Penyampai radio, Dj Lin memaklumkan ibunya kini telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru selepas diserang strok pada Isnin.

Menurut Dj Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abdul Majid, dia telah bergegas pulang ke kampung halaman sebaik sahaja menerima panggilan mengenai tahap kesihatan ibunya itu.

“Sebaknya Perasaan, Semuanya Bercampur Rasa,” – Ibu Diserang Strok, Ini Luahan Hati Dj Lin Sebab Tak Dapat Jaga Di Hospital

Bagaimanapun, Dj Lin memberitahu, dia dan dan ahli keluarganya yang lain masih tidak dibenarkan untuk menemani ibunya itu berikutan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak pihak hospital berikutan penularan pandemik Covid-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

“Dj Lin bergegas pulang ke Johor Bahru sebaik dimaklumkan ibunda tercinta, Mak Puteh telah dimasukkan ke wad 3A (Isolation) Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat serangan strok.

“Yang sedihnya, ahli keluarga tak dibenarkan untuk menjaga beliau. Allahu sebaknya perasaan bimbang semuanya bercampur rasa,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pemenang anugerah Penyampai Radio Paling Popular empat kali itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

“Sebaknya Perasaan, Semuanya Bercampur Rasa,” – Ibu Diserang Strok, Ini Luahan Hati Dj Lin Sebab Tak Dapat Jaga Di Hospital “Sebaknya Perasaan, Semuanya Bercampur Rasa,” – Ibu Diserang Strok, Ini Luahan Hati Dj Lin Sebab Tak Dapat Jaga Di Hospital

Jelas Dj Lin lagi, hatinya kini sememangnya berasa agak risau memandangkan ibunya itu terpaksa tinggal berseroangan di hospital.

Lantaran itu, penyampai radio, Suria FM ini turut berharap agar mana-mana petugas hospital yang berkhidmat di HSI dapat memantau mengenai perkembangan ibunya itu.

“Ada ke Peminat Dj Lin yang bertugas di Hospital Sultan Ismail?

IKLAN

“Kalau ada harap sudilah kiranya tolong tengokkan Mak Lin ya. #makdjlinmasukwad #DoakanMakDjLin,” ujarnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga ibu kepada Dj Lin dapat kembali sembuh seperti sedia kala.

“Harap ada insan yang baik hati tolong tengok-tengokkanmak DJ Lin dekat wad. Semoga mak Dj Lin lekas sembuh.

“Semoga ibu Dj Lin dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Amin Ya Rab. Stay strong.

IKLAN

“Semoga dipermudahkan segala urusan buat keluarga DJ Lin dan semoga mak cepat sembuh.

“Banyakkan bersabar. Semoga mak akak cepat sembuh ye,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Sebaknya Perasaan, Semuanya Bercampur Rasa,” – Ibu Diserang Strok, Ini Luahan Hati Dj Lin Sebab Tak Dapat Jaga Di Hospital

Sekadar informasi, Dj Lin merupakan salah seorang penyampai di stesen radio, Suria FM yang senonim menerusi segmen Suria Cinta.

Apapun, kami di MH mendoakan semoga ibu kepada Dj Lin dapat kembali sihat dan dipermudahkan segala urusan. Ameen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Dj Lin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI