki mcm tu dato nak? Yg guna nma dato utk ntah ape popular ke ape mcm tu… Ishh…red flag tu dato, menyesal tak sudah nnt…tp ape2 pun hrp dato reflect diri-sendirilah ya.”
Video tersebut sehingga kini sudah pun ditonton hampir 100,000 kali.
Vida sebelum ini terpalit dengan pelbagai kisah susulan hubungannya bersama bekas pembantu peribadi yang kini turut bergelar usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.