Penyanyi Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar ada berkongsi satu video di laman media sosial Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut telah memaparkan momen penyanyi yang berusia 37 tahun itu menyambut hari ulang tahun kelahiran anak angkatnya yang bernama Mohd Adam Emir.
“Bila ada yg bertandang ke rumah bawa sebiji kek untuk dipotong si birthday boy… Terima kasih for the cake & present yg tak berbalut tu, Abg @mimieomar hadiah birthday paling rare cara bawaknya…
“lenkali mungkin nak jimat 20 sen utk tak ambil plastic bag, dia hangkut je cemtu keluar mall!!! Hahahahhahaha!!! Terima kasih kawan-kawan ibu yg mendoakan Adam..
Ads
“Biarpun bukan rahim saya yg mengandungkan Adam, cuma maut saja boleh pisahkan kami…ibu sayang Adam dunia akhirat tau..”tulisnya.
Lantas, perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta itu telah mendapat perhatian peminat.
Ads
Malah, peminat turut memuji Misha kerana menyayangi anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.
Ads
Sedia maklum, Muhammad Adam Emir merupakan anak angkat yang dijaga sejak bayi lagi, selain itu Misha turut mempunyai seorang lagi anak angkat, Humaira Lateefa berusia 8 tahun.
Pada 2 Mei 2014, Misha telah mendirikan rumah tangga bersama Firos Ezzwan Rossly dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Idris Ezzwa, 3 tahun.
Video : Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam (25 Jun) merupakan ulang tahun kelahiran pertama anak bongsu pasangan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida, Yusoff Al Qardawi.
Lalu bersempena dengan ulang tahun kanak-kanak comel ini, ibunya ada menitipkan sesuatu buat anak tersayang menerusi Instagram.
“Selamat Ulang tahun anakku 25/06/2018-25/06/2019 @yusoffalqardawi_terlajaklaris yg pertama. Anak yg mudah dijaga x banyak ragam. Menceriakan hari2 mama dan abah, suka senyum,” tulis Shahida.
Pada masa sama, ibu kepada empat cahaya mata ini turut memaklumkan dia menanti lebih enam tahun sebelum mendapat rezeki zuriat lagi.
“Lepas last bersalinkan abg baem 6 tahun baru mama dapat yusoff…..semoga yusoff membesar menjadi hamba yg taat perintah Allah.
“Anak yg soleh,sempurna akhlak berjaya dunia dan akhirat mudahan menjadi asbab mama dan abah masuk ke syurga…. amin,” kongsinya lagi.
Instafamous, Hafiz Mahamad ada memuat naik foto throwback dia bersama isterinya, Syafiqah Aaina. Foto tersebut melihatkan perubahan fizikal kedua-dua pasangan ini.
Foto tersebut melihatkan perubahan fizikal kedua-dua pasangan ini.
“Bila aku cerita ni jangan cakap aku “downgrade” isteri aku. Jangan pula ada kata “Yelah kau jelah laki boleh terima perempuan gemuk dari awal”
“Disebabkan ramai tanya, aku buat posting ni untuk orang yg tengah down kena tinggal, kena bahan dengan kawan tak kisah sebab “SIZE” “RUPA” ataupun kehidupan
“@syafiqahaina satu benda yg aku suka. Dia kalau nak buat apa apa, dia diam tapi ada hasilnya. Dia kena buli kena kutuk. Dia diam je, tapi dia akan balas dengan “hasil”
“Apa yg aku nampak bila hidup bersama ni, mmg Allah hantar pasangan yg tepat Alhamdulilah. Kita support each other dalam semua aspek
“Jadi aku tau dia nak bersalin, mmg dia nak sangat aku dekat tepi dia untuk support bg dia kekuatan
“So korang yg mana kena bahan, rasa down. Jangan fikirkan sangat sebaliknya usaha untuk transform diri kita. Makin kita layan kata orang, makin teruk diri kita
“Sebaiknya balas mereka dengan hasil & DIRI KITA SENDIRI JE MAMPU MENGUBAHNYA. At the same time, kita sebagai kawan, bf/gf, husband/wife memang perlu bagi support 100%
“Sampai bila kita nak memilih sesuatu yg perfect sedangkan tak ada benda yg perfect dalam dunia ❤,” tulisnya.