Walaupun tidak menjadikan ilmu guaman yang dipelajarinya sebagai kerjaya utama, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad tetap berbangga bergelar salah seorang alumni graduan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya.
Menerusi beberapa siri Instagram Stories yang dikongsikan, Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, diundang untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-50 fakulti tersebut pada Jumaat.
“So honoured to be invited. Sebagai seorang alumni, walaupun saya tidak mempraktiskan diri dalam bidang guaman tapi saya tetap berasa berbangga mendapat pendidikan tertinggi di sini.
“Saya sentiasa berbangga dengan fakulti saya di Universiti Malaya,” tulis Uyaina.
Ads
Pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) itu turut berkongsi gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga merupakan salah seorang alumni dari fakulti yang sama.
“Perdana Menteri kita juga merupakan super duper senior saya,” tulisnya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.
Sementara itu, dalam perkembangan sama usia kandungan Uyaina sudah mencecah lima bulan sejak dia mengumumkan berita gembira itu kepada peminat pada April lalu.
Ads
Pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu dijangka bersalin pada Oktober ini.
Ads
Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada 20 Disember tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, aktres Fasha Sandha berkesempatan isi masa bersama adik tersayang yang juga pelakon Elisya Sandha bagi meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-23.
Turut sama meraikan momen indah itu termasuk suami Elisya, Uzair Haqimy Azman dan Fasha sekeluarga.
Menerusi Instagram, bintang drama bersiri Dendam Seorang Isteri ini memuat naik video serta foto mereka sebagai kenangan bersama lampiran gambar lama.
“Dear sister, I’m not perfect. I’ll annoy you, but you’ll never find someone who loves you as much as I do.
“Happy birthday to my little sister. Welcome to motherhood May Allah ease everything.
“Jom Kesayanganku kita sama-sama doakan agar adik saya diberikan kesihatan yang baik dan bahagia selalu di hari lahirnya @elisyasandhaofficial
“Thank you @itsaidilaziz for the birthday dinner treat,” tulis Fasha pada ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian peminat dan rata-ratanya menitipkan ucapan selamat hari jadi di samping mendoakan urusan bersalin Elisya dipermudahkan.
Malah Elisya juga ada meninggalkan komen dengan berterima kasih atas keraian yang dilakukan.
Terdahulu, Elisya mendirikan rumah tangga bersama Uzair yang juga anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly pada 21 0gos tahun lalu dan kini mereka sedang menantikan kelahiran anak sulung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Erna Elliyana Rosli,33, yang sebelum ini pernah terlibat seni sebelum memberi fokus penuh terhadap dunia perniagaan mengakui hatinya masih belum tertutup untuk kembali memeriahkan bidang nyanyian dan lakonan.
Bagaimanapun Erna berkata, sekiranya punya ruang masa untuk kembali aktif, penglibatannya dalam dunia hiburan tidaklah serius, sebaliknya hanya untuk projek istimewa.
Erna sebelum ini aktif menyanyi selepas menyertai sebuah pertandingan nyanyian dan muncul dengan beberapa single selain berlakon.
“Saya bersama suami, Syed Mahadzir Fadaak mulai menceburkan diri dalam bisnes sejak 2015 lagi. Sejak itulah kami beri komitmen penuh terhadap apa yang dilakukan sekarang. Memang masih minat menyanyi, cuma sampai satu tahap, saya merasakan adakah ini yang saya mahu.
“Tempuhi cabaran demi cabaran, akhirnya saya kongsikan hasrat kepada suami untuk terus komited fokus dalam bisnes. Ramai yang bertanya mengenai perkara ini sebenarnya. Jadi itulah jawapan saya. Saya percaya dengan aturan dan rezeki Allah SWT.
“Kalau buat lagu sekali pun selepas ini, ia hanyalah untuk penuhi minat. Tidaklah untuk meletakkan harapan sebagaimana sebelum ini. Begitu juga dengan lakonan meski ada di antara ahli keluarga pun terlibat secara langsung dalam dunia hiburan,” katanya.
Erna berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Alpha Raya di The Marquee @ Puteh Subang, pada Sabtu.
Ia turut diserikan dengan persembahan oleh Ayu Damit, Datin Alyah dan Ziana Zain.
“Majlis rumah terbuka ini bersempena dengan ulang tahun pertama Kamya Glow yang turut disokong oleh Alpha Capital Berhad.
“Bila menonton video ulang tahun pertama kami, saya terbayang perjalanan Kamya Glow. Daripada awal sehingga sekarang, rupanya sudah banyak yang dilakukan dalam usaha memperkenalkan jenama ini. Saya bersyukur, puas hati dan berbangga dengan pencapaiannya.
“Kalau nak diikutkan, Kamya Glow masih lagi ‘bertatih’ dalam industri lingkungannya, akan tetapi kami tidak bersaing dengan produk kesihatan dan gaya hidup sedia ada. Sebaliknya, saingan kami adalah diri sendiri. Kami hanya mahukan yang terbaik dari semasa ke semasa. Sebab saya percaya, siapa yang laju dialah yang akan maju.
“Malah, penerimaannya di kalangan pengguna yang kami gelar sebagai KamyaLovers juga positif. Setiap hari, ada sahaja maklum balas yang diterima sama ada menerusi telegram atau di media sosial,” katanya.
Malah, Erna pada masa sama optimis meneruskan legasi Kamya Glow menerusi beberapa projek terbaharu meski pada peringkat awal pelancaran, mereka berdepan kekangan susulan penularan Covid-19.
“InsyaAllah dalam beberapa bulan yang akan datang, kami akan mengeluarkannya dalam bentuk tablet dan kolaborasi bersama dalam kosmetik serta penjagaan rambut. Usaha ini dilakukan bagi memperkukuh seterusnya memperkenalkan jenama ini kepada lebih ramai pengguna di luar sana.
“Jujurnya saya tidak nafikan risiko mengeluarkan jenama ketika negara berdepan fasa pandemik bukan mudah. Mahu tidak mahu, kami kena teruskan pelancarannya. Jadi formula promosi lain perlu difikirkan.
“Kami banyak lakukan strategi menerusi media sosial bersama Remy Ishak (bekas duta) ketika itu dan terbaru Datin Alyah serta beberapa wajah wakilan lain. Saya faham bila jual produk, kita tidak boleh bergantung kepada dalam talian sahaja. Perlu berjumpa dengan pengguna dan sebagainya.
“Tapi itulah cabarannya pada waktu itu. Kalau tidak belajar susah, bagaimana nak berjaya. Banyak yang kami pelajari, apa yang perlu ditambah baik. Penghargaan juga saya dedikasikan kepada ‘team’ Kamya Glow. Syukur sekarang semuanya kian baik,” katanya lagi.
Erna bersama Kamya Glow turut menerima anugerah The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Health And Beauty menerusi Kamya Glow, Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa mendedahkan hasratnya untuk berhijrah ke tanah Arab bagi mengikuti pengajian di sana sedang dalam perancangan.
Menurut Neelofa, 33, dia merancang untuk ke sana bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz apabila anak mereka, Muhammad Bilal yang kini berusia lima bulan sekurang-kurangnya sudah mulai boleh bertutur.
“Sebenarnya masa awal perkahwinan, saya dan suami ada berborak mengenai soal menyambung pengajian, nak belajar Bahasa Arab, mendalami hadis dan sebagainya. Kemudian bila sudah ada anak, kami cuba ‘explore’ apa lagi pilihan yang ada.
“InsyaAllah kalau semuanya okay, kita akan ambil pengajian pendek terlebih dulu. Tengok pada kesesuaian juga. Tidak boleh dipastikan lagi sama ada (sambung pengajian) di Madinah ke, Mesir ke atau mana-mana lokasi yang lebih sesuai pada ketika itu.
“Saya nak tunggu Bilal macam boleh cakap sikit sebab nanti dia boleh ‘tangkap’ bahasa tempatan di sana.
“Mungkin saya boleh cakap… awal atau pertengahan tahun hadapan ke. Sudah tentulah saya akan bawa bersama Bilal,” katanya.
Meskipun tempoh pengajian tidak makan masa yang lama, namun bekas hos program MeleTOP itu mengakui, belajar bahasa asing merupakan antara impiannya sejak dulu.
“Tidak lama, paling lama mungkin setahun sahaja. Mungkin lebih pendek juga. Kami sudah pun ada perancangan dalam soal pengurusan bisnes.
“Saya sudah lama teringin untuk belajar Bahasa Arab. Antara perkara yang saya lakukan ialah belajar bahasa. Suami adalah ajar sikit-sikit, tapi tidaklah terlalu ditil,” katanya lagi.
Neelofa ditemui pada majlis pelancaran Naelofar X Disney Alice in Wonderland di IOI Mall Putrajaya pada Khamis.
Berkongsi lanjut mengenai projek istimewa tersebut, Neelofa teruja menjalin kolaborasi kedua dengan Disney selepas koleksi Naelofar X Disney Little Mermaid, yang dilancarkan beberapa bulan lalu.
“Ketika koleksi Little Mermaid dilancarkan Februari lalu, saya tidak dapat hadir kerana sedang berpantang. Jadi sudah tentu kali ini saya teruja untuk melancarkan koleksi ini apatah lagi saya percaya ramai di kalangan kita peminat watak-watak dalam Disney,” katanya.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.