Piala Citra Festival Filem Indonesia 2021 baru sahaja dilangsungkan pada tanggal 10 November yang lalu. Acara yang mengumpulkan penggiat seni ini menjadi medan kemeriahan bakat dan juga pengiktirafan terhadap karya terbaik dunia perfileman Indonesia.

Menarik perhatian penulis pada malam itu semestinya keanggunan yang dimiliki oleh pelakon hebat, Dian Sastrowardoyo. Pelakon berusia 39 tahun itu dilihat bangga menggayakan persalinan kebaya merah tradisi dipadankan bersama kain batik rona hitam dan tas tangan rona senada melengkapkan penampilan keseluruhan.

Cantik Berkebaya Merah. Penampilan Dian Sastrowardoyo Di Festival Filem Indonesia Tarik Perhatian

Busana tersebut merupakan rekaan jenama lokal Indonesia, Sejauh Mata Memandang. Pemilihan kebaya sebagai pakaian untuk ke majlis anugerah berprestij itu selari dengan hari penganugerahan yang diadakan pada Hari Pahlawan negara Indonesia.

Hadir sebagai penyampai anugerah untuk kategori Kritik Filem Terbaik dan Aktor Terfavorit Pilihan Penonton. Dian yang merupakan pemenang anugerah pelakon wanita terbaik anugerah tersebut pada tahun 2004 meluahkan rasa dalam satu hantaran di Instagramnya, dia berkata ringkas, “Melihat ke arah masa depan cerah sinema Indonesia.”

IKLAN

Cantik Berkebaya Merah. Penampilan Dian Sastrowardoyo Di Festival Filem Indonesia Tarik Perhatian

Cantik Berkebaya Merah. Penampilan Dian Sastrowardoyo Di Festival Filem Indonesia Tarik Perhatian

IKLAN

Acara berprestij tersebut turut dihadiri oleh presiden Indonesia, Joko Widodo bersama Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarin dan Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno.

Malam itu, filem Penyalin Cahaya telah dinobatkan sebagai filem terbaik manakala Chicco Kurniawan dan Arawinda Kurniawan masing-masing menggondol anugerah pelakon lelaki dan wanita terbaik.

IKLAN

Cantik Berkebaya Merah. Penampilan Dian Sastrowardoyo Di Festival Filem Indonesia Tarik Perhatian

Industri filem Indonesia sememangnya jauh ke hadapan baik dari segi penghasilan filem dan juga penganjuran anugerah.

Saban tahun karya-karya anak watan negara itu bersaing sihat dalam kemeriahan penghasilan filem-filem berkualiti yang disiapkan dalam pelbagai genre dan menepati standard perfileman yang profesional, baik dari segi penceritaan, sinematografi ataupun penghasilan posternya.

Sumber gambar: Instagram Dian Sastrowardoyo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI