Pengacara dan pelakon, Che Puan Sarimah mendedahkan beberapa minggu lalu merupakan satu fasa yang amat sukar buat dirinya dan juga keluarga.

Menurut Sarimah, dia sekeluarga telah menerima rawatan di hospital selepas mengalami gejala muntah yang agak teruk.

“Sorang Je Tak Kena, Yang Lari Tu,” – Pembantu Rumah Lari & Satu Keluarga Alami Keracunan Makanan, Ini Nasihat ‘Deep’ Sarimah Ibrahim

Pada masa sama, pembantu rumahnya turut dikatakan telah lari menghilangkan diri selepas insiden berkenaan.

Sarimah turut memberitahu, pihak doktor mengesahkan dia dan seluruh ahli keluarganya telah mengalami keracunan makanan.

“I tak post for one week. Was a challenging one, so here we go. KES Maid je sorang tak kena ‘virus’ muntah-muntah kat rumah.

IKLAN

“Hari tu jugak lari pakai selipar jepun je. Sketchers kita beli ditinggalkan. Sia-sia je buang duit amik dan jaga ko tau. So, this last week pretty much summed up:

“From being rushed ER with severe vomiting to the shock of having a runaway maid at 5 am to us being in recovery to me trying to build back strength to being ok again.

“Alhamdulillah. Daddy was sick too and now is better. Syukur,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Gerak Khas The Movie 3 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Sorang Je Tak Kena, Yang Lari Tu,” – Pembantu Rumah Lari & Satu Keluarga Alami Keracunan Makanan, Ini Nasihat ‘Deep’ Sarimah Ibrahim “Sorang Je Tak Kena, Yang Lari Tu,” – Pembantu Rumah Lari & Satu Keluarga Alami Keracunan Makanan, Ini Nasihat ‘Deep’ Sarimah Ibrahim

IKLAN

Dalam pada itu, Sarimah turut memberitahu, dia sendiri tidak menyangka pembantu rumahnya itu akan berbuat sedemikian meskipun setelah dilayan dengan baik selama ini.

“Did the tests, not covid. Doctor said it was a stomach flu but only one person in the house did not catch it. The one that ran away.

“A few days before kan, she was so happy and sooo smiley with us. We sang her happy birthday, gave present and all. Solat…salawat bersama sama. Bukan main baik dan Solehahhhhh bagaiii,” kongsinya lagi.

“Sorang Je Tak Kena, Yang Lari Tu,” – Pembantu Rumah Lari & Satu Keluarga Alami Keracunan Makanan, Ini Nasihat ‘Deep’ Sarimah Ibrahim

IKLAN

Sementara itu, ibu kepada seorang cahaya mata itu menasihati semua pihak untuk tidak mudah percaya kepada orang lain termasuklah pembantu rumah sendiri.

“Hmmm..Wallahualam, husnuzon tapi Where is THE PROTECTION FOR US EMPLOYERS? There needs to be a change in these agency agreements.

“Never take your health for granted..and never trust anyone outside your family 100% ever. And never buy your helper Sketchers. I wont ever again,” akhirinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa simpati selain turut memberikan kata-kata semangat buat Sarimah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram CP Sarimah Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI