Mengambil keberkatan, bekas penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni meluahkan rasa syukur apabila majlis tahnik anak ketiganya, Charissa Azzahra berjalan lancar seperti yang direncanakan.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Haziq mengharapkan puterinya itu akan membesar menjadi anak yang solehah.
“Botak sudah princess! Terus muka nampak gangster.
Ads
“Alhamdulillah selesai tahnik, cukur jambul, doa selamat untuk Charissa Azzahra. Semoga awak membesar jadi anak solehah!,” tulis Haziq.
Seperti kebanyakan selebriti lain, Haziq turut sama membuka akaun Instagram untuk anak ketiganya yang kini sudah mengumpul lebih 400 pengikut.
Ads
Sekadar informasi, Haziq, 32, mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri pada 15 Julai 2016.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Heidy Nufael, Chayra Aulia dan Charissa Azzhara yang dilahirkan pada 25 Mei lalu.
Filem adiwira yang diinspirasi daripada kisah legenda Indonesia, Satria Dewa: Gatotkaca bakal memasuki pawagam tempatan Julai ini selepas tayangan perdana di negara republik itu Khamis lalu.
Pengarah Urusan Horizon FIlm Entertainment, Mohd Shahir Sulaiman berkata, filem yang diangkat daripada siri kisah Gatotkaca ini merupakan karya segar dan berbeza terutama dari segi jalan cerita serta lakon layarnya.
“Filem ini menerima sambutan luar biasa di Indonesia dan saya yakin, peminat filem tempatan terutama mereka yang gemarkan filem adiwira serta aksi pasti tidak sabar menonton Satria Dewa Gatotkaca.
“Malah barisan pelakon yang ada antaranya Rizky Nazar dan pelakon Indonesia bertaraf Hollywood, Yayan Ruhian menjadikan naskhah Satria Dewa: Gatotkaca ditunggu-tunggu oleh semua.
“Kita rumpun yang sama. Berkongsi akar budaya, adat dan warisan. Kerana itu, cita rasa juga tidak jauh beza,” katanya.
Satria Dewa: Gatotkaca yang diterbitkan Satria Dewa Studio berkisarkan Yuda lakonan Rizky mencari pembunuh bersiri yang telah mengambil nyawa ibunya sendiri, Arimbi (lakonan Sigi Wimala) dengan bantuan rakan-rakannya.
Dalam pencarian tersebut, Yuda mula sedar dirinya mempunyai kuasa luar biasa dan menggunakan kelebihan itu untuk melindungi orang-orang yang tersayang serta mencari dalang pembunuhan bersiri itu.
Tidak hanya di Malaysia, Satria Dewa Gatotkaca juga bakal ditayangkan di Amerika Utara apabila Well Go USA bertanggungjawab mengedarkan filem tersebut di situ.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Doris Pfardrescher meluahkan rasa teruja dan gembira dengan kerjasama yang dijalinkan bagi memasarkan filem adiwira itu.
Sementara itu, Naib Presiden (Operasi) Satria Dewa Studio, Mochtar Sarman juga menyambut baik usaha dua syarikat pengedaran tersebut untuk menayangkan Satria Dewa: Gatotkaca.
“Mendapatkan apresiasi dari negara-negara luar sungguh luar biasa. Semoga melalui filem ini, adiwira Indonesia juga boleh ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali dilihat telah memuat naik beberapa siri luahan hati menerusi laman Instagram Story.
Dalam luahan tersebut, Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 33, berkata tahap kesabarannya sudah semakin menipis sehingga membuatkannya meletup.
“Sabar itu ada tahapnya, jangan bagi sampai tahap kesabaran tu hilang!!!!
“Aku hormat sebelum ni sebab kau tu mak kepada anak aku dan kita pernah bersama.
“Aku tak nak buka mulut sebab aku nak jaga aib kau… kau dah makin lama makin melampau.
“Sabar ada tahapnya, aku rasa makin lama makin nipis (tahap kesabaran) ni,” tulis Fizi.
Fizi turut mendakwa individu yang tidak disebut namanya itu mahu mencari fasal lagi dengannya..
“Hidup aku dah jahanam sekarang aku hilang semua benda… semua sebab kau!!!
“Kau tak sedar lagi ke hah????? Sekarang kau saja nak cari pasal lagi dengan aku,” luahnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fizi Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Fenomena filem epik, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan turut dirasai semua termasuk golongan selebriti yang sama-sama menyokong filem tempatan yang kini sukses mengutip jutaan ringgit meski baru beberapa hati ditayangkan di pawagam.
Pelakon Fauzi Nawawi misalnya turut berkongsikan pengalaman sewaktu ini menonton filem hebat arahan Syamsul Yusof itu.
Menurut Fauzi, dia sebelum ini tidak berjaya mendapatkan tiket kerana sudah penuh namun akhirnya berpeluang menonton filem berkenaan pada hari biasa.
“Dah beberapa hari ni panggung penuh je sampai takde ruang nk tengok #matkilau. Memang berbisa betul pukulan @syamsulyusoffilm ni ,fenomena filem epik di zaman milenium.
“Guys korang Kalau nak tengok filem ni hujung minggu kena booked tiket dari sekarang, Saya terpaksa datang tonton time orang sibuk bekerja dan belajar. Tahniah big bro @syamsulyusoffilm.
“Tak senang tidur saya dibuatnya tiket asyik habis je,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Suami kepada aktres Lisdawati ini menonton filem tersebut bersama anak-anak.
“Selepas beberapa hari nak tengok Mat Kilau tiket tak ada semua penuh, full house. Jadi saya buat keputusan untuk tonton Mat Kilau waktu tengahari orang tengah sibuk berkerja. Akhirnya saya dapat tiket, tengok dengan anak-anak saya,” katanya menerusi video yang dikongsikan.
Dalam perkembangan lain, GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat tayangan, semalam.
Filem itu sekali gus mengatasi kutipan filem Jurassic World dan Top Gun Maverick yang turut ditayangkan di Malaysia ketika ini.
Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menerusi Harian Metro menyifatkan kutipan yang dicapai setakat ini adalah luar biasa.
“Melihat kepada senario untuk filem Mat Kilau, kebanyakan ulasan daripada masyarakat yang belum dan sudah menonton mereka memberikan komen dan maklum balas yang sangat positif.
“Saya sangat bersyukur sebagai penulis filem ini juga kerana mereka menerima baik naskhah epik yang mengangkat tokoh Melayu kita iaitu Allahyarham Mat Kilau.
“Jadi ini satu usaha bersama bukan saja saya sebagai pengarah, pelakon, pasukan dan penerbit, tapi juga disokong kuat oleh penonton Malaysia sendiri. Jadi kita sama-sama harus berbangga dengan kejayaan ini dengan kutipan pada saya luar biasa.
“Jadi kalau mengikut komen dan buah mulut orang, insya-Allah kutipan filem ini akan terus bertambah,” katanya.
Filem terbitan Studio Kembara itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhan, Johan As’ari dan ramai lagi.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.