Pelakon jelita, Fasha Sanda memuji semangat positif yang ditunjukkan oleh pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin yang kini telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh selepas paras oksigennya menurun ke tahap yang agak membimbangkan.

Menurut Fasha, Shahrulezad atau lebih mesra disapa Budak Ijat dilihat amat ceria serta tampak kemas meskipun terpaksa terlantar di katil hospital.

“Dalam Group Siap Buat Lawak, Selfie Manis Je,”- Kini Masuk Hospital Sungai Buloh Pula, Fasha Sandha Dedah Sikap Shahrulezad Waktu Terima Ujian Allah “Dalam Group Siap Buat Lawak, Selfie Manis Je,”- Kini Masuk Hospital Sungai Buloh Pula, Fasha Sandha Dedah Sikap Shahrulezad Waktu Terima Ujian Allah

Katanya lagi, pengarah drama, Nur ini turut sempat melawak dan bergurau bagi menghiburkan hati rakan-rakan.

“Boss kami Sutradara/Penerbit @budakijat masih di Hosp Sg Buluh. Kesayanganku, sama-sama kita doakan kesembuhan yang cepat buat boss kami.

“Dia tetap positif dan ceria selalu walaupun dalam hospital. Semangat positif dia memang sangat amazing.

“Dalam group siap buat lawak. Gambaq selfie dia pun manis je kan walau tengah dalam hospital,” tulisnya.

IKLAN

Ucapan tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Aidil Aziz itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Dalam Group Siap Buat Lawak, Selfie Manis Je,”- Kini Masuk Hospital Sungai Buloh Pula, Fasha Sandha Dedah Sikap Shahrulezad Waktu Terima Ujian Allah “Dalam Group Siap Buat Lawak, Selfie Manis Je,”- Kini Masuk Hospital Sungai Buloh Pula, Fasha Sandha Dedah Sikap Shahrulezad Waktu Terima Ujian Allah

Sementara itu, Fasha turut memohon kepada semua pihak untuk sama-sama menitipkan doa semoga Shahrulezad kembali sembuh seperti sedia kala.

Fasha juga meluahkan rasa tidak sabar untuk kembali bekerja bersama Shahrulezad menerusi drama terbaru mereka yang berjudul Khilaf Asmara.

“Cepat sembuh boss kami. Semoga dipermudahkan, dan cepat keluaq berkarya balik.

IKLAN

“Insyaallah #khilafasmara kita akan sukses! @budakijat @ucheefukada @hakhisham @fazli_radiusone,” kongsinya lagi.

“Dalam Group Siap Buat Lawak, Selfie Manis Je,”- Kini Masuk Hospital Sungai Buloh Pula, Fasha Sandha Dedah Sikap Shahrulezad Waktu Terima Ujian Allah

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Shahrulezad.

“Sweet je Fasha. Artis yang macam ni lah yang kita suka. Kata-kata yang baik je doakan sesama rakan.

IKLAN

“Semoga dipermudahkan urusan rawatan dan diberikan kesembuhan segera oleh Allah SWT. Amin ya rabbal alamin.

“Handsomenya dia, semoga cepat sembuh,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sebelum ini, Shahrulezad telah menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) selapas disahkan positif Covid-19.

“Dalam Group Siap Buat Lawak, Selfie Manis Je,”- Kini Masuk Hospital Sungai Buloh Pula, Fasha Sandha Dedah Sikap Shahrulezad Waktu Terima Ujian Allah

Beberapa hari lepas tahap oksigennya menurun sehingga ke paras 95 dan doktor juga mengesahkan dia berkemungkinan besar mengidap sindrom Happy Hypoxia.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI