“Saya akui sedikit gemuruh bila memikirkan tentang pembedahan ini.
Ads
“Saya mohon maaf sekiranya pernah mengguris hati sesiapa. Doakan yang terbaik untuk saya.
“(Selepas pembedahan) saya merancang untuk mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya untuk cepat sembuh. Maaf kalau tak balas ya,” tulisnya.
Ads
Meninjau ruangan komen, ramai rakan artis seperti Daiyan Trisha, Mira Filzah, Sherry Ibrahim, Hairul Azreen dan Fify Azmi mendoakan agar pelakon itu cepat sembuh.
Sementara itu, percubaan MH untuk menghubungi pembantu peribadi Ben tidak berjaya apabila panggilan dan kiriman pesanan masih belum mendapat sebarang respon.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ben Amir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan pelakon, Harris Annuar dan isterinya, Asha Merican yang selamat bergelar suami isteri pada Sabtu akui memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai hubungan yang terjalin sebelum ini.
Menurut Harris, adalah lebih baik untuk bersederhana selagi ikatan sah belum terpatri.
“Tidak dinafikan sepanjang empat tahun ada ‘turun dan naik’ dalam bercinta. Syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
“Jujurnya sebelum ini kalau keluar ‘dating’ saya akan pakai topi selain tidak terlalu mendedahkan mengenai perhubungan ini.
“Kalau kongsikan pun, hanya kepada rakan rapat sahaja. Sebab kita pun tak tahu perhubungan akan menjadi atau sebaliknya. Kita hanya merancang, tapi Dia yang menentukan. Rasanya lebih baik untuk diam terlebih dulu.
“Tak mahu nanti andai ia tidak menjadi, jadi isu lain pula. Syukur dalam tempoh itu hubungan ini akhirnya ke gerbang perkahwinan,” katanya sejurus majlis respesi yang berlangsung di Magica Hall StarAvenue Subang, malam tadi.
Terdahulu Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar dan Asha selamat diijab kabul kira-kira pukul 4 petang Sabtu dengan mas kahwin sebanyak RM1,000.
“Bagi saya, Harris lelaki yang baik. Sukar untuk bertemu dengan lelaki seperti Harris. Jujurnya dalam tiga atau empat kali juga dia nyatakan hasrat untuk berkahwin.
“Kali terakhir ketika dia bertemu ahli keluarga saya di kampung. Saya tengok pada caranya dan dia sudah ketika itu dia betul-betul bersedia. Seterusnya saya terbuka hati,” kata Asha.
Sementara itu, baik Harris dan Asha, masing-masing akui selesa dengan gelaran anak emak meski memasuki fasa baharu hidup berumah tangga.
“Saya tahu Harris memang anak mak, begitu juga dengan saya. Kami sama-sama anak mak dan manja. Ibu Harris memang sayangkan anaknya pada masa sama juga dia sayangkan saya,” kata Asha.
Harris pula akui kehadiran Asha melengkapi hidupnya memandangkan wanita itu digambarkan sebagai seorang periang.
Ditanya soal bulan madu, Harris yang juga peserta Hero Remaja 2017/18 menambah, mereka akan menyelesaikan tugasan masing-masing terlebih dulu sebelum meluangkan masa indah bersama.
“Saya akan terlibat dengan sebagai pengacara sebuah rancangan di Astro Oasis manakala Asha bakal menjalani penggambaran drama lainnya.
“Selesai tugas kami akan rancang untuk mengerjakan umrah pada bulan Ogos sebelum sambung bercuti ke Switzerland, InsyaAllah,” kata Harris.
Pasangan sama cantik sama padan ini juga tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki zuriat.
“Kami serahkan kepada rezeki Allah. Kalau boleh saya mahukan anak yang ramai dan sudah bersedia,” katanya lagi.
Sekadar info, Harris ialah anak kepada usahawan terkenal, Zaiton Hassan atau Kak Ton, sementara Asha pula Asha pernah membintangi barisan tele-filem, antaranya Rindu Yang Terlarang di Astro Ria.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menepati frasa ‘beauty with brain’, pencapaian akademik penyanyi dan pelakon Dr Soo Wincci begitu membanggakan ramai.
Bagaimanapun, Wincci menerusi satu sesi langsung bersama Institut Perbankan Islam dan Kewangan Malaysia (IBFIM), baru-baru ini menegaskan bahawa mempunyai pendidikan tinggi saja tidak mencukupi sekiranya tidak dapat melakukan tugasan kerja dengan baik.
