Kini rancak ditayangkan di pawagam, filem The Assistant mendapat sambutan hangat daripada peminat.
Filem aksi arahan Adrian Tan ini menjadi penanda aras kepada sinema tempatan yang dilihat baru bernafas semula pasca pandemik yang melanda dunia.
Melihatkan pujian demi pujian yang diberikan penonton, ia bagaikan memberikan sinar kepada sinema tanah air untuk kembali menyinar dengan pelbagai karya bermutu daripada penerbit tanah air.
Bagi penerbit popular, Jaja Ishak, berkesempatan menonton filem The Assitant lakonan Hairul Azreen, Iedil Dzuhairrr Alaudin dan Henley Hii baru-baru ini sebenarnya memberikan dimensi baharu kepada penerbit lain untuk sama-sama menghasilkan karya berkualiti tinggi seperti filem berkenaan.
“Memang teruja dan gembira apabila dapat sama-sama meraikan The Assitant yang membariskan pelakon hebat tanah air. Mereka bukan sahaja berkarisma membawakan watak dengan baik tetapi dalam masa yang sama berjaya membawa emosi penonton ikut turun naik.
“Saya anggap ini merupakan antara karya yang harus ditonton oleh semua peminat yang sudah lama tidak menonton filem aksi tempatan. Semua akan berpuas hati dengan The Assitant ini,” kata penerbit ini lagi.
Jaja berkata demikian sebaik sahaja selesai menonton tayangan perdana filem berkenan yang ditayangkan khusus untuk penerbit tanah air baru-baru.
Ads
Selain Jaja, beberapa penerbit lain turut sama dijemput menghadiri tayangan berkenaan untuk sama-sama menyemarakkan lagi industri kreatif tanah air.
Namun apa yang paling mengesankan Jaja apabila melihat mutu lakonan Hairul yang disifatkan semakin baik dari semasa ke semasa. Dia yang mengikuti perkembangan pelakon itu sejak dahulu percaya bakat yang ada pada Hairul mampu pergi jauh lagi pada masa hadapan.
“Ini merupakan satu perkembangan yang baik untuk Hairul pergi lebih jauh lagi dalam bidang lakonan. Saya mengikuti lakonannya sejak drama Misiku Kuza dan beberapa drama popular yang lain.
“Bila melihatkan perkembangan bakatnya, saya percaya sesiapa sahaja mampu jadi sepertinya sekiranya diberikan naskhah yang baik, pengarah yang hebat dan mampu membangunkan potensi pelakon.
Ads
“Semoga apa yang dinikmati oleh Hairul hari ini mampu membuka mata golongan pelakon lain untuk terus meningkat mutu lakonan lebih baik pada masa hadapan,” tambahnya lagi.
Filem The Assistant merupakan terbitan Act 2 Pictures mengangkat kisah seorang pemuda yang merengkuk dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya.
Menariknya, baru sahaja ditayangkan secara rasmi pada 19 Mei lalu, The Assitant sudah pun menyertai Far East Festival Film (FEFF) ke-24 di Udine, Itali bulan lalu.
Selain itu, filem ini juga akan menyertai The Assistant akan menyertai Neuchatel International Fantastic Film Festival (NIFFF) di Switzerlan dan sebuah festival filem di Brussels, Belgium.
Ads
“Sebagai rakyat Malaysia dan sama-sama terlibat dalam bidang kreatif, saya bangga dengan apa yang dicapai oleh The Assitant hingga mampu menyertai festival di luar negara dan mengharumkan nama Malaysia.
“Kita berharap lebih banyak filem tempatan yang lain mampu untuk pergi jauh dan terus dibanggakan. Ia juga membakar semangat penerbit lain untuk sama-sama menghasilkan produk yang lebih baik,” kata pemilik Jaja Ishak Channel Sdn Bhd ini lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak awal pagi tadi, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kisah rapper dan usahawan, Caprice yang dikatakan kurang senang dengan gurauan pelakon, Sharnaaz Ahmad menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini.
Insiden berkenaan menjadi bertambah ‘panas’ apabila kedua-dua pihak dilihat saling berbalas kenyataan di ruangan Instagram stories.
Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini di ruangan Instagram stories, dilihat telah pun membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada Caprice diatas ketelanjurannya ketika bergurau.
Menurut Sharnaaz, sebagai individu yang lebih matang, dia tidak mahu isu ini berpanjangan dan harus diselesaikan dengan cara yang baik.
“Hai, Assalamualaikum. Selamat petang. Saya tidak mahu bercakap panjang dan saya akan ringkaskan. Daripada pagi tadi, saya rasa semua orang pun tahu saya ada sedikit isu bersama dengan Caprice.
“InsyaAllah saya dan Caprice akan selesaikan perkara ini secara elok di belakang. Pada pandangan peribadi saya, apa gurauan saya daripada awal sama ada ketika dia berada di Jordan atau pun di sini, saya rasa mungkin agak keterlaluan,” katanya.
Tambahnya lagi, dia juga sedar yang gurauannya pada video tular tersebut agak sedikit keterlaluan.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang anak ini turut berharap agar orang luar tidak mencampuri urusannya bersama Caprice itu.
“Sebagai orang yang lebih matang dalam hal ini, saya ingin memohon maaf kepada dia.
“Selain daripada itu, terpulang kepada pihak dia. Jadi saya rasa, biar urusan ini saya selesaikan bersama dia,” ujarnya lagi.
Terdahulu, sebuah video yang memaparkan perbualan diantara Sharnaaz bersama rakan artis, Shukry Yahaya di IG live telah pun tular di seluruh platform media sosial.
Sumber: Instagram Sharnaaz Ahamad & Caprice
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ani Maiyuni menyatakan rasa setuju terhadap komen yang diberikan juri profesional Big Stage 2022, Ajai susulan penyingkiran pesertanya, Ahmad Iqbal Zulkefli minggu lalu.
Menurut Ani, usahawan berkenaan perlu menjadikan peluang menerusi penglibatannya dalam program realiti terbabit sebagai satu perkara serius sekiranya mahu fokus dalam karier seni nyanyian.
“Saya bersetuju apa yang Ajai cakap pada malam itu, sebab meski kita ada duit berjuta pun bakat tidak boleh dibeli, ia pemberian Allah Taala yang mana kau tak boleh beli,” katanya.
Penyanyi lagu Sedap ini memberikan pendapat selepas ditanya mengenai penglibatan Iqbal Zulkefli dalam program realiti nyanyian tersebut.
Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman bagaimanapun berpendapat Iqbal perlu menggunakan peluang dengan sebaiknya.
“Mungkin dia mahu mencari platform sebab dia pun ada mengeluarkan single baru-baru ini. Jadi tidak tahu lah sama ada dia mahu serius atau sebaliknya.
“Akan etapi kalau betul dia nak serius dalam bidang, dia kena ambil Big Stage sebagai satu platform yang bagus untuk dirinya,” katanya.
Mengulas lanjut, peserta Gegar Vaganza musim kelapan itu tidak menafikan latihan berterusan mungkin mampu asah bakat nyanyian seseorang.
“Jika orang itu tidak ada bakat sekali pun, dia boleh jadi seorang penyanyi sekiranya berlatih. Contoh macam ahli sukan, pemain bola sepak hampir setiap hari mereka berlatih untuk dapatkan teknik yang bagus.
“Sama juga seperti menyanyi, kena hari-hari berlatih. Jadi pada saya harus serius, kena menyanyi sekurang-kurangnya satu atau dua jam sehari, jangan kurang. Lepas itu, cari guru vokal untuk belajar, cari ton suara sesuai dengan diri kita dan teruskan latihan.
“Menyanyi ni adalah otot, kalau berlatih setiap hari kita akan dapat perbaiki mana yang kurang dan boleh menjadi seorang penyanyi yang bagus,” katanya lagi kepada MH.
Terdahulu, kemunculan Iqbal sebagai salah seorang peserta Big Stage musim keempat telah mendapat reaksi ramai sehingga tular di laman media sosial.
Bagaimanapun, Iqbal yang menduduki tangga tiga terbawah telah diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir dalam saingan konsert minggu kedua program tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Ani Maiyuni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib memuat naik video nyanyian terakhir Allahyarham isterinya, penyanyi Siti Sarah awal pagi tadi di saluran YouTube.
Boleh dikatakan, alunan suara arwah menjadi peneman Shuib tatkala merindui isteri yang dijemput Ilahi, pagi Isnin lalu.
Menerusi video berdurasi tiga minit itu, Allahyarham yang dirakam masih bertelekung menyanyikan lagu berjudul Tanpa Kekasihku yang dipopularkan penyanyi Indonesia, Agnes Monica.
Rakaman tersebut dilakukan di ruang kebiasaan arwah berlatih menyanyi dan karaoke dan dilihat duduk di kerusi kegemarannya.
“Lagu terakhir nyanyian bidadari ku, 28 Julai 2021,” tulis Shuib ringkas.
Sehingga tengah hari, video yang dimuat naik kira-kira jam 2 pagi itu menerima lebih 130,000 tontonan dan 20,000 tanda suka bersama ribuan komen.
Tidak hanya itu, lebih 1,000 komen ditinggalkan peminat yang rata-rata turut merasai kehilangan dan bersedih.
Sebagai info, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat Covid-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, hari sama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea kembali dikejutkan dengan perkembangan terbaru mengenai kematian tragis pelakon Kim Sae-ron.Keluarga mendiang kini menuntut pelakon terkenal, Kim Soo-hyun untuk membuat permohonan...