Selepas video masakannya mendapat respon daripada chef terkemuka dunia, Gordon Ramsey, usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming sekali lagi menarik perhatian ramai selepas dia membawa kesemua pekerja syarikatnya bercuti di Pulau Langkawi, Kedah

Menurut Khairul Aming, dia telah pun menempah hotel mewah serta beberapa aktiviti menarik sepanjang berada di Langkawi sebagai ganjaran buat para pekerjanya itu.

“Minggu ni kita tutup kilang Sambal Nyet selama lima hari untuk bawa kesemua 60 staff bercuti di Langkawi.

“Kita sediakan hotel lima bintang, jetski, explore cave, snorkelling, private yacht untuk tgk sunset dan duit belanja untuk diaorang shopping. Alhamdulillah semua staff happy,” tulisnya.

Video percutian Khairul Aming bersama para pekerjanya itu turut dikongsikan di seluruh platform media sosial.

“Company Gah Pun Tak Appreciate Macam Ni,” – Bawa Staff Bercuti & Naik Kapal Mewah, Netizen Kagumi Khairul Aming “Company Gah Pun Tak Appreciate Macam Ni,” – Bawa Staff Bercuti & Naik Kapal Mewah, Netizen Kagumi Khairul Aming

IKLAN

Paling mencuri perhatian apabila usahawan asal Kelantan itu turut membawa para pekerjanya untuk menikmati pemandangan Pulau Langkawi ketika senja dengan menaiki kapal mewah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Khairul Aming akan sentiasa dimurahkan rezeki dan terus sukses selepas ini.

Malah, video berkenaan turut membuka minat banyak pihak untuk mendapatkan peluang pekerjaan bersama Khairul Aming.

“Lagi banyak majikan itu memberi, lagi banyak majikan itu akan untung. Win-win situation berkongsi rezeki.

IKLAN

“Kalau ada kerja kosong, roger please. Tukang rasa sambal pun okay, saya boleh tahan pedas.

“Semoga dilimpahi rezeki yang luas. Boss yang patut dicontohi oleh boss lain.

“Rezeki Khairul Aming dapat staff yang baik. Rezeki staff dapat boss yg terbaik

IKLAN

“Mungkin dah tiba masanya aku guna sijil degree aku untuk apply kerja dengan sambalnyet. Company gah kat Malaysia pun takde appreciate staff sampai macam ni,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Company Gah Pun Tak Appreciate Macam Ni,” – Bawa Staff Bercuti & Naik Kapal Mewah, Netizen Kagumi Khairul Aming

Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Khairul Aming itu telah pun meraih hampir dua juta tontonan di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Khairul Aming

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI