Pelakon senior, Fauziah Nawi mencadangkan mana-mana stesen televisyen untuk menerbitkan sebuah karya tanpa penglibatan daripada pelakon-pelakon yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai di platform media sosial.
Menurut Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai ibu Fauziah, sudah tiba masanya sesebuah stesen televisyen itu untuk tampil memberikan kelainan dan berbeza dengan para persaing mereka yang lain.
Katanya lagi, pihak tersebut harus mempertaruhkan mereka tidak mempunyai jumlah pengikut yang ramai sebaliknya memiliki kualiti lakonan yang mantap.
“Ada tak stesen TV yang berani jadi lain daripada kebisaan stesen lain dengan ambil pelakon yang bukan Instafamous tapi lakonan memang kaw,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh pelakon drama popular, Pondok Buruk itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di aplikasi Facebook.
Ads
Dalam pada itu, Fauziah turut percaya sesebuah karya yang hebat bukan hanya terletak kepada siapa pelakonnya tetapi jalan cerita yang mantap mampu menarik minat penonton dengan sendirinya.
“Yang kononnya mereka ini tak boleh tarik jutaan viewers. Takut ke nak cuba, sekali pun jadilah.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan industri turut bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Fauziah selain turut berharap agar perkara tersebut dapat dirialisasikan dalam masa yang terdekat.
“Macam dulu-dulu, semua padu,” komen Rashid Sibir.
“Kita kena buat macam Korea la ni ibu. Semua pelakon-pelakon hebat kita jadikan Instafamous,” kata Jazli Hassan.
“InsyaAllah mudah-mudahan hasrat ibu Fauziah tercapai. Sama-sama kita doakan. Ameen,” kongsi Khairul Anuar Mat Noor.
Ads
“Betul tu ibu. Semoga stesen-stesen tv sahut cabaran ibu,” ujar Kit Rushuhaimin.
Terdahulu, isu penglibatan para pelakon yang lahir daripada platform media sosial ini sering kali menjadi isu perdebatan daripada para penggiat seni.
Segilintir daripada mereka merasakan para Instafamous ini belum bersedia sepuhnya untuk membintangi mana watak-watak utama.
Bagaimanapun, MH merasakan satu titik persamaan harus dicapai oleh semua pihak agar permasalahan ini tidak berlarutan dalam jangka masa yang agak lama.
Sumber: Facebook Fauziah Nawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
MBH Medispa, Wawa Kosmetik dan Wildan Susu Kambing, lagu jingle yang cukup mesra pada halwa telinga, siapa sangka pemilik suara di sebalik lagu siulan ramai itu milik Eleena Harris.
Suaranya sering berkumandang mendendangkan lagu runut bunyi dan jingle produk, wanita berusia 23 tahun ini mendedahkan sehingga kini sudah hampir 20 lagu jingle dinyanyikan olehnya.
Malah dia berbangga sehingga kini punya lebih 100,000 pengikut di Instagram gara-gara lagu jingle.
“Tidak kisah orang mengenali saya kerana lagu jingle dan ia hanya sekadar sambilan. Namun tidak dinafikan memang menerusi lagu begitu orang mula nampak bakat saya.
“Mungkin ini trend baru yang peminat suka,”katanya.
Bintang ini terdahulu ditemui pada majlis prapelancaran YES (Year End Sale) I Suka MBH di MBH Medispa cawangan Subang di Jalan USJ 10/1, Subang Jaya, baru-baru ini.
Mengagumkan, bekas pelajar UITM Shah Alam dalam bidang perakaunan ini sedang mengambil Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan bakal bergelar Akauntan Bertauliah.
Melakukan kerjaya akauntan sebagai sambilan, penyanyi ini menegaskan mampu melakukan kedua-duanya serentak atas sebab minat yang mendalam.
Mengakui perjalanan kerjaya berjalan agak perlahan, namun dia tidak mahu melakukan kontroversi atau provokasi semata-mata cepat dikenali.
“Pandangan peribadi, saya tidak mahu viral dan terkenal kerana perkara negatif. Saya mahu slow and steady.
“Kalau tidak memang senang jika menggunakan perkara viral.
“Ada perancangan untuk lebih agresif mencipta nama namun buat masa ini, saya just follow with the flow,” jelasnya yang kini sudah lima tahun dalam industri muzik.
Dalam perkembangan lain, Eleena kini menyanyikan lagu rasmi MBH Medispa iaitu I Pergi MBH ciptaan DJ Fuzz.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti Neelofa ada berkongsi status di Facebooknya apabila dia tertarik untuk membantu pasangan yang menghidap kanser tahap tiga.
Neelofa meminta orang ramai agar sama-sama membantu Azira Baharum dan suaminya, Mohamad Izham.
“Let’s show a lot love and support to this girl and her partner! They both are diagnosed with cancer.
“May Allah ease everything for them and may Allah grant them courage, patience and strength to go through this. Sending love and support to you girl!,” tulis pengacara MeleTOP itu.
Menjengah di Instagram Azira yang menghidap kanser Limfoma tahap tiga, dia juga ada berkongsi video dan gambar.
Azira dan Izham kini sedang dalam usaha untuk mengumpul kos perbelanjaan yang mencecah RM50,000 ke RM100,000.
Foto: Facebook Neelofa/IG Azira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas suaminya, Aidil Aziz ada berkongsi mengenai berita gembira, kini si empunya badan, Fasha Sandha pula akhirnya berkongsi kegembiraan selepas disahkan hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan aktor berkenaan.
Dedikasi panjang lebar itu disampaikan Fasha, menerusi Instagram sebentar tadi.
Kongsinya, berita perihal kehamilan membuatkan suaminya telah mengalirkan air mata buat kali kedua.
“Syukur Alhamdulillah. Kali ke dua nampak suami mengalirkan air mata semalam(kali pertama di hari pernikahan kami). Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha.Semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan.
“Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil. Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian,” kongsi Fasha.
Lalu, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu memberitahu, segalanya berlaku kerana ‘doa’, diiringi usaha.
“Saya ingin kongsi pada semua, jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle.
“Selepas Pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya ~ belum lagi sayang.
“Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan2 di umur dia kebanyakan dan 2-3 anak. Oh.. dia nak mintak baby cepat.
“Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambahkan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.
“Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya,” jelas Fasha lagi.
“Syukur Alhamdulillah , Allah maha mengetahui. Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah..Sy sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali ke dua sbb terlalu selesa menjadi ibu tunggal.
“Tiba2 je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama2 tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri.
“Lagi satu, selalu kena ingat ‘ semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila2 masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah.
“Gambar ni diambil semalam di studio adikku @pinography . Terima kasih adik! @arymuzamer juga.Tahu tak , semalam satu studio menangis.
“I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat .. kenangan manis.
“Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita). Insyaallah kalau ada rezeki dan dipermudahkan,due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur,” tulisnya panjang lebar sambil diiringi tanda palang #aidilfasha.
Untuk rekod, Fasha selamat bergelar isteri kepada Aidil dengan sekali lafaz pada 30 Mac 2019 di kampung halaman aktres berkenaan di Perlis.
Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, aktres itu pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.
Tahniah buat pasangan ini dari MH.
Foto: Instagram Fasha & Aidil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!