“Hanya nak kongsi rezeki, nak gembirakan anak-anak ini.” Demikian kata pelakon Putra Amaris yang kini kerap menjalankan projek amal bersama golongan remaja dan kanak-kanak hampir dua tahun lalu.

Menurut Amaris, dia mulai tergerak hati untuk melakukan projek sedemikian ketika seluruh negara berdepan cabaran pandemik Covid-19 sekali gus menjejaskan kelangsungan hidup golongan sasaran.

Amaris ditemui pada sesi ramah mesranya bersama Anak Yatim, Tahfiz dan pesakit kanser yang dibawakan oleh Safelyte di Wangsa Walk Mall, baru-baru ini.

“Bila Nak Jamah Makanan, Buat Saya Terfikir ‘Orang Lain Dah Makan Belum?’ Aku Dapat Nikmat…,” – Putra Amaris Berbagi Rezeki Atas IzinNya “Bila Nak Jamah Makanan, Buat Saya Terfikir ‘Orang Lain Dah Makan Belum?’ Aku Dapat Nikmat…,” – Putra Amaris Berbagi Rezeki Atas IzinNya “Bila Nak Jamah Makanan, Buat Saya Terfikir ‘Orang Lain Dah Makan Belum?’ Aku Dapat Nikmat…,” – Putra Amaris Berbagi Rezeki Atas IzinNya

“Bila kelonggaran sudah diberikan dan kes (Covid-19) mulai menunjukkan penurunan, rasanya ini masa terbaik untuk bawa mereka keluar makan-makan.

“Pada masa sama minta doa mereka mudah-mudahan rezeki yang ada ini kita dapat kongsi dengan ramai lagi mereka di luar sana, insyaAllah.

IKLAN

“Hati terdetik untuk gerakkan misi ini apabila negara kita awal-awal terpalit dengan pandemik tak lama dulu. Waktu itu kita sebagai selebriti kerap dipanggil untuk buat riviu makan dan sebagainya. Jadi bila nak jamah makanan tu, ia buat saya terfikir, ‘orang lain dah makan ke belum?’.

“Terutamanya anak-anak yatim dan golongan lain yang memerlukan. Aku dapat nikmat tapi mereka bagaimana? Atas izin Allah SWT, saya ikhtiar untuk jalankan program sedemikian.

“Ada organisasi dan rakan artis turut sama murah hati membantu dan turut serta. Misalnya Ramadan lalu kita ada buat kempen Infaq Sama-Sama Kenyang. Sambutannya cukup baik. Moga dipermudahkan untuk perancangan akan datang, insyaAllah,” katanya.

IKLAN

“Bila Nak Jamah Makanan, Buat Saya Terfikir ‘Orang Lain Dah Makan Belum?’ Aku Dapat Nikmat…,” – Putra Amaris Berbagi Rezeki Atas IzinNya “Bila Nak Jamah Makanan, Buat Saya Terfikir ‘Orang Lain Dah Makan Belum?’ Aku Dapat Nikmat…,” – Putra Amaris Berbagi Rezeki Atas IzinNya “Bila Nak Jamah Makanan, Buat Saya Terfikir ‘Orang Lain Dah Makan Belum?’ Aku Dapat Nikmat…,” – Putra Amaris Berbagi Rezeki Atas IzinNya “Bila Nak Jamah Makanan, Buat Saya Terfikir ‘Orang Lain Dah Makan Belum?’ Aku Dapat Nikmat…,” – Putra Amaris Berbagi Rezeki Atas IzinNya

Amaris yang kini menjadi duta jenama ‘disinfectant’ pelbagai guna, Safelyte juga percaya rezeki yang diterima sebaiknya dikongsi bersama.

“Saya yakin dengan izinNya. Bila kita memberi, rezeki pada kita akan lebih lagi. Cuma apa yang dibuat ini bukanlah untuk dapat nama. Kena sentiasa perbetulkan niat,” katanya yang turut mengusahakan Amaris Satay Goreng di samping Amaris My Tart bersama isteri.

IKLAN

Safelyte produk antiseptik berkuasa yang mampu membasmi kuman, tanpa alkohol, sekali gus dapat melindungi diri daripada bahaya bakteria.

Dikenali sebagai air elektrolisis beroksida atau larutan air berion, ia juga mesra alam, tidak bertoksik selain selamat digunakan oleh kanak-kanak mahupun haiwan peliharaan.

“Bila Nak Jamah Makanan, Buat Saya Terfikir ‘Orang Lain Dah Makan Belum?’ Aku Dapat Nikmat…,” – Putra Amaris Berbagi Rezeki Atas IzinNya “Bila Nak Jamah Makanan, Buat Saya Terfikir ‘Orang Lain Dah Makan Belum?’ Aku Dapat Nikmat…,” – Putra Amaris Berbagi Rezeki Atas IzinNya “Bila Nak Jamah Makanan, Buat Saya Terfikir ‘Orang Lain Dah Makan Belum?’ Aku Dapat Nikmat…,” – Putra Amaris Berbagi Rezeki Atas IzinNyaUntuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Putra Amaris

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI