Penyanyi Wany Hasrita ada memuat naik foto bersama bapanya, Hasbullah Haji Hassan bersempena dengan ulang tahun lelaki paling disayanginya itu.
Sambil menitipkan ucapan selamat hari jadi, penyanyi Belenggu Rindu di samping Datuk Jamal Abdillah ini juga turut mendoakan agar bapanya dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia sentiasa.
“Happy belated birthday ayah. Semoga diberikan kesihatan yg baik & bahagia dunia akhirat. Sayang ayah,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan emoji berbentuk hati.
Ads
Lantas, perkongsian tersebut terus mendapat peminat apabila masing-masing turut sama memberikan ucapan.
Ads
Malah ada di antara mereka juga tidak menafikan wajah Wany saling tak tumpah seperti bapanya itu.
Ads
Meski sudah pun dikongsikan beberapa hari lalu, hantaran berkenaan sehingga kini sudah pun meraih lebih 61,000 tanda suka.
Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham ada membuat kejutan bersempena dengan hari lahir anak tirinya, Cataleya Humairah.
Jelas Issey, meskipun kasih sayangnya tidak akan setanding dengan bapa kandung anak-anak tersebut, namun dia tetap akan menyayangi mereka seperti darah dagingnya sendiri.
“17 april: Bithday Umai. Daddy sayang semua amanah Allah untuk daddy jaga ni.
“Mungkin daddy tak sehebat arwah papa. Tapi daddy janji, daddy akan sayang semua macam darah daging daddy,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Suria FM itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Issey turut memohon maaf kerana menyifatkan dirinya kurang mempunyai masa buat keluarga sejak akhir-akhir ini.
“Daddy mintak maaf sayang, dengan jadual daddy yang agak sibuk ni.
“Sibuk macam mana pun,tak pernah setitik pun kasih n sayang daddy berkurang. Love all kids,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menitipkan ucapan hari lahir selain turut mendoakan semoga keluarga Issey akan bahagia sampai bila-bila.
Terdahulu, Issey dan isterinya, Noor Aimi Mohamed Jamel telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 22 Disember 2019 di Kota Bahru, Kelantan.
Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi merupakan seorang ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup bersama arwah suami.
Sumber: Instagram Issey Fazlisham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon versatil, Fasha Sandha ada bertemu mengisi masa bersama rakan lamanya, Nurida Suraya yang juga isteri kepada pereka terkenal di bawah jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin.
Pertemuan dua ibu itu nyata bagi melepaskan kerinduan, selain Fasha turut memuji kecomelan anak sulung pasangan berkenaan.
“Baby Rizqaa @rizqaarizman comelnya kamu ni nak. Thank you Rizman and baby, izinkan kami pegang baby Rizqaa ni.
“Selalu tengok dia di IG dan selalu terasa teringin nak jumpa baby comel ni, Alhamdulillah hari ni Allah izinkan jumpa,” tulisnya.
Perkongsian tersebut dibuat Fasha menerusi satu entri terkininya di Instagram.
Sambil mengakui usia Rizqaa sama dengan anak bongsunya, Fasha turut mendoakan agar bayi perempuan itu membesar dengan baik.
“Semoga membesar dengan sihat baby. Aunty kenal mommy Rizqaa sejak kami sama2 remaja.
“Alhamdulillah seronok tengok mummy bahagia dengan daddy. Syukur. Beza sebulan je dengan Aisha, semoga besar nanti dapat jadi kawan Aisha,” tulisnya lagi.
Beberapa foto yang dikongsikan itu juga turut mendapat perhatian peminat lantas pelbagai komen turut ditinggalkan.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Media sebelum ini ada melaporkan mengenai pejabat dan kiosk jualan Amaris My Tart yang diusahakan pelakon Putra Amaris telah dipecah masuk yang seterusnya menyebabkan operasi perniagaan terganggu selain ada pekerja yang berhenti.
Menurut Amaris, 36, ia menjadi antara ujiannya di dalam melaksanakan program Infaq Ramadan bermula 10 hingga 20 April ini, seiring dengan sambutan bulan Ramadan tahun ini.
Pemilik nama sebenar, Amran Ismail berkata, dia menganggap setiap cabaran yang dilalui adalah ujian yang akan digantikan dengan sebuah kemanisan oleh Allah SWT.