“Jangan fikir ia (pendidikan) hanya untuk kebanggaan semata-mata. Jika anda pelajar kelas pertama sekali pun tapi tidak tahu bagaimana untuk berikan khidmat terbaik, maka itu tidak berguna.
“Sebab itu saya selalu sebut pada diri untuk dapatkan apa saja ilmu tapi bukan untuk menunjuk-nunjuk. Orang yang hebat itu bukan saja ada pendidikan tinggi, tapi dia juga boleh bekerja untuk perkara itu dan mempunyai pelbagai kelebihan lain,” katanya.
Memiliki pelbagai kelulusan memudahkan dirinya berhijrah ke luar negara untuk memberikan khidmat berkaitan, namun selebriti cantik berusia 37 tahun ini lebih senang untuk terus menabur bakti di Malaysia.
“Ada yang bertanya kepada saya kenapa balik semula ke Malaysia selepas sudah pergi jauh (belajar di luar negara). Saya jawab, ini adalah tujuan saya untuk kekal di sini dan tak ada sebab untuk menunjuk-nunjuk.
“Jika tidak ada sesiapa yang mahu kembali berkhidmat kepada negara, maka siapa yang akan pertahankan negara kita. Saya belajar dengan bersungguh-sungguh bukan hanya untuk dapatkan ganjaran wang semata-mata,” katanya.
Wincci kini berkhidmat sebagai pensyarah muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Miss World Malaysia 2008 itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Reading, United Kingdom, tiga sarjana, iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan (University of Sunshine Coast, Australia); Sarjana Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi (Berklee Valencia, Sepanyol) dan Sarjana Fellowship Live Music Production (Berklee Valencia, Sepanyol).
Anak kelahiran Selangor itu juga berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia, sekali gus melakar kejayaan tersendiri apabila memperoleh lima ijazah berkenaan dalam tempoh 15 tahun.
Lebih membanggakan, Wincci mencipta rekod Malaysia apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Dr Soo Wincci
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti cantik Indonesia, Celine Evangelista mendedahkan yang dia pernah menolak tawaran seorang lelaki kaya yang mahu menjadikannya sebagai isteri dan hidup bermadu.
Menariknya, seiring dengan suntingan itu dia turut ditawarkan wang sara hidup bernilai Rp 2 miliar sebulan bersamaan lebih kurang RM600 ribu.
Kisah ini diceritakan sendiri oleh pelakon berusia 30 tahun ini dalam satu temubual bersama pengacara saluran YouTube Dapur Bincang Online. Tambahnya lagi, dia diminta untuk meninggalkan dunia seni yang sudah diceburinya sekian lama.
Selain wang tunai, segala keperluan lain turut akan diberikan.
“Saya ditawarkan untuk berkawin dan menjadi isteri kesekian-sekian, kan kalau dalam agama Islam tidak mengapa. Tetapi saya tidak boleh bekerja lagi. Setiap bulan saya akan diberi Rp 2 Miliar untuk kegunaan di luar keperluan saya termasuklah kenderaan,” kongsinya mengenai perkara ini.
Menyifatkan wang bukanlah segala-galanya, dia yang popular sebagai pelakon sinetron menyatakan dalam sesebuah perhubungan, cinta adalah satu perkara yang perlu ada.
Berkongsi tentang mengapa dia menolak ajakan tersebut, ibu tunggal kepada tiga cahaya mata ini berkata, “Tapi saya tidak mahu tawaran itu, lebih baik saya bekerja sahaja. Kerana tidak ada rasa cinta dengan orang tersebut, kenapa saya makan duit begitu sahaja. Saya mahu mencari pasangan yang saya cintai bukan kerana statusnya ataupun apa yang dia boleh berikan kepada saya.”
Tambahnya lagi, kalau dia mahu hidup ditanggung, dari dahulu lagi dia menjadi seorang perempuan simpanan dan tidak perlu bersusah payah membina karier dan bekerja.
Sedikit informasi mengenai Celine, dia merupakan anak kacukan Itali dan Indonesia, jadi tidak hairanlah rupanya cantik bagaikan model antarabangsa.
Dia sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Dearly Dave Sompie pada 2012 sebelum bercerai setahun kemudian, menerusi perkahwinan ini dia dikurniakan dua cahaya mata yang mana seorang daripadanya adalah anak angkat.
Pada tahun 2016 dia berkahwin dengan pelakon, Stefan William dan dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Perkahwinan kedua ini juga tidak bertahan lama, mereka bercerai pada 2021.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Barisan duta dan wajah kempen menjadi tumpuan utama Pertunjukan Fesyen Warna Lebaran Ariani 2026, baru-baru ini apabila jenama fesyen Muslimah terkemuka itu setia mengekalkan...