Pelakon Janna Nick mendedahkan dia telah disahkan positif Covid-19 selepas mengalami gejala seperti demam dan sakit tekak, semalam.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Insta Stories Instagram, pelakon Bawa Aku Ke Syurga ini mengakui dia akhirnya kecundang (positif Covid-19) selepas lebih dua tahun fasa pandemik melanda negara.

“Saya positif setelah lebih dua tahun bertarung (mengelak dari dijangkiti) dengan Covid-19. Walaupun sebenarnya kerja saya tak logik untuk saya tidak dijangkiti virus ini, tapi akhirnya kecundang jua.

“Semalam keadaan kesihatan saya masih okey. Namun, lewat malam saya mulai rasa demam, sejuk rasa. Lepas tu hidung mulai tersumbat.

IKLAN

“Doakan semoga saya cepat sembuh. Saya minta maaf kepada mana-mana yang ada berjumpa dengan saya,” katanya.

Terdahulu, dia disahkan positif virus berkenaan selepas melakukan ujian saringan RT-PCR (PCR) meski sebelum itu sudah melakukan ujian RTK Antigen (RTK-Ag) dan keputusannya negatif.

IKLAN

Tambahnya lagi, dia bukan sengaja mahu mencipta kandungan di media sosialnya, sebaliknya dia lebih mengetahui keadaan badannya yang kurang sihat.

“Semalam ramai yang hantar mesej peribadi mengatakan kalau keputusan sudah negatif tak payahlah ‘kalut’ nak positif Covid-19.

IKLAN

“Sebenarnya saya bukan saja-saja nak cipta kandungan atau terhegeh-hegeh nak buat ujian RTK-Ag dan PCR untuk mengatakan saya positif. Sebab kita pasti lebih tahu soal badan kita, misalnya rasa tak sihat atau pelik.

“Lagipun saya bukannya jenis yang mudah jatuh sakit, jadi saya boleh agak (postifi Covid-19) itu sebab saya pergi buat ujian PCR semalam,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI