Penyanyi, Wany Hasrita mendedahkan dirinya sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal apabila terpaksa berjauhan dengan suami ketika sedang hamil.
Wany yang kini sedang hamil lapan bulan memaklumkan dia sentiasa ditemani ibunya ketika suaminya harus keluar bekerja.
“Nasib baik ada ibu yang menemani saya. Saya memang sudah diterapkan yang hal ini memang tidak akan mudah atau terlalu susah. Segalanya bergantung kepada mentaliti dan penerimaaan diri sendiri.
“Bila keadaan itu susah, saya akan cuba juga untuk senangkan. Pada akhirnya nanti, kita pujuklah hati sendiri.
“Jika ada perkara yang buat kita sedih, mahu atau tidak, kita kena laluinya juga tak kira senang atau susah,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu orang-orang disekelilingnya terlalu risau mengenai keadaan dirinya.
Ads
“Saya akui memang ada kalanya saya terpaksa melalui mood yang tidak menentu. Lebih-lebih lagi bagi perempuan yang mengandung.
“Saya cuba untuk sentiasa berada dalam keadaan yang baik agar tidak menyusahkan suami yang jauh di sana. Ibu kita yang ada di sini pun akan risau kalau kita tak okay.
“Alhamdulillah, saya okay sahaja. Emosi itu tidaklah teruk sangat,” ujarnya lagi.
Penyanyi lagu Cinta Khayalan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka penyanyi, Nabila Razali di Eco Templer Rawang pada Ahad.
Ads
Dalam pada itu, Nabila turut mendedahkan dirinya tidak mengalami sebarang alahan yang teruk sepanjang proses kehamilan ini.
“Saya tidak alami alahan yang teruk. Sewaktu trimester pertama, saya ada alahan terhadap sesetengah ubat.
“Saya juga secara tiba-tiba tak boleh makan makanan berkuah seperi sup dan masak lemak. Padahal, semua itu makanan kesukaan saya. Tapi sekarang okay dah,” kongsinya lagi.
Ads
Ditanya adakah dirinya bakal mendedahkan wajah cahaya mata sejurus selepas bersalin, ini reaksi yang dibeirkan Wany;
“Kami belum merancang mengenai hal tersebut. Mungkin bila bayi baru lahir nanti, kami tidak akan terlalu terbuka sehingga kami adakan majlis aqiqah,” akhirinya.
Terdahulu, Wany turut memaklumkan dirinya bakal bersalin pada pertengahan bulan Julai.
Sekadar informasi, Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 31, yang bertugas sebagai juruterbang di Kuching, telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Instafamous, Beby Tora Tora mengakui terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang gemar menyentuh mengenai aspek fizikalnya.
Tambah menyedihkan, banyak diantara komen-komen tersebut dikatakan keluar daripada mulut seorang wanita.
“Okay aku tahulah aku ni tak cantik, tak comel tak elok macam hampa. Muka pun pakai filter.
“Tapi hampa kena ingat aku pun ada hati dan perasaan tau.
“Kadang-kadang mulut tu kita kena jaga tambah-tambah kita ni perempuan.
“Sekurang-kurangnya sesiapa yang duduk disekeliling aku, yang kenal aku mereka bahagia dengan aku,” jelasnya.
Rasa sedih tersebut dikongsikan oleh Beby Tora Tora atau nama sebenarnya Nor Atierah Zulfatie menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Beby Tora Tora yang mengalir air mata memberi tahu, tidak salah untuk seseorang itu menegur tetapi janganlah sampai menghina.
“Daripada hampa yang suka menyakitkan perasaan orang lain tambah-tambah hampa tu perempuan dan suka menyakiti perempuan lain, hampa memang tiada perasaan.
“Kalau hampa nak tegur, tak payah gunakan perkataan yang menghina fizikal orang. Hampa memang tak baik dan tak bagus.
“Aku doakan orang-orang yang suka mengata aku ni, bahagia sampai bila-bila,” katanya lagi.
Menambah di ruangan kapsyen, Beby Tora Tora menjelaskan sosial media merupakan platform untuknya mencari rezeki dan bila sudah tiba masanya nanti dia juga akan berhenti.
“Semoga Allah terus beri kekuatan untuk mencari rezeki halal. Saya mohon kepada perempuan di luar sana, jaga la mulut anda baik-baik.
“Jangan sakitkan hati orang lain kerana mulut badan binasa. Biarlah saya gunakan platform ni untuk mncri rezeki.
“Sampai satu masa, saya pun akan stop buat video,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen para selebriti menitipkan ucapan positif selain turut meminta Beby Tora Tora supaya tidak mempedulikan komen-komen negatif itu.
Sumber: Instagram Beby Tora Tora
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Persembahan penyanyi Aina Abdul menerusi segmen ‘tribute’ kepada rakan artis, Allahyarhamah Siti Sarah menerusi lagu Ke Hujung Dunia menjentik jiwa ramai.
Nyanyian penuh emosi dan tersendiri yang dibawa artis berkenaan di malam Anugerah MeleTop Era 2021 (AME2021) pada Ahad.
Aina turut berkongsi beberapa hantaran mengenainya di Instagram.
Shuib kini memikul tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anak selepas Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah, Aina Abdul mengakui pernah menjalin hubungan cinta dengan lelaki berdarah kacukan Malaysia-Filipina, namun hubungan tersebut terhenti di tengah jalan selepas masing-masing membawa haluan.
Pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani berkata, sejak putus cinta dengan jejaka berkenaan, dia belum terfikir untuk mencari pengganti sehingga hari ini.
“Lepas putus, kami tak berhubung dan masing-masing bawa haluan. Saya akan cuba untuk ingat memori lama, mahu rasa kesedihan itu, jadi saya tengok Instagram dan Facebook dia.
“Dia kini dengan siapa dan jika ada gambar bersama wanita lain dengan gaya mesra, mungkin dia sudah temui penggnati saya,” kata Aina kepada MH.
Aina akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 pada Ahad ini mempertaruhkan lagu Sumpah hasil ciptaannya sendiri.
Terdahulu, Aina ditemui di majlis pelancaran kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep di IOI Mall, Putrajaya pada Jumaat.
Bertemakan Realisasikan Impian Anda, kempen tersebut bakal memilih 12 pemenang bertuah untuk ke 12 destinasi pelancongan menarik selama tiga hari, dua malam di Bali, Hanoi, Jeju, Istanbul, Sydney, Beijing, Tokyo, Perth , Maldives, Jeddah, Almaty dan Borocay.
Pertandingan tersebut akan berlangsung setiap bulan untuk 12 bulan berturut-turut.
Kematian pelakon Michelle Trachtenberg, yang terkenal dengan peranannya dalam siri popular Gossip Girl, telah mengejutkan dunia hiburan. Pelakon tersebut ditemukan meninggal dunia di apartmennya...