“Nak buat perkara baik memang akan ada saja ujian. Macam saya buat Infaq Ramadan ini, pekerja berhenti dua hari sebelum program berlangsung.
“Itu belum lagi pejabat dan kiosk jualan Amaris My Tart dipecah masuk. Malah, kami punya operasi jualan dalam masa dua bulan ini terganggu untuk ejen, pasukan dan stok.
“Ujian yang datang ini pada saya Allah nak beri lebih baik selepas ini. Saya juga anggap setiap ujian adalah satu kemanisan. Jadi, kalau nak cakap mengenai ujian ada banyak. Saya yakin ini semua ujian Allah.
“Disebabkan itu, dalam melaksanakan program ini, saya yakin Allah bantu. InsyaAllah, perkara baik Allah mudahkan urusan,” katanya.
Memberi sasaran untuk memberikan bantuan kepada kira-kira 500 keluarga asnaf, rumah anak-anak yatim dan rumah anak-anak tahfiz sepanjang 11 hari program dijalankan, Amaris bagaimanapun tetap optimis di dalam menerusi misi murni ini.
“Selain itu, kami juga pergi ke rumah penjagaan orang tua membabitkan kelainan upaya (OKU) dan gelandangan. Tapi fokus utama sepanjang Ramadan ini adalah golongan asnaf di mana kami akan pergi rumah ke rumah. Sasaran kami di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Shah Alam dan Klang.
“Alhamdulillah, setakat ini sumbangan untuk 500 rumah itu sudah cukup dari segi wang ringgit, makanan dan barang keperluan harian. Cuma perlukan lebih lagi untuk teruskan bantuan. Kalau ada lebih lagi, lagi bagus dan boleh berikan lebih lagi.
“Sebenarnya kita pun tak tahu apa mereka perlukan. Apabila sampai ke tempat mereka, ada barang yang penting diperlukan. Jadi, itu antara barang tambahan yang perlu diberikan. Lebih banyak yang menyumbang dan menginfaq, lebih banyak penerima manfaat terima,” katanya.
Sementara itu bagi Naib Presiden, Operasi, Penjualan & Latihan Penyet Penyet.com Nurul Fakri Arshaf berkata, pihaknya berlapang dada dan terbuka bekerjasama dalam program Infaq Ramadan Putra Amaris kerana ingin berkongsi rezeki.
“Kami sudah buat infaq ini sejak beberapa bulan lalu. Alasannya sebab nak berkongsi rezeki dengan semua orang. Sebelum ini kami memberi fokus kepada badan kebajikan, jadi bulan Ramadan ini nak menyasarkan untuk mencapai 1500 pek makanan sehari untuk diedarkan selama 26 hari termasuk dalam program ini.
“Jadi, kita mengharapkan pengedaran yang dibuat dalam program ini mampu bekongsi rezeki. Kita harapkan bahawa, sumbangan yang dapat daripada orang ramai, syarikat swasta dan orang perseorangan akan disalurkan dengan cara edarkan makanan kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengasas bersama Chef Tako, Muhammad Misyael Abd Rama pula berkata, pembabitan mereka pada program itu adalah saham akhirat bersama hampir 700 usahawan mereka.
“Terima kasih kepada Putra Amaris kerana jemput kami dalam program Infaq Ramadan ini. Pembabitan kami lebih kepada nak bantu memperbanyakkan lagi sumbangan. Kami adalah syarikat usahawan dan membimbing usahawan lain, jadi kami ingin menjadi penyalur kepada mereka.
“Hasil jualan mereka kami akan ambil sedikit untuk disumbangkan dalam program ini. Pendek kata ia menjadi saham akhirat untuk dikongsi. Hampir 700 usahawan kami terbabit dalam program ini di semua lakasi. Bukan saja makanan, tapi juga wang ringgit dan barang keperluan,” katanya.
Bagi yang ingin membuat infaq sepanjang Ramadan ini boleh salurkan sumbangan anda ke akaun SAMA SAMA KENYANG (562405646664 – Maybank).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas agak lama tidak tampil dengan karya solo baharu, penyanyi dan penulis lagu, ALVN, kembali mewarnai industri muzik tempatan menerusi single terbaharunya berjudul Syarat...