Umum mengetahui bahawa Aurelie Hermansyah kini sedang sarat mengandung anak sulungnya hasil hubungan dengan suami, Atta Halilintar. Wanita berusia 24 tahun ini merupakan anak sulung Anang Hermansyah dan Krisdayanti.

Biarpun kedua ibu bapanya sudah bercerai, namun dia hidup bahagia dalam dua buah keluarga yang saling damai dan menghargai di antara satu sama lain. Ibunya, Krisdayanti sudah berkahwin dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos dan dikurniakan dua orang cahaya mata manakala bapanya pula berkahwin dengan penyanyi, Ashanty, juga dikurniakan dua cahaya mata.

“Granda & Grami, Sayang Kamu Berdua,” – Sambut Baby Shower Aurelie, Krisdayanti Dan Ashanty Damai Di Samping Anak Tersayang

Paling membahagiakan dia cukup rapat dengan ibu tirinya dan sudah menganggapnya seperti ibu sendiri. Ini terbukti menerusi sambutan baby shower yang diadakan khusus sempena dirinya yang bakal melahirkan tidak lama lagi.

Menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, dalam gambar yang dimuat naik itu kelihatan Aurelie memeluk erat kedua-dua ibunya dengan senyuman yang cukup lebar.

BACA JUGA: “Ya Allah, Jadikanlah Bayi Dalam Kandungannya Orang Yang Baik,” – Bakal Timang Cucu, Krisdayanti Sambut Acara Mitoni Anak Sulungnya

“Granda & Grami, Sayang Kamu Berdua,” – Sambut Baby Shower Aurelie, Krisdayanti Dan Ashanty Damai Di Samping Anak Tersayang

“Granda dan Grami, yang cantik-cantik. Sayang kamu berdua,” ucapnya sekaligus memberikan gambaran bahawa anak yang bakal dilahirkan akan memanggil nenek-neneknya dengan panggilan granda dan grami.

IKLAN

Dalam ruangan komen, ibu kandungnya, Krisdayanti membalas, “Cinta tanpa syarat! You go mama.” Manakala ibu tirinya, Ashanty dalam satu hantaran lain menitipkan pesan buat Aurelie, “Baby shower kesayanganku, Aurelie Hermansyah. Semoga lancar sampai bersalin ya kakak. Stay happy my love.”

“Granda & Grami, Sayang Kamu Berdua,” – Sambut Baby Shower Aurelie, Krisdayanti Dan Ashanty Damai Di Samping Anak Tersayang

BACA JUGA: “Terima Kasih Atas Hujan Berkat Dari-Mu,” – Bakal Jadi Nenek Pada Usia 46 Tahun. Krisdayanti Gembira Terima Khabar Anak Sulungnya Mengandung Lagi

Majlis yang diadakan untuk keluarga dan sahabat terdekat itu diberi tema rona merah jambu dan setiap tetamu yang hadir tampil anggun dalam pilihan busana rona tersebut. Antara selebriti popular yang dilihat turut memeriahkan acara tersebut ialah Lesty Kejora, Shireen Sungkar dan Titi Kamal.

“Granda & Grami, Sayang Kamu Berdua,” – Sambut Baby Shower Aurelie, Krisdayanti Dan Ashanty Damai Di Samping Anak Tersayang

IKLAN

Mengimbau kembali, Aurelie Hermansyah dan Atta Halilintar mengikat tali pernikahan pada 3 April 2021 dan pada 13 Mei tahun yang sama, Aurelie yang baharu diketahui mengandung mengalami keguguran yang teruk sehinggakan dia perlu terlantar di atas katil. Namun atas berkat rezeki dia mengandung sekali lagi.

Semoga Aurelie selamat melahirkan cucu sulung dalam keluarga besar diva Indonesia ini.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aurelie Hermansyah, Krisdayanti, Ashanti

IKLAN

 

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI