Susulan tular foto sedang duduk di atas pelamin bersama seorang wanita, teka-teki mengenai status terkini pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad akhirnya terjawab.

Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, foto viral tersebut sebenarnya merupakan antara salah satu babak di dalam iklan bagi mempromosikan sebuah produk makanan tambahan.

Turut kelihatan ada bersama di dalam video berkenaan adalah anaknya, Jebat Jayden.

Telatah anak beranak tersebut nyata mencuit hati banyak pihak.

Setakat ini video yang dikongsikan itu telah pun meraih hampir 600,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.

“Buat Hal La Mamu, Menangis Gadis…,”- Spekulasi Gambar Sharnaaz Ahmad Di Atas Pelamin Terjawab, Netizen Lega “Buat Hal La Mamu, Menangis Gadis…,”- Spekulasi Gambar Sharnaaz Ahmad Di Atas Pelamin Terjawab, Netizen Lega

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti terhibur melihat video tersebut malah ada juga meluahkan rasa lega selepas mengetahui foto viral tersebut hanya iklan semata.

IKLAN

“Kena game la.

“Hampir buat marka teriak.

“Gila-gila la mamu. Semua kena scam.

“Buat hal la mamu. Menangis gadis-gadis Malaya tengok ni.

IKLAN

“Mamu ni saja nak prank kami. Geram tahu. Apapun, tahniah Mamu. Semoga dipermudahkan semuanya,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Buat Hal La Mamu, Menangis Gadis…,”- Spekulasi Gambar Sharnaaz Ahmad Di Atas Pelamin Terjawab, Netizen Lega “Buat Hal La Mamu, Menangis Gadis…,”- Spekulasi Gambar Sharnaaz Ahmad Di Atas Pelamin Terjawab, Netizen Lega

Beberapa hari lalu, Shanaaz mengejutkan ramai pihak selepas secara tiba-tiba memuat naik sebuah foto di Instagram yang memaparkan dirinya dan Jebat bersama seorang gadis di atas pelamin.

Bagaimanapun, foto tersebut difahamkan telah dipadam semula tidak lama selepas itu.

IKLAN

Baru-baru ini pula, Sharnaaz dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon baharu, Amelia Christie.

Kedua-dua mereka dilihat berpegangan tangan ketika hadir ke majlis tayangan perdana filem Polis Evo 3.

Sekadar informasi, Sharnaaz telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada 31 Mac 2017, tetapi bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jaydan yang kini berusia empat tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI