Pelakon, Nadzmi Adhwa mengakui berasa amat teruja kerana berjaya membuat kejutan bersempena hari lahir isterinya, Ardell Aryana yang ke-30 tahun meskipun disambut 10 hari lebih awal.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nadzmi dilihat telah menghadiahkan isterinya itu sebuah kereta baru jenis Toyota Alphard berwarna hitam.

Jelas Nadzmi, hadiah tersebut diberikan bagi menggantikan Toyota Alphard kepunyaan mereka sebelum ini yang telah pun digunakan sebagai pengangkutan bagi misi bantuan dan urusan perniagaan.

“Dia Tak Pernah Sekalipun Mintak Apa-Apa…,” – Buat Kejutan 10 Hari Awal, Nadzmi Adhwa  Ikhlas Hati Hadiahkan Ardell Aryana Toyota Alphard Baru “Dia Tak Pernah Sekalipun Mintak Apa-Apa…,” – Buat Kejutan 10 Hari Awal, Nadzmi Adhwa  Ikhlas Hati Hadiahkan Ardell Aryana Toyota Alphard Baru

“Dia tak pernah sekalipun mintak apa apa dari saya selama ini. Susah senang saya dia selalu ada dengan saya.

“TERIMA KASIH kerana menjadi ibu pada anak saya dan TERIMA KASIH sebab menjadi isteri saya, pembakar semangat saya, pengingat saya, kekuatan saya, dan orang yang paling bersabar dengan sikap saya. Forever Loving You,” tulisnya.

IKLAN

Dikesempatan itu juga, pelakon filem, Busut Bonang ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Ardell kerana telah menjadi isteri serta ibu yang baik kepada anaknya.

Katanya lagi, dia sengaja mengadakan kejutan tersebut lebih awal supaya perancangannya itu tidak dapat dihidu oleh Ardell.

“Dia Tak Pernah Sekalipun Mintak Apa-Apa…,” – Buat Kejutan 10 Hari Awal, Nadzmi Adhwa  Ikhlas Hati Hadiahkan Ardell Aryana Toyota Alphard Baru “Dia Tak Pernah Sekalipun Mintak Apa-Apa…,” – Buat Kejutan 10 Hari Awal, Nadzmi Adhwa  Ikhlas Hati Hadiahkan Ardell Aryana Toyota Alphard Baru “Dia Tak Pernah Sekalipun Mintak Apa-Apa…,” – Buat Kejutan 10 Hari Awal, Nadzmi Adhwa  Ikhlas Hati Hadiahkan Ardell Aryana Toyota Alphard Baru

IKLAN

“Sorry celebrate birthday awak awal gila sebab selalunya mesti kantoi kalau saya buat waktu birthday awak 13 April ini.

“Kali pertama saya tak kantoi so kira saya dah setapak kedepan lebih matang

Kisah semalam jam 10:47 malam,” katanya lagi.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan semoga keluarga ini akan terus sukses dan  sentiasa dimurahkan rezeki.

“Dia Tak Pernah Sekalipun Mintak Apa-Apa…,” – Buat Kejutan 10 Hari Awal, Nadzmi Adhwa  Ikhlas Hati Hadiahkan Ardell Aryana Toyota Alphard Baru “Dia Tak Pernah Sekalipun Mintak Apa-Apa…,” – Buat Kejutan 10 Hari Awal, Nadzmi Adhwa  Ikhlas Hati Hadiahkan Ardell Aryana Toyota Alphard Baru

Terdahulu, Nadzmi dan Ardell telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 September 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Arwa Malaikha Urwa.

Foto: Instagram Nadzmi Adhwa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI